SEPULUH | TARGET

9.5K 515 8
                                    

Tok. Tok.

"Riana, kau tak kerja ke hari ni?"

Terdengar suara Rai dimuka pintu. Riana hanya mencelikkan mata sedikit. Tubuh seorang bayi disebelahnya dilihat. Suci sahaja wajahnya.

Wajah yang tiada dosa. Tapi kesian dirinya sebagai barangan pinjam, disilih ganti oleh parents dia sendiri.

"Riana," masih terdengar suara Rai memanggil namanya.

Lambat-lambat, Riana turun dari katil. Pintu bilik dibuka dan tersembul wajah Rai yang cantik berpakaian.

"Kau nak pergi mana?" Soal Riana. Dari atas sampai kebawah, tubuh dan penampilan kakaknya dilihat.

"Adik, kau tak kerjakan?" Soal Rai. Nampak senyuman bahagia diwajahnya.

Riana hanya menggeleng sebagai balasan.

"Kau jaga Erina. Akak nak keluar cari kerja sekejap." Izin Rai dengan mata bersinar.

"Ok, tapi kau nak cari kerja dekat hospital mana?"

"Ala adalah nanti. Aku cari, kau jagakan Erina tau. Sekejap je sebelum pukul 1 aku balik."

"Ok then," balas Riana bersahaja.

Dia tahu kakaknya akan dapat kerja yang diidamkan sejak dia kecil lagi. Doktor adalah salah satu impiannya. Pergi belajar jurusan kedoktoran diambilnya. So, not important to think it of.

Pintu bilik kembali ditutup. Erina yang berada diatas katil, ditepuk perlahan agar bayi itu kembali tidur. Hai anak buah, dah dekat setahun dah ni. Agresif. Even tengah tidur.

Lepas sahaja lihat Erina kembali tenang, Riana mencapai tuala dan terus melangkah ke bilik mandi.

Berus dan ubat gigi diambil dan memulakan rutin mandiannya sebelum memandikan Erina.

See, Riana makcik paling baik, eh jap makcik? Kakak paling baik di dunia. Makcik tua sangat. Hek!

----------

Seusai memandikan Erina, Riana terus keluar dari bilik. Moodnya hari ini mahu membawa keluar Erina. Dari duduk sahaja didalam rumah, eloknya dibawa jalan. Kan?

"Eh Riana. Kau nak pergi mana?" Soal Meera yang sedang menjamu sarapan.

"Nak bawak baby girl ni keluar sekejap. Nak ikut?"

Meera menggeleng. "Kau tak nak makan dulu ke?"

"Nope. Aku breakfast luar je. I got to go. Bye!"

Meera hanya melambai sebagai jawapan. Pintu yang tertutup rapat itu hanya diperhati.

"Oi yang lain, bangunlah. Tak nak makan ke!" Jerit Meera.

Tidak sampai beberapa minit, Leen keluar dari bilik bersama Amy memandangkan mereka berada di dalam bilik yang sama.

"Mana Aurora?" Soal Amy dalam mamai.

"Dia demam. Tetiba je.." jawab Meera.

"Riana? Rai? Erina?" Soal Leen bertubi-tubi.

Dengan sekali nafas dan lafaz, "Rai keluar cari kerja. Riana keluar jalan-jalan dengan Erina."

Fuuhh laju.

Leen dan Amy yang faham tak faham mengangguk sahaja.

----------

Erina diam sahaja didalam kerusi bayi bermain dengan kunci kereta Riana. Riana pula sedap menjamu nasi goreng kampung di kedai mamak tanpa gangguan. Nampaknya tidak susahlah mahu mengawal Erina.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now