Bang!
Aryan dan Aariz berhenti berbalah. Pandangan dihalakan ke jalan raya. Tumpuan mereka ketika itu pada sebuah kereta BMW hitam yang sudah terbabas ditepi jalan.
Tut. Tut.
Handphone milik Aryan diatas dashboard berbunyi nyaring.
"Angkat," arah Aryan kepada Aariz. Aariz hanya menurut.
Loudspeaker ditekan.
"Woi, memang tak reti fokus ke? Kau nak tengok budak tu mati. Kau tahu tak siapa tadi. Nasib dia tak sempat tembak tahu tak. Tahu nak gaduh je. Dah besar kot, tu pun tak reti nak bawa diri ke. Gaduh macam budak kecil. Aku nak kau telefon Ariq. Kata kat dia, anak dia dalam bahaya. Dia fikir kita sapa nak jaga anak dia memanjang."
Tut.
Talian terus dimatikan. Aariz hanya termangu ditempat duduknya. Gila agaknya Harris ni..cakap slow-slow tak boleh ke?
"Asal dengan Harris? Kenapa nak kena call Ariq pula?"
"Datang bulan kot." jawab Aariz. Telefon kembali diletakkan diatas dashboard.
Aryan hanya mengangkat bahu dan kembali fokus di jalan raya.
----------
Riana yang mendengar bunyi tembakan segera berpaling dan melihat kereta BMW hitam yang sedari tadi mengikutinya sudah jauh tersasar. Bukan dia tidak perasan kewujudan kereta tersebut.
Nafas lega dihembus perlahan. Erina disebelah dilihat. Mata bayi itu terkebil kebil melihat dirinya kembali.
"Kita dah selamat, baby." kata Riana.
Sampai sahaja di taman rekreasi, Riana memarkirkan kereta jauh dari orang ramai. Ketika itu, ditaman tersebut seperti diadakan festival. 3 pasang kanopi dan ramai pengunjung yang hadir.
"Ramainya orang," kata Aariz saat berdiri disebelah Riana.
Riana mendongak memandang Aariz yang tinggi darinya. Galah betul mamat ni.
"Biasalah hari Sabtu ramai orang datang sini. Biasanya orang jogging kat sini. Tapi tak tahu pulak ada festival. Untuk budak-budak kot." balas Riana. Matanya tajam memerhati festival tersebut. Nampak meriah.
"Jomlah pergi tempat tak ramai orang. Nanti Erina tak selesa pulak." cadang Amir.
Riana hanya mengangguk dan jalan mendahului mereka memandangkan Riana sudah lali dengan tempat seperti ini.
Manusia yang lalu lalang kadang kala menjeling mereka. Ada mata tidak puas hati. Ada juga mata tidak lepas memandang jejaka-jejaka di belakang Riana. Sekali pandang seperti bodyguard pula.
Aariz dan Amir tidak lepas peluang untuk bergambar atau berselfie setiap kali lalu dekat kawasan yang agak cantik. Kalahkan perempuan.
Aryan pula asyik memandang karenah adiknya yang tidak serupa matang.
Lepas penat berjalan, mereka berhenti berehat disatu bangku yang disediakan khas untuk pengunjung.
"I nak pergi beli ice cream kat situ. U nak juga?" Soal Aariz.
"Pape je lah. " Balas Riana.
Aariz hanya mengangguk dan terus berlalu bersama Hayden dan Harriz. Amir juga mengikuti mereka tapi laluan yang digunakan lain. Dia mahu ketandas selepas 15 minit dia merungut mahu ke tandas tapi dihalang oleh Aariz.
"Awak dah lama ke kawan dengan diorang?" Soal Riana.
Aryan yang sedang menatap handphone memalingkan wajah.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...