BAB 17: DITANGKAP?

105 20 5
                                    

-JAM 1000 MALAM-

Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A memakai baju uniform Akademi yang berwarna merah seperti kek Red Velvet semasa berada di dalam program Kuliah bersama Ustaz Ahmad Noor Zaimi di Masjid A.P.D.A.

Mereka masih lagi bebas daripada diekori oleh pengawal peribadi mereka. Pengawal peribadi mereka akan mula bertugas mulai esok pagi.

Kuliah mereka dijangka tamat tepat jam 1153 malam. Dengan masa yang berbaki tinggal hanya 8 minit lagi, mereka mampu untuk menjalankan misi mereka iaitu OPS LARI DARI AKADEMI.

Selepas tamat Kuliah tepat pada jam 1153 malam, kesemua pelajar A.P.D.A diarahkan untuk berkumpul di Cafe Akademi untuk minum malam. Kesemua pelajar dilarang untuk naik ke dorm atau bilik asrama masing-masing untuk memastikan tiada kecurian yang berlaku pada waktu itu. Ini adalah salah satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh setiap pelajar di sini.

Setiap pelusuk tempat di dalam mahupun di luar kawasan akademi sentiasa ada kamera CCTV. Kamera ini sentiasa berfungsi pada setiap masa dan dijaga oleh beberapa sekuriti yang terlatih.

Selepas tamat sesi minum malam, barulah kesemua pelajar Akademi dibenarkan memasuki ke dorm atau bilik asrama masing-masing.

-JAM 1200 TENGAH MALAM-

Geng N.A.S.A mesej Geng F.A.H.A untuk memaklumkan bahawa operasi mereka akan bermula sekarang. Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A mengenakan pakaian mereka dengan baju T-shirt koko Akademi yang berwarna hitam serta memakai hoodie berwarna hitam. Mereka juga memakai seluar trek berwarna hitam gelap.

*BELAKANG PADANG AKADEMI A.P.D.A.*

"Ok, korang panjat dulu gate ini, kitorang akan tolong cover korang dekat bawah ini." Kata Afiq kepada Geng N.A.S.A.

"Anis, baik juga Afiq kau ini tolong kita lari dari Akademi." Usik Syabila kepada Anis.

"Sejak bila Afiq Haiqal ini jadi Afiq aku?" Tanya Anis.

"Ish senyaplah korang. Kalau warden Akademi ini terdengar, habis kita kena tangkap." Bisik Nurin perlahan.

"Hoi yang di atas itu, cepatlah sikit panjat." Bisik Adhwa kepada Anis yang berada di atas gate pagar A.P.D.A.

"Sabarlah yang di bawah itu." Kata Anis berbisik kepada Adhwa kembali.

Selepas beberapa minit berlalu, Geng N.A.S.A telah berjaya melepasi pagar belakang padang Akademi A.P.D.A.

Seterusnya diikuti oleh geng F.AH.A. Akhirnya mereka berlapan berjaya keluar dari Akademi.

Baru sahaja mereka berlapan ingin berlari keluar dari kawasan Akademi, malangnya mereka telah dapat dikesan oleh beberapa ekor anjing Polis Dewasa yang terlatih.

Penggera Akademi turut berbunyi dengan kuat.

(RING!!! RING!!! RING!!!)

Dengan rasa takut dan gelisah, kelapan-lapan pelajar tersebut terus lari dengan kelajuan super sonic seperti di dalam acara merentas desa.

"Wei, macam mana Ini?" Tanya Adhwa sambil berlari tercungap-cungap.

"Err, Syabila! Macam mana Ini? " Tanya Anis sambil memandang muka Syabila.

"Nurin, macam mana ni? " Tanya Syabila sambil memandang muka Nurin.

"Ish korang ni, aku ada rancangan. Afiq, Fawwaz, Harraz, Asyhraf, korang percayakan aku tak?" Tanya Nurin sambil berlari tercungap-cungap.

Geng F.A.H.A pun mengangguk tanda mereka percayakan Nurin.

"Okay dengar sini, kita mesti berpecah." Kata Nurin.

"Awak biar betul?" Kata Afiq dengan rasa tidak percaya.

"Ish, betul lah. Tetapi bukan berpecah berseorangan." Kata Syabila.

"Habistu? Berpecah ikut team ke?" Tanya Fawwaz.

"Tepat sekali." Kata Nurin.

"Nurin, janganlah main-main! " Kata Anis sambil berlari tercungap-cungap sehinggakan dia hampir terjatuh.

"Ish, betullah, aku tidak main-main." Balas Nurin.

"Nurin pun tahukan kerjasama antara Geng kita dengan Geng diorang tu tak berapa bagus." Kata Adhwa.

"Tapi itu je pilihan yang kita ada sekarang ini." Kata Nurin.

"Harraz, Fawwaz, Asyhraf, ingat tak tempat yang selalu kita lepak itu? " Tanya Afiq kepada Gengnya sambil berlari.

Ketiga-tiga mereka pun mengangguk tanda ingat.

"Bagus, kita akan berpecah ikut empat laluan yang berlain, kita akan berkumpul di tempat rahsia kita selepas kita berjaya lepaskan diri daripada mereka semua." Kata Afiq.

Kesemua Geng F.A.H.A pun mengangguk tanda setuju.

Mereka pun mula berpecah. Tetapi malang tidak berbau, mereka sudah dikepung oleh kesemua tenaga pengajar di A.P.D.A. termasuklah mentor mereka.

"Nak lari ke mana lagi tu?" Tanya Aqasha sambil mengacukan senapangnya tepat ke arah kelapan-lapan pelajar itu. Aqasha juga turut di bantu oleh beberapa orang bawahannya.

"Tahan mereka semua, bawa mereka pulang ke A.P.D.A sekarang!" Jerit Muhkriz mengarahkan beberapa anggota polisnya memberkas kelapan-lapan pelajar yang cuba melarikan diri itu.

"BAIK!"

Geng N.A.S.A dan geng F.A.H.A telah diberkas oleh beberapa anggota dari polis Akademi A.P.D.A.

Tangan mereka telah digari dan dibawa masuk ke dalam sebuah lori polis. Mereka dikawal ketat oleh 10 pegawai polis berpangkat tinggi dari daerah yang berbeza.

Mereka di bawa pulang ke A.P.D.A seperti seorang banduan yang lari daripada penjara.

"Habislah kita..." Bisik Harraz perlahan dengan membuat riaksi muka resah dan gelisah.

"Macam mana ini?" Tanya Ashyraf bisik kepada Adhwa.

"Senyap! Kamu berlapan tidak dibenarkan bercakap!" Marah salah seorang pegawai di dalam lori itu.

Dengan hati yang risau dan gelisah, mereka tidak dapat memikirkan cara untuk menyelamatkan diri daripada dihukum oleh pihak A.P.D.A.

Apakah yang akan berlaku kepada Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A selepas ditangkap mahu melarikan diri daripada A.P.D.A? apakah hukuman yang bakal ditimpa oleh mereka berlapan? Apakah nasib mereka selepas ini?


AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now