LIMA PULUH DUA | KAU?!

7.3K 428 10
                                    

Mereka mencelikkan mata apabila terdengar suara manusia berbual diluar bilik mereka. Tangan dan kaki mereka diikat. Tidak tahu sejak bila. Tapi terasa sakit.

"Sejak bila kita di ikat ni?" Soal Amy sambil meronta cuba melepaskan diri.

"Jangan banyak gerak Amy. Nanti sakit. Diorang guna tali dawai ni." pesan Leen lembut.

Amy berhenti. Pasrah mungkin.

Terdengar bunyi pintu dan lantai bilik bergesel. Dalam gelap mereka dapat lihat beberapa orang masuk ke dalam bilik tersebut.

Pintu kembali ditutup.

Empat gadis itu mula berasa gugup.

"Apa masalah kau sampai nak ceroboh kawasan aku?" Soal salah seorang dari mereka dengan suara dingin.

Riana sudah menunduk. Tidak mampu mengeluarkan suara. Walaupun wajah mereka tidak dapat dilihat, tapi dari suara Riana dapat mengagak siapa.

"Aku tanya ni. Dah bisu ke?" Berangnya.

"Misi kami adalah kau" jawab Amy laju. Riana menoleh memandang Amy. Amy membalas pandangan Riana. Dia hanya mengangguk perlahan.

"Aku? Atau kumpulan aku?"

"Sama jekan dua-dua. Dah kau ketua" balas Leen selamba.

Terdengar mereka ketawa kecil.

"Suara dia macam Leen doh" bisik mereka sesama mereka. Bisik tapi masih dapat dengar.

"Buka lampu"

Mendengar arahan itu, perasaan takut Riana semakin memuncak. Tidak tahu kenapa. Dia belum sedia mahu berdepan dengan Aryan.

Pak!

Bilik menjadi terang benderang. Wajah satu persatu diperhati.

"Kau??" Kata mereka serentak. Tidak percaya.

"Riana" panggil Aryan perlahan.

Riana masih menunduk.

"Apa semua ni Riana?" Soalnya lagi.

Mereka yang lain mendiamkan diri.

"Selama ni korang yang masuk kawasan kitaorang?" Aariz memberi soalan. Amy mengangguk.

"Tapi kenapa?"

"Sebab..."

"Aku nak Riana jawab. " potong Aryan. Dia mahu mendengar jawapan dari bibir Riana.

Perlahan lahan Riana mengangkat wajah. Pandangan beku dan auranya yang kejam mula mengelilingi bilik itu. Riana mampu berubah perasaan dalam sekelip mata kebelakangan ini.

"Sebab ini semua misi. Kami Black Angles, Ejen 001 Agensi AF. Atas arahan misi untuk hapuskan Black Eagles, Mafia berpengaruh Malaysia. Ni semua bukan kehendak aku untuk jalankan misi ni. Semua atas arahan. Kitaorang hanya mengikut. Itu tugas kami. Kalau aku tahu dari awal kumpulan tu korang. Aku tak akan buat misi ni. Kalau lebih awal kita kenal, aku tak akan libatkan diri dalam misi ni" terang Riana panajng. Matanya memandang Aryan dalam.

"Kenapa mesti kami?" Soal Harriz. 

"Semua mafia berpengaruh perlu dihapuskan. Menggangu ketenteraman bandar dan menakutkan manusia lain." Jawab Leen. Memang itu wawasan mereka.

Hapuskan mafia, semua orang hidup aman.

Aryan tidak lepas memandang Riana. Seperti tidak percaya. Semua ini berlaku sekelip mata.

Dua sifat dalam satu badan. Dua aura dalam satu badan. Dua dunia dalam satu badan. Seperti tidak masuk akal.

"As you wish" tiba tiba Aryan bergerak ke belakang Riana.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now