Pintu bilik Riana dibuka kasar dari luar. Dapat dilihat bayang Danny bersama dua orang anak buahnya yang sentiasa mengikutinya kemana sahaja. Sekali lagi Riana mengeluh.
"Hai baby girl" sapa Danny prihatin.
Riana hanya mampu membisu dan berdoa agar tidak dipukul dan disepak lagi. Badannya dah cukup kritikal dengan lebam lebam yang tersedia ada. Mahu lawan? Kaki dirantai. Kau rasa macam mana nak lawan?
"Kenapa tak makan? Nak I suapkan ke?" Soal Danny seraya duduk di hadapan Riana. Riana hanya mampu membisu. Berterusan membisu.
"You ni kenapa? I datang lawat you ni. Tak suka ke?" Tangannya naik memperkemaskan rambut Riana. Tapi tangan itu ditepis kasar.
"Lepaskan aku" kata Riana.
"Kenapa banyak-banyak ayat, kau suka sangat ulang ayat tu? Kau nak sakit lagi ke?"
"Kenapa kau tak bunuh je aku? Kan senang? Aku pun tak payah nak hadap semua ni. Aku penatlah."
"You penat? You nak makan? Kalau taknak nasi, I boleh belikan kat luar"
"Danny please. Lepaskan aku. Aku dah tak tahanlah duduk sini." Adu Riana.
"Berapa kali aku nak cakap aku tak akan lepaskan kau?! Kau faham bahasa melayu?" Rambut Riana ditarik kasar sehingga gadis itu terdongak.
"Kalau gitu, bunuh jelah aku. Kan senang?" Cabar Riana.
Tanpa kata, kepala Riana disepak kuat dari tepi. Kaki kanannya dipijak dan disepak. Perutnya juga disepak bagai sebiji bola. Senak. Cecair merah untuk kali yang ke berapa keluar dari mulutnya.
Danny yang pantang dicabar terus mengeluarkan pistol hitamnya. Pistol itu tepat diacukan kepada Riana.
Riana yang sudah pasrah itu hanya mampu memejamkan mata. Menerima saat akhirnya di dunia. Mendengarkan picu ditarik, semakin kuat hatinya berdoa, mengucap dan berkata-kata.
Dia lebih rela mati dari tinggal dengan manusia yang separuh psiko dan separuh mafia. Tidak tenang hidupnya.
BAM!
Mereka disitu menoleh. Riana juga mencelikkan mata sedikit. Nampak seorang lelaki yang dalam keadaan termengah-mengah.
"Kau kenapa?" Berang Danny apabila tidak dapat melepaskan tembakan.
"Boss... tempat kita... kena serang" kata lelaki itu.
Danny memandang Riana.
"Wow... nampaknya hero kau dah sampai" sinis Danny. Dan terus melangkah keluar dari bilik tersebut.
Dengan wajah pucatnya, Riana tersenyum kecil sebelum dirinya rebah kerana lemah. Dia tahu Aryan akan datang.
--------
Bunyi tembak menembak. Bunyi jeritan. Bermacam macam bunyi yang terhasil. Beginilah jadi kalau mafia bertempur mafia. Di dalam sebuah gudang.
Anak buah Riana juga tidak ketinggalan untuk membantu tapi hanya dalam diam. Mereka yang lain tidak tahu kehadiran mereka.
"Tumpukan perhatian kepada musuh. Sorokkan identiti korang. Jangan sampai terdedah" pesan Amy sebelum mereka berpecah. Dari awal lagi, Amy dapat mengagak Aryan akan turun padang bersama. Cuma siapa Aryan masih tertanya-tanya.
Dalam kesibukan mereka, seorang lelaki tersenyum sinis melihat pertempuran di bawah.
"Aku dah agak. Demi permaisuri kau, kau sanggup turun padang"
Aryan memerhati sekeliling gudang. Satu bilik berpintu merah diperhati tajam. Di mana tempat Riana seperti yang diberitahu Ari. Terus dia bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Ada juga beberapa halangan yang menghalangnya. Namun itu bukanlah sesuatu yang susah baginya.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Acciónstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...