DUA PULUH LAPAN | RINDU

7.7K 473 7
                                    

Riana termenung di balkoni biliknya. Terasa nyaman tapi tidak mampu menghilangkan rasa sesuatu kehilangan. Separuh jiwanya dibawa pergi. Sudah cukup seminggu papa pergi. Tapi hatinya masih tersisa saki baki kehilangan.

Niat hati untuk di balas dendam semakin lama semakin menghilang apabila teringatkan arwah papanya.

Riana duduk termenung di kerusi gantung. Air mata yang berjujuran jatuh tidak diseka. Tiada niat.

Biarlah dia lepaskan segalanya sebelum menjadi tunangan orang. Rancangan petang tadi berkenaan majlis pertunangan mereka masih berlegar legar.

Jemputan tidaklah terlalu ramai. Majlis pula tidak di lakukan besar besaran. Hanya saudara sepupu sepapat sahaja yang hadir bagi belah lelaki dan perempuan.

"Riana"

Perlahan lahan Riana berpaling.

"Mama kata kau tak makan dari petang tadi. Aku ada bawakan kau makanan ni. Makan lah." kata Leen. Mereka tiba di rumah agam itu bila Riana mencerita kisah pertunangannya secara mengejut.

Pada asalnya mereka terkejut, tapi aturan Tuhan itu indah. Seorang pergi, seorang lagi hadir bagi melengkapkan ruang yang kosong.

Dulang yang diisi makanan dan air itu diletakkan di atas meja balkoni tersebut.

"Makan lah"

Riana menggeleng. "Aku takda selera lah. "

"Mama kata sejak papa takda. Kau makan pagi je. Petang dengan malam kau tak makan. Pagi pun bukan kau makan banyak. Sikit je"

"Tak nak lah. "

Leen diam merenung Riana yang termenung jauh.

"Pasal hadiah kau tu kita pergi minggu depan lepas aku tunang eh. Aku ada beli 15 tiket percutian. So kita pergi ramai ramai. Sorry for late present." sambung Riana selepas lama mendiamkan diri.

"Kau ni fikir pasal tu pulak. Aku tak kisahlah. Kau tu lagi penting. Makan lah. Penat tau aku masak untuk kau. Nasi goreng kampung. Kegemaran kau kan" pujuk Leen.

Riana menggeleng.

"Riana, kau kena makan"

Leen and Riana menoleh.

Tak balik lagi mamat ni dah pukul 8 dah.

"Makan lah. Nanti sakit" kata Aryan.

Leen keluar dari bilik itu apabila Aryan mengarahkannya keluar.

"Tak nak lah. Takda selera" tolak Riana.

"Makan" pinggan yang berisi nasi goreng diambil bersama sudu besi yang disiapkan sekali.

"Buka mulut"

Dengan terpaksa Riana membuka mulut. Takut melihat wajah dingin jejaka itu.

Hatinya tersentuh.

Kalau dulu waktu papanya sihat. Setiap kali dirinya sakit, mesti papa akan suapkan.

Kalau dulu waktu Shahir masih hidup, Shahir selalu datang melawat dan suapkan makan walaupun menggunakan paksaan. Riana masih ingat memori indah itu.

Tapi kini, kedua dua mereka sudah tiada. Aryan menggantikan mereka.

Riana cuba menahan air mata. Tidak baik menangis depan rezeki.

"Tak nak" tolak Riana.

"Baru 4 sudu"

"Tak nak"

Pinggan diletakkan semula. Gelas berisi susu dihulurkan.

Riana menyambut. Sekali lagi hatinya tersentuh dengan sikap prihatin Aryan.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now