"Woi bangun"
"Woi bangunlah. Anak dara apa kau ni bangun lambat" sergah seorang lelaki lagi.
Dalam keadaan lemah, Riana membuka matanya perlahan. Perlahan lahan tubuhnya didudukkan. Terasa sakit sakit ditubuhnya.
"Makan ni." Arah lelaki itu kasar.
Riana diam.
"Lantak kau lah nak makan tak. Bukan aku yang kena" sambung lelaki itu lagi apabila melihat tiada tindakan oleh Riana. Tanpa menunggu lama, lelaki itu terus keluar dari situ.
Riana mengeluh. Tiada lagi air mata mahu keluarkan. Harapan masih tersisa.
Sudah dua hari berlalu. Masih tiada tanda tanda mereka mahu datang selamatkan dirinya. Apa mereka dah lupa?
Riana memandang ke arah luar tingkap biliknya. Nasib bilik itu bertingkap. Kalau tidak dimana dia mahu mencari udara untuk bernafas. Mahu jerit minta tolong? Mimpi. Dalam hutan begini, siapa akan dengar jeritan dia. Sapa akan berani berlawan dengan Mafia begini.
Masih menunggu harapan. Harapan untuk pulang dan berubah. Masa depannya berada di tangannya. Sama ada dia mahu teruskan atau tinggalkan.
---------
"Korang tak jumpa lagi ke tempat dia?" Soal Aryan dingin.
Mereka disitu hanya mampu menikus.
"Aku tanya ni. Jawablah!" Bentak Aryan.
Amir dan Aurora menggeleng pantas dan serentak.
"Aryan. Duduk dulu. Kalau kau angin macam ni. Benda tak settle" pesan Ariq yang hanya mendiamkan diri.
"Urghgg" rungutnya seraya mencapai kunci keretanya dan terus keluar dari rumah agam milik Ariq. Mereka hanya mampu memerhati sahaja. Takut untuk menegur.
Aryan memandu kereta dengan laju melebihi had yang ditetapkan. Dia kisah apa. Banyak duit, bayar sahaja. Yang penting sekarang ni, dia terlalu stress. Balik sahaja dari percutian, mereka terus melakukan perbincangan. Dan ini, hasil perbincangan mereka selepas dua hari.
Takde apa-apa. Begitu sahaja. Satu maklumat masih belum ditemui.
Ilmu apa yang budak ni pakai?
Dalam fokus pemanduannya, handphone berbunyi minta diangkat. Tanpa melihat siapa nama pemanggil. Panggilan dimatikan.
Sekali lagi panggilan masuk. Tapi tetap dimatikan.
Setelah beberapa minit berlalu, panggilan masuk sekali lagi.
Dengan kasar, Aryan menjawab tanpa melihat gerangan pemanggil.
"Nak apa?!"
"Aryan. Slow down please"
"Da.. daddy. Sorry. Aryan tak perasan"
"Macam mana? Ada perkembangan?"
Aryan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Keadaan yang sunyi dan tiada sebarang kereta yang lalu lalang.
"Aryan gagal daddy. Aryan tak pandai jaga dia. Sebab Aryan semua ni berlaku. Aryan ego kan daddy?" Soal Aryan sayu. Hanya Dato Arfan Louise sahaja tahu manja Aryan. Tahu sifat sebenar dan semula jadi jejaka itu.
"Tak Aryan. Aryan dah buat yang terbaik untuk dia. Aryan dah cuba. Tapi semuanya dah berlaku. Kita bukan boleh menjangka apa akan berlaku kan? Apa berlaku pun kita tak boleh nak halang kan? Daddy nak anak daddy ni kuat. Jangan salahkan diri sendiri. Semua yang berlaku ada sesuatu"
"Aryan dah pernah kata. Aryan tak nak semua ni. Aryan tak nak. Tapi daddy paksa. Daddy kata Aryan boleh handle semua ni. Tapi ni apa? Riana baru tunang Aryan. Cuba kalau dia dah jadi isteri Aryan. Mahu dia kena bunuh"
"Aryan kuat. Sebab tu dapat ujian macam ni. Tuhankan sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuan kita. Jadi apa yang Aryan takutkan? Daddy tak boleh lama sekarang. Daddy ada kerja. Kalau ada apa apa. Bagitahu Daddy. Insyallah daddy tolong. "
"Baik daddy. Bye" panggilan terus dimatikan.
