*gambar diatas adalah gambar Riana bersama kucing barunya, Ruby.
"Assalamualaikum. Hai kawan-kawan. Riana and Erina dah balik." kata Riana di muka pintu. Nampak berseri wajahnya.
"Hah hah. Dah tu kau nak aku bentang karpet merah ke?" Perli Amy yang ketika itu duduk di sofa menonton tv.
"Nyeh, aku ada kawan baru. Ruby namanya." sambung Riana. Sangkar kucing yang baru dibelinya tadi diletakkan disebelah pintu.
Erina pula diberikan kepada Rai yang ketika itu baru turun dari tingkat atas.
"Hah dik. Asal kau jerit-jerit. Aku fikir apa lah tadi." tegur Rai. Erina sudah bertukar tangan.
"Takda. Saja je." balas Riana selamba. Kucing didalam sangkar dibawa ke sofa.
Leen yang sedari tadi selamba sahaja sudah berubah riak. Riak takut.
Kedudukannya juga bertukar dari sebelah Amy ke sebelah Meera.
"Opss, aku lupa kawan aku sorang tak suka kucing"
"Bukan tak suka. Takut. Nanti dia cakar. " balas Leen. Matanya tajam melihat kucing yang elok duduk dipangkuan Riana. Seolah olah kucing itu musuh ketatnya.
"Riana, akak dah dapat kerja." celah Rai yang baru keluar dari dapur. Jelas riak gembira di wajahnya.
"Kerja? Kat mana?"
"Kat hospital swasta. Tapi baru lagikan. So adalah latihan dan orientasi sikit."
Riana hanya mengangguk. Kucing diatas ribanya dibelai lembut.
"Kau keluar dengan siapa tadi?" Soal Meera. Wajah Riana dipandang dengan penuh tanda tanya.
"Apa? Dengan Erina je lah. Kau kenapa tanya aku macam tu?" balas Riana. Lambat.
"Tak payah tipu. Ni apa? Kau datingkan??" Usik Meera.
Handphone yang dipegangnya tadi ditunjukkan kepada Riana. Akaun instagram seseorang membuatkan dirinya termalu sendiri.
Bego. Orang kata jangan upload dia upload.
"Eh guys, sebelum balik, jomlah ambil gambar dulu." ajak Aariz
"Taknak lah, panas. Aku nak balik." bantah Aryan cepat.
Namun tiada siapa yang memihak kepadanya. Semua bergerak mendekati Aariz yang sudah siap sedia dengan kameranya.
"Bang, cepatlah. Dah tahu panas, kau lambat-lambat."
"Tak nak." balas Aryan dingin.
"In this case, kau jadi photographer kitaorang. Ambil banyak-banyak." arah Aariz. Kamera diberikan kepada abangnya.
Aryan hanya mengikut tanpa kata. Malas mahu gaduh.
Banyak gambar diambil dan banyak jugalah gaya yang dihasilkan.
Dan hasilnya...
"Wah, cantik beb gambar kau ambil. Kau ambil gambar ikhlas boleh tak. Ni tangkap gambar kaki. Hah ni rambut je yang nampak. Doh, gambar Erina je kau tangkap. Ikhlas lah sikit " bebel Aariz.
"Ni aku tak boleh blah, gambar aku kau zoom. Kejam gila punya member." sampuk Hayden.
Aryan hanya menayangkan muka selamba dan tidak bersalah. Tangan disilangkan ke dada.
"Dah lah. Guna fon je. Selfie. Kan bagus. Tak payah susahkan orang." balas Aryan. Kaki melangkah mendekati kereta.
Aariz mengeluarkan handphonenya. Icon kamera ditekan.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...