BAB 40:KECEWA YANG TERAMAT

96 15 2
                                    

Keesokannya, Geng N.A.S.A pergi ke Kafe A.P.D.A seawal jam 0700 pagi untuk bersarapan terlebih dahulu. Sedang mereka berjalan, mereka berempat terperasan ada sesuatu perasaan pelik menyelubungi mereka. Kesemua pelajar yang lalu lalang berhampiran mereka asyik memandang mereka dengan wajah riaksi yang aneh, cemburu, gembira dan sebagainya.

Geng N.A.S.A mempercepatkan langkah mereka menuju ke Kafe A.P.D.A. Setelah tiba sahaja di Kafe itu, mereka memesan hidangan yang sama untuk breatfast iaitu Nasi Lemak Ayam Special.

Geng N.A.S.A duduk di tempat biasa mereka duduk dan makan iaitu di hadapan Tasik A.P.D.A yang indah mata memandang. Geng N.A.S.A membaca do'a makan lalu mulai menyuap sesuap nasi ke dalam mulut mereka, belum sempat nasi itu dikunyah tiba-tiba mereka terperasan pelajar-pelajar yang makan juga di situ memandang Geng N.A.S.A dengan pelbagai riaksi tidak kiralah pelajar lelaki mahupun perempuan. Terus niat mahu memakan Nasi Lemak Ayam Special ditangguhkan.

"Anis, Adhwa rasa tak ada seleralah nak makan hari ni." Kata Adhwa sambil berasa sedikit takut dengna riaksi kesemua pelajar di Kafe itu.

"Korang perasan tak, dari tadi sejak kita keluar dari asrama sehinggalah di kafe ini, kebanyakan pelajar asyik memandang ke arah kita sahaja." Kata Nurin dengan nada perlahan kepada rakan-rakannya.

"Bila melihat pandangan mereka semua itu, terus Anis terasa seram sejuk." Balas Anis sambil mula menggigil sedikit.

"Hairan, apa yang sudah terjadi sebernanya ini? Kita bukannya ada buat kesalahan besar pun setakat ini di A.P.D.A." Kata Syabila sambil cuba mengingat kembali kejadian lepas. Namun tidak berhasil.

Tanpa berlengah lagi, terus Nurin mengambil telephone nya daripada poket seluar uniform merah A.P.D.A lalu dibukanya applikasi wassap. Terus riak muka Nurin berubah apabila melihat banyak komen di Group Whatsapp A.P.D.A. Kebanyakan komen itu datang daripada peminat-peminat tegar Geng F.A.H.A.

"Kenapa ni Nurin?" Tanya Syabila kepada Nurin.

"Ni, cuba korang tengok Group Whatsapp A.P.D.A ni." Kata Nurin sambil meletakkan telephone nya di atas tengah-tengah meja itu. Geng N.A.S.A yang lain bangun dari tempat duduk mereka lalu menjenguk dan melihat pada tatapan skrin telephone Nurin. Geng N.A.S.A terkejut apabila membaca komen yang ditulis oleh peminat-peminat tegar Geng F.A.H.A.

Antara mesej di dalam group wasap itu adalah:

"Kenapa Geng N.A.S.A tu asyik nak berkepik.....je dengan Geng F.A.H.A?" ~Tengku Sarah.

"Ingat diorang tu layak ke nak berkawan dengan Geng F.A.H.A.?" ~Qistina.

"Gadis kampung tak menarik!" ~Hasha.

"Sepatutnya saya yang layak bersama dengan Geng F.A.H.A."~Ai Sae-Na.

"Hmmp! Jangan katakan berkawan, mahu dijadikan senior pun belum tentu layak!" ~Amanina

"Artis Idola A.P.D.A, siapalah Geng N.A.S.A tu kalau nak dibandingkan dengan kita semua, kan?" ~Diana.

"Lawaklah wajah mereka sewaktu mereka terkejut!" ~Sue Li-Err.

"Betul tu, terasa mahu tergelak besar juga ada." ~Danish.

"Menyampah saya melihat mereka sentiasa bersama!" ~Qamah.

"Mereka berempat tu (Geng N.A.S.A) sepatutnya layak berada di Universiti Swasta yang tiada kelas (tinggi atau darjat sesuatu tempat)." ~Batrisyah

"Tetapi, bukankah mereka telah banyak membuat jasa di Akademi ini?" ~Amy

"Betul tu! Kalau bukan sebab mereka, tentu Afiq sudah masuk ICU." ~Aisyah

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now