Aryan yang sedang menunduk membuat kerja mengangkat kepala saat pintu biliknya dirempuh kuat dari luar.
"Kau kenapa? Takda adab nak ketuk dulu ke?" Berang Aryan.
Aariz hanya membuat muka selamba dan tidak bersalah. Kaki melangkah mendekati abangnya dan duduk di kerusi hadapan meja kerja.
"Kau takda kerja ke? Duduk melepak sesuka kau" soal Aryan. Kerjanya kembali disambung.
"Takda. Dah siap. Aku datang nak ajak kau lunch, diorang dah tunggu dekat lobi" balas Aariz.
Aryan menoleh melihat jam dinding berwarna hitam. Keluhan kecil dilepaskan. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Aku banyak kerjalah. Kau pergi je lah dengan diorang. Nanti aku makan, but now. I can't"
"Bro, kau ni kerja terlampau over lah. Kerja, kerja jugak. Jangan sampai tak makan. Nanti kau sakit, macam mana?" Bebel Aariz. Aryan membuat muka toya. Dah mula dah bebelan dia yang kalah mak cik Senah.
"Kau nak aku beli apa-apa ke?" Sambung Aariz. Punggung diangkat dari kerusi.
Aryan menggeleng tanpa mengangkat kepala. Aariz menjeling abangnya. Degil! Pentingkan kerja dari kesihatan.
Aryan mengangkat wajah kembali dan melihat pintu yang sudah tertutup rapat. Bukan dia tidak mahu keluar makan, tapi dia ada urusan yang perlu diselesaikan.
Segera Aryan bangun dari duduk. Handphone di capai dan dimasukkan ke dalam poket.
Laci meja dibuka, pistol hitam berkilat itu diambil dan disisip di tepi pinggangnya dan ditutupi dengan blazer hitam yang dipakai.
Kaki melangkah keluar bilik, sebelum itu sempat matanya dikerling ke kiri dan kanan bagi memastikan adik dan rakannya sudah tiada.
"Aku nak keluar, mungkin aku masuk lambat. Cancel semua meeting lepas lunch. " pesan Aryan kepada PA-nya.
Gadis berbaju kurung itu mengangguk tanda faham.
Butang lif ditekan ke tingkat 10. Buka sahaja pintu lif, Aryan terus melangkah keluar. Pekerja di tingkat itu memandangnya tanpa berkelip. Bukan senang nak tengok boss atasannya turun.
Ada juga yang menyapa, ada juga yang tersenyum kepadanya. Tapi dia kekal dirinya, seorang yang beku and heartless. Wajah dingin sahaja sebagai balasan.
Satu pintu kaca diketuk sebelum ditolak. Kaki melangkah masuk.
Gadis yang duduk menghadap handphone berpaling saat ada yang masuk ke dalam biliknya.
"Fiona, ikut aku jom. " ajak Aryan.
Clara De' Fiona Louise satu satunya sepupu perempuan yang dia miliki. Gadis yang hidup bersama sejak kecil lagi. Gadis yang manja dan cantik. Juga salah satu ahli Black Eagle yang mahir menembak jauh dan tepat.
"Malas aku. Aku banyak kerja tak siap" tolak gadis itu kasar.
"Kerja? Kau main phone je aku tengok." sinis Aryan. Tangan dihentak ke atas meja.
"Ish, yelah. Kau ni nak marah aje. Tak kahwin baru tahu." kata Fiona. Mata menjeling sahaja mata helang milik Aryan. Dan ya, dia adalah gadis yang berani melawan semua kehendak Aryan.
Aryan membalas jelingan Fiona.
"Kau nak pergi mana?" Soal Fiona selepas segala barangan dimasukkan kedalam beg tangan jenama Gucci.
"Ikut je. Aku drive."
Fiona hanya akur. Kaki mengikuti sahaja langkah Aryan yang pantas dari belakang.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...