Di sebuah kafeteria di dalam kawasan A.P.D.A, kelapan-lapan pelajar itu duduk di sebuah tempat duduk yang biasa mereka duduk iaitu menghadap kawasan Tasik A.P.D.A. Kesemua mereka tampak muram dan sedih. Ada juga yang tiada selera untuk makan. Fikiran mereka bercelaru, tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini.
...
Di dalam bilik Citra, kesemua pemimpin negara sudah beransur pulang kecuali keempat-empat mentor itu.
"Muhkriz, budak-budak tu dah tunjukkan kebolehan mereka di dalam misi ini. Mereka juga sudah beritahu kita semua apa yang berlaku. Tak kan kita nak teruskan misi rahsia kita ni?" Tanya Ridwan kepada Muhkriz.
"Suka atau tak, itu bukan urusan kita. Ingat, kita berempat di pihak yang lain. Kita cuma jalankan misi yang diberikan oleh 'dia'." Balas Muhkriz.
"Tapi aku rasa macam...serba salahlah.." Kata Aqasha perlahan.
"Kau ingat kau seorang je ke yang rasa macam tu?" Kata Muhkriz sambil memandang ke arah ahli kumpulannya.
"Maksudnya, kau pun rasa serba salah pada anak didik kau?" Tanya Akim inginkan kepastian.
"Ya, sepanjang aku mengajar pelajar di sini, Fawwaz dan Syabila lah yang telah berjaya mengubah pendirian aku." Balas Muhkriz dengan menampakkan muka sedihnya.
"Samalah, Asyhraf dan Adhwa pun sama juga. Mereka antara pelajar yang suka bertelagah sesama mereka, itu membuatkan aku rasa mereka tu.." Kata Ridwan. Kata-katanya disambung oleh Muhkriz, "Comel?" Katanya sambil mula tersenyum dan tergelak kecil.
Terus mereka semua bergelak ketawa sedikit.
"Tetapi apakan daya, kita di pihak yang berlainan." Kata aqasha sambil menundukkan mukanya rasa serba salah.
"Walaupun kita hanyalah pensyarah sementara, tetapi terasa seperti menjadi pensyarah yang betul-betul-betul pula.." Kata Ridwan sambil tergelak kecil.
"Aku pasti akan rindukan tempat ini, dengan budak-budak itu sekali.." Kata Muhkriz.
"Perlu ke kita teruskan misi kita, hapuskan budak-budak itu semua...?" Tanya Akim.
"Kita perlu lakukan juga." Kata Muhkriz.
"Biar betul kau ni? Lepas apa yang kita dah lalui, takkan lah kita nak hapuskan kepercayaan mereka?" Tanya Aqasha dengan nada sedikit marah kepada Muhkriz serta kawan-kawannya yang lain.
"Arahan tetap arahan, esok selepas subuh, bawa mereka ke tempat kita jalankan misi tempoh hari.." Kata Muhkriz perlahan.
"Maksud kau, empangan tu?" Tanya Akim.
"Ya, kita sudah dapat arahan untuk hapuskan mereka semua esok. Jika tidak, rahsia kita akan terbongkar." Kata Muhkriz.
Sewaktu beberapa hari lepas, semasa hari pertama Geng N.A.S.A di A.P.D.A, mereka tidak menyangka bahawa orang yang membawa penjahat masuk ke dalam A.P.D.A dan yang mahu mensabotaj Akademi ini ialah mereka berempat, mentor Geng F.A.H.A dan N.A.S.A yang mereka mengagong-agongkan selama ini, yang mereka paling percaya, paling rapat dengan mereka.
Ahli Geng M.A.R.A yang lain mengeluh panjang, mereka tidak tahu mahu meneruskan misi ini lagi ataupun tidak..
Tiba-tiba telefon Muhkriz berdering, orang yang menalefon Muhkriz ialah muiz, salah seorang ahli Geng Organisasi Gelap.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
PertualanganSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...