Bakul yang dipenuhi baju diangkat lemah. Bakul besar berwarna biru itu diletakkan ditepi mesin basuh dan satu persatu baju dimasukkan.
"Oi perempuan. Ni baju ni kau tercicir kenapa? Buta ke? Tak cukup bersyukur orang dah bagi guna mesin basuh. Tu aku belum suruh kau basuh baju mahal aku. Aku nak baju tu kau basuh dengan tangan." bebel seorang perempuan berpakaian mewah dan elegan.
Gadis rendah berpakaian lusuh itu hanya menunduk ketakutan.
"Lagi satu, hari ni Felix balik. Aku nak kau masak sedap dan mewah untuk dia. Kalau tak, aku sendiri bunuh kau" tambah perempuan mewah itu sambil bercekak pinggang. Wajahnya garang dan suaranya tegas.
"Mama!" Jerit seorang gadis lain pula.
"Apa Hani?Mama tengah sibuk ni." balas perempuan mewah tu kepada anaknya.
Hani melangkah masuk ke ruang dapur yang menempatkan mamanya itu. Wajah cemberutnya diberikan.
"Mama, tengok perempuan bodoh ni buat apa dengan baju Hani. Habis warna dia turun. Mahal tau orang beli gaun ni dekat Paris." adu Hani kepada mamanya. Matanya tajam memandang gadis yang berpakaian lusuh itu.
Gaun labuh berwarna hitam yang dipegang anaknya direntap kasar. Baju itu dibelek. Terlihat kesan tompokan putih dibelakang baju itu.
"Macam mana kau buat kerja ni hah Elsa. Kau tahu tak penat aku cari duit untuk kesenangan anak aku. Kau rosakkan pula baju dia. Kau memang nak kena." kata perempuan mewah itu yang dikenali sebagai Rachel.
Kayu penyapu ditepi pintu belakang rumah itu diambil. Elsa sudah menggeleng kepala bersama air mata.
"Sakit puan.." rintih Elsa tatkala kayu buluh yang tebal itu hinggap ditubuhnya. Berkali-kali tanpa henti.
Gadis yang mempunyai cahaya suluh di masa hadapannya bertukar kelam apabila suatu masa dirinya diculik oleh kumpulan mafia. Dan dibawa ke rumah menjadi seperti seekor haiwan belaan. Bukan dibelai tapi dipukul, didera dan dimaki.
Setiap hari pasti akan ada kesan lebam di tubuhnya. Mereka jadikan tubuhnya seperti batu yang apabila pukul ia tidak sakit. Tidak luka.
Setiap hari juga air matanya akan mengalir laju. Selaju kereta F1 di atas trek lumba.
"Maafkan kakak, Aurora. Kakak tak dapat jaga adik akak." rintih Elsa bersama linangan air mata.
----------
"Maafkan kakak, Aurora. Kakak tak dapat jaga adik akak"
Aurora yang sedang tidur itu terjaga. Rintihan tolong itu seakan akan wujud. Ya pemilik suara itu seperti hidup.
Meera yang sedang menyiapkan kerja di sebelahnya ditatap dengan muka tiada reaksi. Kaku. Otaknya tidak dapat mentafsir apa-apa waktu itu.
Meera yang terasa diganggu dengan renungan Aurora segera memaling. Dahinya berkerut.
"Asal pandang aku macam tu? Seram tahu tak, muka dah la pucat macam mayat hidup." Meera yang terasa bulu romanya menegak membuka mulut.
Aurora diam tanpa jawapan. Matanya masih ralit memandang Meera tanpa kelip.
"Wey, jangan buat aku takut, seram bodoh,"
"Aku.. a.. aku minta maaf. Aku tak sengaja." Aurora memohon maaf apabila dia tersedar yang dia telah menakutkan sahabatnya. Bukan niatnya nak buat begitu, tapi entahlah.
"Kau dengar suara tu lagi?" soalan yang sama dilontarkan sejak dua menjak itu. Dia tahu segelanya tentang Aurora. Dia tahu kenapa gadis itu banyak diamkan diri dan terasa terganggu.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Acciónstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...