Selepas kes Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A yang ingin melarikan diri daripada A.P.D.A, mereka dibawa berjumpa dengan pengetua terbesar di A.P.D.A.
"Ini semua salah Abang Acap." Kata Adhwa menyalahi Asyhraf.
"Kenapa pula?" Tanya Asyhraf kepada Adhwa.
"Kalau Abang Acap tak warning awal-awal pasal mentor kita sudah semakin dekat dengan kita, sudah pasti kita sudah berada di rumah masing-masing." Kata Adhwa.
"Eh, awak sepatutnya marahkan si Afiq tu." Kata Ashyraf.
"Eh, apasal aku pula?" Tanya Afiq dengan rasa kehairanan sambil memandang Asyhraf dengan pandangan tidak puas hati.
"Yer lah, kalau kau tak bagitahu awal-awal rancangan kau tadi, mesti kita sudah berada di rumah masing-masing." Kata Ashyraf.
"Eh eh, macam ayat saya je.." Kata Adhwa sambil menjeling Asyhraf.
"Bukan salah aku lah, Anis yang patut dipersalahkan." Kata Afiq sambil menunding jari telunjuk kanannya kearah Anis.
"Lah, saya pula kena?" Tanya Anis dengan rasa kehairanan.
"Ya lah! Awak sepatutnya bantu saya sebagai junior bawahan saya." Sindir Afiq kepada Anis.
"Eh eh, macam melampau sangat je kata-kata awak tu..?" Kata Anis sambil berdiri di hadapan Afiq.
"Bukan salah Anis lah! Nurin yang patut dipersalahkan!" Jerit Harraz ke telinga Nurin.
"Kenapa saya pula?" Tanya Nurin kepada Harraz.
"siapa suruh bagi idea last minute?!!" Sindir Harraz kepada Nurin.
"Dah nak buat macam mana otak saya dapat intel last minute?!! " Kata Nurin dengan rasa marah sedikit sambil berdiri.
"Dah korang sabar, ini bukan salah sesiapa. Dah ditadirkan kita jadi macam ni." Kata Syabila mencelah perbualan Adhwa dan Ashyraf, Anis dan Afiq, Harraz dan Nurin.
Fawwaz pula bangun dari tempat duduknya lalu berkata, "jangan nak disalahkan tadir! Kita kenalah Redha dengan apa yang sudah berlaku tadi."
"Betul tu! Memang itulah maksud saya!" Kata Syabila.
"Apa yang betulnya? Percakapan awak pun dah salah ada hati nak ceramahkan orang lain. Lain kali cermin diri tu sikit!" Kata Fawwaz sambil menyindir Syabila.
"Eh eh dia ni, betullah apa yang saya cakap tadi." Balas Syabila.
"Tengok tu, dah nyanyok lah tu! Lupa dah ke apa yang awak kata tadi?" Balas Fawwaz.
"Eh, ini dah melampau dah ni?!!" Kata Syabila sambil menyediakan buku limanya.
"Sudah terang lagi nyata Anis yang salah!" Kata Afiq.
"Kenapa saya pula?!!" Marah Anis kepada Afiq.
"Ish bukan Anis lah, Adhwa yang salah! Lambat sangat berlari tadi." Kata Ashyraf sambil menjeling ke arah Adhwa.
"Abang Acap lah yang salah! Tak pandai cover kitorang tadi!" Balas Adhwa.
"Nurin lah yang salah!" Kata Harraz.
"Kenapa pula?!!" Tanya Nurin dengan rasa marah kepada Harraz.
"Lain kali makan kismis tu banyak sikit! Barulah otak tu berfungsi dengan cepat!" Kata Harraz sambil menyindir Nurin.
"Apa awak kata?!!" Marah Nurin kepada Harraz.
Suasana riuh rendah di dalam bilik tahanan di dalam pejabat mentor dan pensyarah A.P.D.A. dengan pergaduhan antara Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...