Kepalanya diletakkan di atas stereng kereta. Melelapkan mata. Cuba pergi sebentar dari realiti yang menyesakkan.
--------
"Cepatlah masuk. Aku ada hal nak bagitahu ni" gesa Aurora.
"Ish kau ni tak reti sabar. Bukan ada orang lain ikut pun" bebel Leen dengan roll eyesnya.
"Memanglah. Mana tahu ada yang ikut. Kan? Apa yang kau cakap tu. Kita diburu?"
Aurora terus menutup pintu rumah mereka. Segala tingkap dan lubang lubang celah rumah itu ditutup.
"Kau dah kenapa tutup semua ni? Berkabung?" Soal Amy pula.
"Sini" panggil Aurora.
Mereka duduk di satu sofa. Aurora di tengah tengah antara mereka membuka komputer riba miliknya.
"Actually, aku dah jumpa Riana. Tapi aku tak mengaku. Sebab aku rasa ni misi kita kot"
"Oh Aurora ku sayang. Kenapa kau tak jujur je dengan Aryan tadi. Kau tahu kan diorang yang culik Riana tu Mafia. Aku ulang balik. MAFIA. Kau rasa kita menang ke kalau nak lawan diorang?" Ujar Meera panjang.
"Aku bukan taknak bagitahu. Tapi aku fikir dua tiga kali je time tu. Sama ada nak bagitahu atau tak. Sebab macam kau cakap tadi, yang si culik Riana tu Mafia. Ok aku faham. Kita perisik and siapa diorang tu? Kau rasa diorang tu Mafia juga ke sampai kita nak kena ikut cakap diorang. Ikut plan diorang? Bukan ke diorang tu orang biasa je. Yang aku rasa diorang tak tahu dunia gelap ni"
"Betul juga kata kau. Tapi siapa lelaki lelaki tu. Lagi lagi Aryan. Aku tengok dia tu macam ada aura sendiri. Aura dia macam seorang mafia. Aura dia dengan aura Ari sama. Tapi aura dia lebih kejam dari Ari" ujar Leen mengeluarkan maklumat.
"Siapa Ari?" Soal Meera and Amy serentak.
"Kau tak tahu? Ari kan ketua Mafia pengganti arwah papa dia" balas Aurora.
"Ohhh padanlah. Misi pun tak bagi sentuh kumpulan tu kan?" Soal Amy minta kepastian.
"Asal lembab sangat kawan aku sorang ni." Kata Leen.
"Hehe lek lek. Aku slow sikit sebab Riana takde nak tolong aku"
Pak. Puk. Pak.
Tiga hentakan tepat atas kepalanya.
"Sakitttt" adu Amy.
"Padan muka" kata mereka serentak.
---------
Aryan, Ariq, Harriz mendiamkan diri. Hanya mampu termenung dan bermain dengan pen di atas meja.
"Apa plan kau Ari?" Soal Aariz kepada Ari yang sibuk dengan handphonenya.
"Aku ingat, aku akan kumpulkan budak aku. Kita serang dia malam ni"
Mereka menumpukan perhatian kepada Ari dengan riak serius. Sedangkan mereka baru tahu siapa Ari, and automatic mereka juga tahu siapa Riana yang sebenar.
Betul ke tu?
"Kenapa malam ni? Lokasi pun tak detect lagi" kata Amir pula. Dari tadi dia sibuk menggodam segala peranti dan cctv yang terdapat di tempat percutian mereka.
"Sebab aku dapat ni"
From: setantagune
Kalau nak anak buah kau sorang. Datang ke lokasi ni tepat jam 12 malam. Kau lambat. Kau hilang dia.
"Mana Riana?" Soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Aryan selepas mendiamkan diri.
"Secara logik dan akal, Riana ada dengan dia juga. Danny kan? Dia kan nak sangat dekat Riana. Mungkin sebab dia tak sebut Riana, dia ingat kau tak akan tahu pun Riana ada dengan dia." Buah fikiran Aariz mula berfungsi.
"Kumpulkan budak. Malam ni kita settle habis" arah Aryan. Mereka yang lain mengangguk.
"Wooooo partyyyy!!!" Jerit Aariz.
"Yeahhhhhhhhhh"
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...