BAB 28: MASALAH BESAR

81 14 0
                                    

Kesemua ahli Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A telah berkumpul di Akademi. Mereka membuat muka masam dan ketat bercampur dengan rasa penat dan hati yang panas membara.

"Jadi...korang pun kena panggil dengan mentor korang?" Tanya Adhwa sambil cuba mengagak punca mereka semua berkumpul serentak di Akademi.

"Haah, kacau daun betullah..!" Kata Syabila sambil membuat muka masam.

"Susahlah jadi pelajar Akademi ni, bila buat permohonan tukar Universiti Mentor kita tak bagi.." Kata Nurin sambil mengeluh.

Tiba-tiba datang keempat-empat mentor mereka ke arah mereka dengan muka serius.

"Kenapa kamu semua masih berkumpul di sini hah?!!!" Tanya Muhkriz dengan nada serius.

Kesemua pelajar tersebut terus memandang ke arah si tukang suara.

"Erk! Tuan Muhkriz? Kenapa Tuan di sini?" Tanya Syabila dengan rasa gementar sedikit.

"Wah wah wah, bukan main bergaya lagi korang semua hari ini ya?" Kata Ridwan sambik tersenyum sinis kepada kelapan-lapan mereka.

"Kacau daun betullah Tuan berempat ini, baru je nak merasa bahagia sedikit..." Bisik Adhwa perlahan.

"Hmm? Apa kamu cakap Adhwa?" Tanya Mentornya Ridwan.

"Eh, tak ada apa-apa Tuan." Kata Adhwa sambil tersengih sedikit dengan senyuman palsunya.

"Kenapa Tuan panggil kami? Bukankah Tuan yang benarkan kami bercuti pada hari ini?" Tanya Fawwaz kepada keempat-empat mentor tersebut.

"Betul, tetapi misi ini amat berkait rapat dengan kamu berlapan." Kata Akim.

"Tak kanlah pasal ahli Organisasi Gelap tu lagi..."Kata Anis dengan rasa sedikit sedih.

"Betul tu, jadi kami terpaksa adakan mesyuarat tergempar bersama kesemua orang penting di dalam dunia ini. Macam minggu lepas?" Kata Aqasha kepada kesemua pelajar mereka.

"Apa?!" Jerit kelapan mereka dengan rasa sungguh terkejut.

"Kenapa kamu semua buat muka terkejut?"

"Ciel lah! Ni bukannya kali pertama kamu berjumpa dengan mereka semua."

"Betul tu, kamu semua ni kira bertuah tau, bukan semua pelajar terpilih untuk berjumpa dengan kesemua orang penting di dunia ini." Kata Muhkriz kepada kelapan-lapan mereka.

Mereka bukannya berasa bertuah tetapi berasa menyesal kerana dapat berjumpa kesemua golongan penting tersebut. Dah lah kali pertama mereka disambut oleh golongan terpenting di dalam dunia ini tidak bagus.

"Aduhh, Tuan! Saya sakit perutlah! Mungkin disebabkan oleh keracunan makanan." Kata Syabila kepada Muhkriz.

"Tuan! Adhwa rasa dah nak pitam dah ni!" Kata Adhwa sambil terhuyung-hayang tidak tentu arah.

Kesemua mereka membuat ala-ala sakit kritikal, ada yang sakit perut, mahu pitam, keracunan makanan, dan seluruh anggota badan terasa kebas.

"Ouh, kesian...anak didik kita ya? Sakit...?" Tanya Muhkriz kepada kelapan-lapan mereka.

Tiba-tiba datang kelapan-lapan BODYGUARD' mereka dari belakang dan terus mengepung sekeliling mereka semua.

"Kenapa ni?" Tanya Harraz kehairanan.

"Tuan tipu! Tuan semua kata hari ini kami bebas melakukan apa sahaja!" Jerit Adhwa kepada kesemua mentor Akademi.

"Betul tu!" Kata Afiq.

"Kenapa BODYGUARD' ni semua ada di sini?!!" Tanya Anis.

"Tuan semua ni tak berpegang kepada janji!" Jerit Syabila.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now