Riana membuka matanya perlahan lahan. Terasa kepalanya berpusing ketika itu. Mahu diangkat tangan, tapi terasa tangannya diikat. Terus matanya terbeliak besar.
Kat mana ni?!
Bilik gelap dan berbau darah. Seperti dia yang sudah melihat darah dan bau darah tidaklah terasa loya. Tapi kalau duduk dalam bilik itu, terasa jijik pun ye.
Tiba-tiba pintu besi bilik itu dibuka dari luar. Riana mengecilkan mata apabila sinaran dari luar biliknya menembusi retina matanya.
"Hai puppy. Dah bangun?"
"Puppy otak kau. Kau nak apa?!" Soal Riana kasar. Soalan gadis tadi dibiarkan. Buta ke orang dah celik mata ni. Dah bangunlah. Sibuk tanya kenapa?
"Wow kasarnya kau. Haha takpe aku suka sebab sebelum kau mati, kita boleh main lawan lawan. Kan? Lagipun sekarang aku hampir menang. Dan kau senang sangat masuk perangkap aku. Itulah kau rindu Aryan. Tapi kau sendiri nafikan perasaan tu. Bodoh."
"Mia. Aku tak tahu apa salah aku sampai kau buat aku macam ni. Tapi tolong lepaskan aku. "
"Kau kata kau tak tahu salah kau? Heh jangan jadi bodoh Riana. Kumpulan kau yang agensi agungkan sangat tu memang tak tahu, tak ambil kira perasaan orang lain. Yang korang tahu membunuh. Konon selamatkan negara dari ancaman, tapi kau tak fikir orang lain. Kau bunuh kakak aku. Lepastu kau bunuh Danny, satu satunya ahli keluarga angkat yang sudi ambil aku jadi keluarga. Kau faham tak perasaan aku Riana?"
"Pasal kakak kau tu, kisah lama. Kenapa kau nak bangkitkan kisah tu? Lagipun ni semua misi, dan kitaorang just selesaikan. Selain tu, siapa suruh kakak kau jadi pengkhianat. Padan muka dia. Dia layak mati dari duduk dalam kumpulan aku. Buat apa aku nak simpan pengkhianat. Kan?" Balas Riana tanpa gentar.
Pak!
Terteleng kepala Riana saat ditampar kuat oleh Mia.
"Semua salah kau. Dan kau masih tak nak mengaku. Hutang duit dibayar duit, hutang darah dibayar darah. Kau ingat tu." pesan Mia buat kali terakhir dan terus melangkah keluar.
Rambut Riana yang sudah serabai itu membuatkan dirinya terasa rimas. Terlalu rimas. Hujung bibirnya yang berasa cecair itu tidak mampu diseka. Dia hanya mampu menunduk.
Benarlah dia terlalu lemah untuk semua ini. Dia kuat kerana rakannya. Tapi kini dia bersendirian. Kenapa mesti dia?
Masalah yang tidak pernah habis, hadir lagi dengan masalah yang baharu.
Adakah dia akan mati bersama masalahnya ini?
----------
Keadaan banglo mewah itu menjadi kelam kabut mencari seseorang yang tidak kelihatan. Semua bilik diselongkar dan semua kenalan mereka di dail. Habis tunggang langgang segala barang.
"Ish mana Riana ni?" Rungut Leen sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku rasa dari semalam dia tak balik. Kunci rumah takde ni. Aku risau betullah" kata Meera pula. Kereta Riana yang terparkir elok dihalaman rumah diteliti.
"Riana tak bawa kereta dia. Mesti dia naik dengan Aryan" Amy bersuara.
Belum sempat nombor Aryan didail. Loceng rumah mereka berbunyi.
Mereka sama sama berpaling.
Tubuh tegap dan berkulit putih. Seorang yang tinggi. Aryan!
Mereka berlari ke arah pagar, membuka untuk Aryan yang segak berkemeja. Nak ke kerja mungkin?
"Hai, Riana ada?" Soal Aryan kepada mereka bertiga.
Namun mereka bertiga hanya menayangkan wajah tegang dan membisu.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Aksistatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...