Riana berjalan ke hulu ke hilir di hadapan wad kecemasan. Ya Aurora didalam dan mereka diluar. Kenapa mereka tak ke dalam? Sebab doktor tak benarkan. Kenapa tak? Sebab doktor sedang buat pemantauan. Dan berharap jawapannya positif.
"Riana, boleh tak you duduk. I pening lah tengok you ke hulu ke hilir. Sakit mata ok" kata Aariz mencelah kerisauan.
"Awak apa tahu. Kawan awak nak mati pun awak tak kisah. Awak kan takda hati. Kawan saya kat dalam tu. Saya risaulah" balas Riana. Langkahnya kembali disambung.
"Masalahnya you buat I pening tengok you ke hulu ke hilir macam ni. Duduklah. Yang lain risau juga tapi takdelah sampai macam you ni" balas Aariz lagi.
Riana menjeling Aariz tajam.
"Kalau awak pening, awak tutup mata. Tak payah tengok" geram Riana.
"Tapi Riana, aku pun pening tengok kau. Aurora pun kawan kitaorang. Tapi takde lah over caring macam kau. Calm down yourself. Please" celah Leen pula.
"Kau...."
"Riana, muka kau pucat. Jom breakfast. Kau tak makan lagi" kali ini Aryan pula mencelah. Bukan caring sangat pun tapi bahu dia dah diberikan beban untuk menjaga Riana sebagai 'tunang' nya. So yeah!
"Tapi...."
"Kitaorang ada lah. Nanti you pengsan, lagi susah. Baik you pergi." potong Hayden.
Riana masih tidak beranjak dari tempatnya.
"Kau semalam tak makan. Pagi ni kau belum makan. Kau lambat makan, kau gastrik. Gastrik kau bukan boleh bawa bincang. Baik kau pergi makan. Kitaorang takpa. Kitaorang boleh je duduk sini. Lepas kau siap, kitaorang pula pergi makan. Ok?" Pujuk Amy panjang.
Dalam akur, Riana terpaksa. Kakinya melangkah mendekati Aryan dan mengikut jejaka itu dari belakang.
Macam mana jejaka ni ada sekali?
Sebab Aryan datang nak jemput Riana ke kerja atas arahan dari mummy Aryan. Tapi lepas Riana beritahu berita pasal Aurora, terus mereka serbu datang. Riana pula sudah pucat wajah.
Nampak tak? Pertunangan mereka bukan mereka yang rancang. Tapi orang tua mereka yang merancang. Rasa macam ermm korang sendiri tahu rasa tepuk sebelah tangan kan? Sakit? Yes.
"Kau nak makan apa?" Soal Aryan apabila mereka tiba di cafe.
"Apa apa yang penting makanan."
"Kayu? Batu?" Soal Aryan
"Awak nak melawak ke?" Soal Riana perli.
"Kau rasa lawak ke?"
"Saya rasa bodoh je. Kayu dan batu tu makanan ke?"
"Tapi murah. Tak, ianya free"
"Muka awak dah hensem tau. Jangan sampai mata tu cacat sebelah warna biru. Saya tak tahu"
"Ok"
Aryan merenung Riana. Riana memerhati dan menanti pemergian Aryan.
"Bila awak nak belikan makanan?"
"Siapa kata aku nak beli?" Soalan Riana dibalas soalan.
"Habis tadi awak tanya?"
"Tanya je. Tak cakap pun nak beli"
"Erggg annoying" bentak Riana. Kaki melangkah laju meninggalkan Aryan.
Aryan dengan selambanya duduk di satu kerusi yang dekat. Riak tidak bersalah jelas tertayang diwajahnya.
"Otak atok dia duduk selamba je macam tu. Sesuai dengan jebon kambing kampung sebelah. Ergg" gumam Riana perlahan apabila melihat Aryan duduk di kerusinya dengan selamba.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...