"Korang, aku nak pergi tengok Afiq sekejab, jumpa lagi.." Kata Anis sambil bangun dan berlalu pergi.
Belum sempat Anis berlalu pergi terus tangan kirinya ditarik oleh Nurin.
"Kalau kau nak pergi ziarah dia, kitorang ikut sekali. " Kata Nurin.
"Betul tu! Wuuh, Anis dah pandai ya nak berdua-duaan dengan ehem.. tu. "Sindir Adhwa kepada Anis sambil tersengih.
"Bila ada orang kedua, pasti ada orang ketiga..." Kata Syabila sambil menakut-nakutkan Anis.
"Ish korang ini, Anis tahulah. Ingat Anis ini tidak tahu bab-bab agama ini? Anis dapat A+ tau! Dah, jom!" Kata Anis sambil berlalu pergi.
"Eleh, malulah tu.." Sindir Adhwa sambil membuat gaya nenek tua.
"Tidak hidup lama dah Adhwa ini.." Sindir Anis kepada Adhwa.
"Ish, Anis ni kan! Adhwa main-main je lah! "Marah Adhwa kepada Anis.
"Apa nak jadilah dengan korang ini..?" Sindir Ashyraf dengan Harraz sambil menggelengkan kepala mereka beberapa kali.
"Ish, sibuklah korang berdua ini!" Marah Adhwa kepada kedua-dua ahli Geng F.A.H.A itu.
"Kenapa dengan kawan awak itu Syabila?" Tanya Fawwaz kepada Syabila sambil berjalan bersebelahannya.
"Eh, ingat kawan saya sahaja yang pelik, kawan awak pun sama tahu." Kata Syabila.
"Siapa yang awak kata pelik, hah?! "Tanya Adhwa di dalam keadaan marah sedikit.
"Tidak ada siapalah, sudahlah itu, jom." Kata Syabila sambil berjalan bersama Fawwaz dan pergi ke arah Hospital A.P.D.A.
...
Selepas beberapa minit, Afiq telah tersedar daripada pengsan. Dia berasa sakit sedikit di kepalanya, dia juga barasa hairan melihat keadaannya sekarang.
"Bila masa aku ada di Hospital? Rasanya tadi aku tengah... " Kata-kata Afiq terhenti apabila dia mula mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum dia dimasukkan ke dalam Hospital Akademi.
Dia mulai teringat saat Anis terlibas tali Kapal Perang Maritim yang besar lagikan berat ke arahnya sehinggakan dia terjatuh ke dalam laut. Itu sahajalah ingatan dan memori yang dapat diingati olehnya.
"Aduhh, macam mana aku boleh jadi cuai sangat tadi?! Sepatutnya aku tolong Anis tadi! Apa aku nak jawab dekat abang dia nanti?!" Fikir Afiq sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Tiba-tiba, kawan-kawan Afiq telah tiba di wad kecemasan yang menempatkan rakannya itu, Afiq. Mereka memberi salam terlebih dahulu sebelum masuki bilik wad Afiq.
"Assalamualaikum ya ahlil kubur..." Sindir Asyhraf.
"Ish awak ini abang Acap, berilah salam betul-betul-betul!" Marah Adhwa kepada Ashyraf.
"Ya lah.. Saya gurau sahaja tadi.." Kata Ashyraf sambil tersenyum kepada Adhwa.
"Assalamualaikum Afiq, kami masuk ya? " Kata Fawwaz.
Mereka semua pun terus memasuki ke dalam wad Afiq. Kelihatan Afiq masih lagi tidak sedarkan diri dari tadi.
Sebernanya, Afiq sengaja berpura-pura tidur kerana mahu menguji kawan-kawannya itu. Adakah mereka benar-benar risaukannya ataupun lebih suka akan keadaannya sekarang.
Anis duduk di sebelah katil wad Afiq. Manakala Syabila, Nurin dan Adhwa berdiri di sebelah kiri katil Afiq, Fawwaz, Ashyraf dan Harraz pula berdiri di sebelah kanan katil Afiq.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...