Riana yang duduk membelek fail-fail berkulit tebal itu memaparkan wajah serius. Helaian demi helaian dibelek. Sesekali dahinya diurut sikit.
Pening.
Penat.Tok. Tok.
Riana mengangkat wajah saat pintu pejabatnya dibuka.
"Hai you"
"Hai, why... you.. he..."
"Sorry Riana. Saya dah halang tapi dia degil juga nak masuk" kata Mel yang tercungap-cungap. Mencari nafas yang teratur.
"Takpe. Leave us for a while." balas Riana.
Matanya memandang ke arah jejaka yang mengelilingi biliknya. Nampak jakun. Ermmm..
"Kenapa awak dekat sini?" Soal Riana. Danny memaling. Kening sebelahnya diangkat.
"Kenapa? Tak boleh? Tak rindu I ke?" Soal Danny bertubi tubi.
"Danny, kenapa datang?" Dalih Riana.
"I nak habiskan cerita I. Cerita semalam tak habis lagi." kerusi di depan Riana ditarik dan melabuhkan punggung.
"About them?"
Danny mengangguk yakin.
"Dahlah Danny. Sepanjang saya kenal dengan diorang, diorng takda pun tunjuk apa apa bukti yang diorang tu pembunuh. Diorang pun layan saya macam orang lain. Macam awak layan saya. Sama je." kata Riana cuba menyakinkan hatinya. Tidak tahu mengapa sejak kehadiran Danny wujud dalam hidupnya, hampir kesemua apa yang diberitahu Danny adalah betul.
"You rasa ada ke pembunuh yang akan jujur yang dia tu pembunuh. Kalau I pun sama pembunuh, I tak akan mengaku. Sebab tak nak target I lari. You tak takut ke kawan dengan diorang?"
Riana perlahan-lahan menggeleng.
"Look, kalau satu hari kawan kawan you mati. Dan berita kematian kawan-kawan you tu berpunca dari diorang si pembunuh tu. Tak akan you nak biarkan je. Sebab you tak percaya yang diorang tu dalang semua ni"
"I bukan apa Riana. I bukan nak burukkan kawan you yang you kata bukan pembunuh tu. Tapi bukti tu sendiri ada dengan I. I sendiri nampak diorang membunuh. You masih tak percaya?"
Riana diam tanpa menjawab. Seakan akan patung hidup.
"I just nasihatkan you je. Sebab you tu kawan baik I tau. Kita kawan dah lama kot. Kalau you nak bukti. Fine, I ada"
Handphone yang ada di dalam poket seluar di keluarkan. Lalu satu gambar yang terpapar di muka handphone ditunjukkan kepada Riana.
Riana memerhati gambar itu dengan teliti.
"You nampak siapa dalam gambar tu?"
"Ar... Aryan"
"Dengan?"
"Pistol"
Danny tersenyum sinis.
"You believe me now?" Soal Danny sinis.
Riana menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan. Menidakkan.
"Ikut you lah. Jangan cakap I tak warning. I balik dulu. Daa"
Dia cuba menidakkan. Mungkin itu bukan Aryan. Kalau ya pun, apa yang dipegang jejaka itu hanyalah sekadar mainan. Lagipun dalam gambar tersebut, tiada apa yang mencurigakan kecuali pistol tersebut.
Pintu yang sudah tertutup rapat diperhati. Tidak sampai satu minit, pintu itu dibuka kasar.
Tubuh seseorang jatuh terbaring di atas lantai bilik Riana.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...