Rai mengelap rambutnya menggunakan tuala kecil. Erina yang sedari tadi menangis membuatkan dirinya tergesa gesa. Kesana kesini. Semuanya tak kena.
Dari tadi dia menunggu kepulangan Ariq tetapi jejaka itu seakan akan tak akan muncul. Dah mati mungkin?
Selangkah Rai mendekati katil, terdengar bunyi ketukan pintu.
"Ish siapa pula lah ni. Aku dah lah tak siap lagi. Kacau daun pulak tu. Ada yang mati kena tembak ni" bebel Rai sambil membuka pintu.
"Apa?"
"Aku dengar Erina nangis. Kenapa? Kau pukul dia eh?" Soal Riana
"Gila kau nak pukul anak sendiri. Aku nak siap-siap. So takde sapa lah nak main main dengan dia"
"Ayah dia mana?" Soal Riana tanpa selindung. Ya dia sudah tahu segalanya. 3 hari bersama pasangan suami isteri itu membuatkan hatinya lagi tertanya tanya. Dan ia terjawab tanpa tanya.
"Entahlah mamat tu. Dah pukul 8 malam dah ni. Nanti pukul 9 nak buat itulah. Inilah. Serabut aku."
"Meh sini Erina. Aku bawa dia jalan-jalan" pelawa Riana. Rai tanpa membantah memberikan Erina kepada Riana.
"Jangan jalan jauh-jauh. Nanti dah siap, aku call"
Riana mengangguk.
---------
"Set set semua. Aku dengar pukul 9 ni diorang nak buat satu aktiviti. And aku sure waktu tu. Waktu paling tepat untuk kita serang. Kalau boleh ambil dengan perempuan tu sekali. Tak payah susah susah nak tukar tukar. Leceh"
"Memang suka tukar-tukar plan last minit ke?"
"Kau nak kayu ke batu untuk ketuk kepala kau yang dah botak tu? Buat jelah apa aku cakap. Tak payah banyak bunyi!"
"Baik boss"
---------
Riana berjalan di sepanjang pantai. Angin kuat meniup lembut. Terasa tenang sahaja berjalan sendirian bertemankan Erina yang sudah lena.
Riana duduk di bangku kayu yang disediakan. Cuba mengingati apa yang sedang berlaku. Kata kata Leen masih berlegar difikirannya. Ya perkara itu. Perkara itu menghantui hidupnya.
"Kenapa aku?"
"Sebab masa kau dah tak lama" jawab seseorang.
Tidak lama kemudian, belakang kepalanya seperti dipukul menggunakan sesuatu yang keras. Batu. Mungkin?
Pandangannya semakin kabur. Sebelum semuanya kelihatan gelap.
----------
"Rai, Riana mana?" Soal Aryan apabila terserempak dengan Rai yang ketika itu nampak kusut.
"Aku tak tahu. Tadi dia bawa Erina jalan-jalan. Tapi dah satu jam, still tak muncul muncul. Aku call dia tak angkat" jawab Rai kalut. Risau keadaan adiknya and juga anaknya.
"Awak!"
Mereka berdua menoleh.
"Erina mana?"
"Dengan Riana" jawab Rai ringkas
"Riana?"
"Bro, ikut aku." ajak Aryan.
Ariq mengangkat sebelah keningnya. Kedua tangnnya dimasukkan kedalam poket.
"Pantai. Panggil Ari dengan yang lain"
Ariq mengangguk. Aryan terus berlari keluar dari hotel tersebut.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...