BAB 1: HARI PERTAMA

437 32 18
                                    

Hari pertama di (A. P. D. A), Syabila, Anis, Adhwa dan Nurin berkumpul di Dewan tepat jam 0730 pagi. Taklimat akan diberikan oleh Pegawai Risikan Khas iaitu Muhkriz kepada kesemua pelajar baharu.

Geng N.A.S.A masih lagi berkumpul di luar pintu dewan walaupun sudah diarahkan oleh Pegawai A.P.D.A supaya kesemua pelajar baharu masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat daripada pegawai yang bertugas.

"Korang, kenapa tangan Anis sejuk ni?" Tanya Anis kepada tiga sekawannya.

"Tangan aku pun sejuk! " Jawab Syabila sambil menggemgam kedua-dua belah tangannya.

"Adhwa pun! " Jawab Adhwa sambil digemgamnya kedua-dua belah tangannya.

Nurin yang dari tadi hanya berdiam diri dari tadi mula bersuara, "sudahlah tu korang, marilah kita masuk ke dalam dewan sebelum dimarahi oleh pegawai tadi."

"Ok jom!" Kata ketiga-tiga rakannya itu, mereka terus memasuki Dewan A.P.D.A dan berkumpul di tempat pelajarnya mengikut jantina. Pelajar perempuan perlu berkumpul di bahagian sebelah kiri sayap Dewan manakala pelajar lelaki perlu berada di bahagian sebelah kanan sayap Dewan. Itulah antara peraturan yang wajib dipatuhi oleh kesemua pelajar yang menyambung pelajaran di A.P.D.A.

Walaupun di hari yang pertama, Geng N.A.S.A tetap tidak melepaskan perluang untuk duduk di barisan hadapan. Ini kerana, jika kita duduk dibarisan hadapan, kita dapat menimba ilmu dengan lebih baik.

"Nurin, aku gementarlah..!" Kata Adhwa sambil memegang kedua belah tangannya.

"Aku pun...macam mana ini Nurin...?" Tanya Syabila sambil mengoyangkan bahu kiri Nurin.

Nurin yang melihat riaksi ketiga-tiga kawannya itu tidak memberikan app-apa 'respond', dia cuma memandang kehadapan dan mendengar taklimat daripada Mentor Muhkriz.

"Selamat datang kepada semua pelajar baharu ke Akademi Perisikan Diraja Antarabangsa. Di sini kami akan melatih kamu semua sehingga kamu semua berjaya di masa hadapan. Di sini, kesemua pelajar akan dilayan sama rata tidak kisahlah sama ada kamu dari golongan elit ataupun bangsawan. " Terang Mentor Muhkriz kepada kesemua pelajar baharu.

Anis yang sedang gementar mendengar Taklimat daripada Mentor Muhkriz tiba-tiba, bahunya ditolak sedikit oleh seorang lelaki yang sangat dikenalinya.

"Afiq?!! " Teriak Anis.

"Anis, tak sangka kita bertemu lagi.. " Jawab Afiq dengan santai.

"Apa kau buat dekat sini? " Tanya Anis.

"Aku dan geng aku pelajar di sinilah! Kami senior di sini, jadi tolong hormat kami ya? "Jawab Afiq sambil memandang ke arah muka Anis.

Tiba-tiba, muncul geng F.A.H.A dari belakangnya iaitu Iskandar, Ashyraf dan Harraz.

"Harraz?! "Teriak Nurin apabila terlihat Harraz dihadapannya.

"Fawwaz ?! "Teriak Syabila sambil berasa terkejut.

"Abang Ashyraf pun ada sekali?! " Jawab Adhwa dengan rasa hormat pada Ashyraf.

Fawwaz memulakan bicara, "Berjumpa lagi kita ya? Kali terakhir kita berjumpa semasa kami kalahkan awak semua di dalam pertandingan 'Quiz Saintis Muda' bukan?

Syabila, Anis, Adhwa dan Nurin yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fawwaz terus terasa panas di telinga. Pandangan mereka terus beralih mendengar taklimat daripada Mentor Muhkriz.

Fawwaz yang berasa marah akibat tidak dipedulikan oleh Geng N. A. S. A terus mahu terasa menjerit tetapi sempat diredakan oleh Ashyraf.

"Sabar Fawwaz , ada ubi ada batas, ada hari kita balas." Kata Afiq kepada Gengnya. Terus pandangan mereka beralih memandang Mentor Muhkriz.

Selepas beberapa jam, akhirnya Taklimat itu pun Tamat. Kesemua pelajar baru diminta untuk melihat bidang yang sudah ditempatkan oleh Pensyarah di alademi itu di papan Info menghadap Kafeteria.

Geng N. A. S. a bergerak terus ke arah selatan untuk pergi melihat bidang yang mereka dapat pada papan info itu. Tiba-tiba, Geng N. A. S. A terserempak dengan Geng F.A.H.A dalam perjalanan ke papan Info.

"Korang lagi? "Kata Syabila dengan rasa sakit hati.

"Sepatutnya kami yang kata begitu. Maklumlah, kami ni senior di sini.. Korang pula hamba kami! " Jawab Ashyraf sambil melihat Geng N. A. S. A dengan pandangan menakutkan.

"Kitorang tak ada masa nak melayan korang semua ni! Jangan ganggu kami! " Kata Adhwa sambil marah lalu ditarik tangan Anis, Syabila dan Nurin.

Laluan mereka dihalang oleh Geng F.A.H.A. Geng F.A.H.A mengepung Geng N. A. S. A daripada mara kehadapan lagi.

"Ish, tepilah! "Jerit Nurin sambil cuba melepaskan diri daripada dikepung oleh Geng F.A.H.A.

"Adhwa tumbuk korang kang! " Marah Adhwa sambil menunjukkan buku limanya pada Ashyraf.

Ashyraf menunjukkan muka tak berperasaan lalu berkata, "Wuhhh, takutnya saya.. "

Terus disambung oleh FAWWAZ, "Beraninya kamu..? "

Disambung Oleh Harraz, "Hebatnya kamu..? "

Syabila memarahi Geng F.A.H.A sambil berkata, "Sebelum aku buka ilmu silat, baik korang pergi! "

Terus geng F.A.H.A memberikan laluan kepada Geng N. A. S. A. Walaupun begitu, semasa Geng N. A. S. A hendak pergi, terus geng F.A.H.A meletakkan kaki mereka berhampiran kaki Geng N. A. S. A lalu geng N. A. S. A tersadung lalu terjatuh akibat usikan daripada Geng F.A.H.A. Geng F.A.H.A terus tergelak besar lalu berlari meninggalkan Geng N.A.S.A.

Geng N.A.S.A pun menjerit sekuat hati, "AFIQ! FAWWAZ! HARRAZ! ASHYRAF! TUNGGULAH KORANG! KITORANG AKAN MEMBALAS DEMDAM!!!!!

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now