SEMBILAN BELAS | JUMPA

7.9K 447 2
                                    

Lima orang gadis mengorak langkah memasuki satu bilik berpintukan besi. Wajah seorang lelaki yang dipenuhi lebam dan darah diperhati tajam. Lelaki itu hanya menunduk. Wajahnya juga sudah hancur dibelasah oleh mereka.

"Cerita pasal kumpulan kau," arah Riana dingin. Kerusi yang ada di depan lelaki itu diduduki dengan riak wajah dingin. Manakala yang lain duduk di sofa yang disediakan.

"Apa kau nak tahu?" Soal lelaki itu pasrah. Tidak tertanggung lagi sakitnya.

"Buku rahsia," jawab Riana sinis.

Terdengar jawapan itu, wajah lelaki itu terus bertukar pucat seperti mayat hidup. Matanya terbeliak sedikit seperti tidak percaya gadis di hadapannya ini tahu tentang kewujudan buku itu.

"Cerita atau kau.. mati," ugut Riana sambil mengeluarkan pistol hitam kilatnya 

Pantas lelaki itu menggeleng. Riana mencapai kayu besbol yang ada disebelahnya untuk mendongakkan kepala lelaki itu yang sedari tadi menunduk.

"Bila aku hadap kau, make sure kau tengok aku. Bukan lantai." Amaran tegas dan dingin yang dilontarkan membuatkan kakinya bergetar hebat. Takut! Itu yang dia rasa 

"Tak aku tak boleh cerita.."

"Kenapa?"

"Aku tak nak mati lagi."

"Kalau kau tak nak mati, bagitahu aku! Jangan buat aku macam tunggul! Bodoh!" lelaki itu disepak dari sisi. Nasib sahaja tidak jatuh menyembah bumi.

"A.. aku taknak." Riana yang mendengar jawapan itu mula naik berang.

Rambut serambai lelaki itu digenggam dan ditarik kasar membuatkan lelaki itu terdongak ke atas memandang siling hitam.

Matanya tertutup rapat apabila retina matanya menerima cahaya yang terlalu terang.

"2 hari lagi. Aku nak kau cerita segalanya. No excuse." kata Riana seraya bangun dari duduk. Rambut lelaki itu dilepaskan kasar 

"Don't worry. Dua hari tu, kitaorang tak kacau kau. Kau relax, kumpulkan tenaga dan semangat. Tapi bila kitaorang datang, pastikan kau akan cerita segalanya," kata Amy saat melihat wajah lelaki itu seakan akan dalam ketakutan. Entah apa yang dirahsiakan dalam buku itu sampai lelaki ini tidak mahu bercerita.

"Bitch!" kepala lelaki itu disepak dari sisi sehingga tertoleh ke kiri. Meera kembali berdiri seperti biasa lepas melayangkan sepakan. Puas hatinya. Sudah 2 hari soalan yang sama ditanya. Tapi masih belum menerima jawapan.

"Don't you dare to waste my time!" kata Leen dingin. Aurora hanya memerhati sebelum bangun keluar dari bilik tersebut.

"Pastikan dia tak keluar. Kalau tak, korang akan ganti sebagai makanan anjing sebelah rumah aku," ugut Riana kepada dua lelaki yang menjaga di hadapan pintu bilik.

"Kasi dia makan sekali. Dah dua hari dia tak makan," sambung Riana lagi.

Mask yang dipakai mereka dibuka dan disimpan ke dalam sebuah bekas yang disediakan disebelah pintu utama.

Mask yang disediakan khas untuk mereka saat berdepan dengan musuh di markas. Kalau misi luar, mask lain yang akan dipakai.

"Riana, aku nak pergi farmasi jap. Aku nak beli pembalut dengan air pembasuh luka." kata Aurora.

Riana mengerutkan dahi. "For what?"

Aurora tidak menjawab malah tangan Riana yang masih berbalut diangkat. Riana hanya mengangguk faham. Selama ini, Aurora yang mencuci dan membalut lukanya. Tiada lagi klinik. Jkjk.

Masing-masing mula menghidupkan kereta dan terus keluar dari kawasan tersebut.

Semua baru balik dari kerja dan terus singgah ke markas, for make sure lelaki itu memberikan semua info tentang kumpulannya. Disangkakan senang, rupanya susah.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now