ENAM PULUH TIGA | RACUN

7.3K 411 12
                                    

Aryan merenung handphone sedari tadi. Rasanya dia mendail nombor Riana dan bukannya orang lain. Tapi mengapa dirinya dianggap Izwan oleh Riana.

Adakah Izwan rakan baiknya?

Ah siapa lagi Izwan yang dikenali Riana. Sudah tentu, Aizat Izwan Putra itu.

Aryan sekali lagi didatangi persoalan. Kenapa suara milik Riana terlalu teruja bila menyebut nama jejaka itu. Sudah jijik ke dirinya mahu menyebut nama 'Aryan'.

"Mesti dia marah pasal semalam" tebak Aryan sendiri.

Namun selepas berkata begitu, hatinya diserang perasaan risau. Dia pasti kalau Izwan yang mendail Riana, sudah tentu mereka akan keluar bersama.

Pantas hoodie merahnya dipadankan ke tubuh. Rambutnya disikat sedikit bagi kemas dan kemudian pantas kunci kereta di tepi pintu dicapai.

Walaupun terserempak dengan kakak iparnya, Rai yang ketika itu menetap di rumah keluarga mereka, tetap pertemuan mereka tidak dibalas.

Panggilan Aariz yang datang ke arahnya dengan sebuah fail ditangan juga dibiarkan begitu sahaja.

Dia harus segera sebelum sesuatu yang tidak baik berlaku. Dia sudah berjanji mahu melindungi gadis itu, jadi dia harus kotakan.

"Amir. Detect Riana kat mana. Aku dalam perjalanan" arah Aryan pada Amir dihujung panggilan.

Hatinya seakan berkata sesuatu. Sesuatu yang tidak menyedapkan hatinya.

Dalam kerisauannya, handphonenya berbunyi kuat. Pantas handphone itu diletakkan di telinga kanannya. Sambil memandu sambil angkat panggilan.

"Bro aku hantar direct pada kau"

"Ok"

Panggilan dimatikan. Inbox whatssap dibuka. Tertera nama Amir berada di atas sekali.

Lokasi yang diberikan diteliti dengan tajam. Selepas mengesyaki lokasi sebenar, terus keretanya memecut laju diatas jalan raya. Lampu merah juga dilanggar. Dengan kemahiran pemanduannya, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 20 minit berubah kepada 10 minit.

Pintu restoran dibuka. Aryan menjenguk ke persekitran restoran yang ketika itu mempunyai ramai pelanggan yang hadir. Tidak susah mahu mengesan Riana yang tinggi itu.

Tawanya yang menarik perhatian. Senyumannya yang dapat dikesan. Bukan susah mahu mengesan gadis itu.

Meja yang berdekatan Izwan dan Riana menjadi pilihan. Mudah untuk bertindak ketika sesuatu diluar jangkaan berlaku.

Sambil itu, dia memesan segelas orange juice sekadar mahu menyedapkan mata pelayan yang lalu lalang. Datang ke restoran mewah itu, tak akan tidak makan pula. Sudah tentu orang akan kata mengambil kesempatan merasa duduk dalam keadaan mewah sedangkan tiada duit. Ceit!

"Riana, saya nak ke tandas sekejap. Boleh awak tunggu sekejap. Tak lama. Sekejap je" pinta Izwan lembut.

Riana tersenyum melihat wajah Izwan yang berkerut seribu.

Riana mengangguk.

Serta merta Izwan terus pergi meninggalkannya seorang diri disitu. Riana memandang keadaan restoran yang mewah dan mendapat sambutan itu. Pelayannya sibuk kesana kemari.

Dalam pemerhatiannya, matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang menunduk. Seperti terasa aura manusia itu. Seperti terlalu dekat dengnnya.

"Janganlah...."

Belum sempat Riana menghabiskan ayatnya, handphonenya berdering.

Lekas panggilan itu diangkat apabila nama Amy tertera di screen.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now