LIMA PULUH EMPAT | BAHAYA!

7.2K 425 10
                                    

Keadaan bilik pertahanan agak kelam kabut dan ramai pegawai yang ke hulur ke hilir demi mencari 'dia'.

Ramai orang atasan agensi juga turut membantu dalam misi mencari. Jika mereka kehilangan si 'dia', mereka akan berada dalam satu zon yang bahaya.

Latar belakang 'dia' telah disiasat dan ia memberi kata kunci kepada mereka agar perlu berhati hati dan bersiap sedia dalam apa jua yang akan berlaku.

"Beritahu Madam sebelum dia terlepas" arah seorang lelaki yang agak tua dengan tegas kepada anak buahnya.

Berlari lari anak buahnya mendapatkan Madam James yang sedang sibuk di bilik mesyuarat.

Mesyuarat yang sedang dijalankan sedikit terganggu apabila pintu bilik mesyuarat dirempuh tanpa sebarang kata atau syarat. Kelihatan seorang lelaki yang sedang termengah cuba memberitahu sesuatu tetapi suaranya tersangkut.

"Sa.. saya minta maaf. Ta. Tapi saya bawa berita yang kurang baik" katanya setelah beberapa minit menunggu.

"Kenapa?"

"Mia. Mia Adriana terlepas dari bilik pertahanan" katanya senafas dan lancar.

Mereka di dalam bilik mesyuarat tercengang dan terkejut.

Habislah!

"Macam mana?...."

"Kami tak pasti. Pihak atasan sedang buat penyiasatan" potong lelaki itu.

"Lapor pada Black Angels. Mereka dalam bahaya" arah Madam James kepada PA nya.

Wirda mengangguk. Segera nombor Riana di dail.

---------

Lagu yang keluar dari corong radio dinyanyi sama. Rentak lagu tersebut dimainkan oleh Riana yang khusyuk memandu pulang ke rumah. Mulutnya mengeluarkan bunyi kecil dan perlahan.

Tiba di bahagian chorus lagu tersebut, handphone menyanyi juga minta diangkat.

Riana mendengus geram kerana handphonenya menganggu konsert percumanya waktu itu. Handphone di dashboard diambil kasar. Nasib sahaja lampu ketika itu berwarna merah.

"Hello"

"Hello Cik Riana"

"Eh tak ni bukan Riana."

"So who are you?"

"I'm Riana"

"You want me to report your stupid joke to Madam James?"

"Dont. Proceed. I just joking."

"Madam suruh saya sampaikan laporan ni kepada awak semua. Awak semua perlu berhati hati pada waktu ini. Mula saat ini, kemana sahaja awak pergi, dont be alone. Pastikan bersama."

"Why?"

"Pengkhianat Mia Adriana dah melarikan diri dari bilik pertahanan"

"Wow akak kata Mia pengkhianat"

"Serius Riana"

"How? Tak akan guard kat situ tidur waktu bertugas. Sampai Mia tu boleh larikan diri. Riana ingat ba - ehh minah ni"

Riana memberhentikan kereta secara terkejut.

"Minah?"

"Tak sorry. Ada manusia mana tah lalu waktu lampu hijau. Gila agaknya"

"So Riana. Bagitahu kawan kawan awak. Hati hati. Akak rasa Mia tu licik"

"Riana dah tahu dah benda ni akan jadi. Hah iyelah kak nanti Riana bagitahu. Orang tengah drive ni"

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now