"Anis, belakang awak!"
Jerit Afiq kepada Anis, ternyata, terdapat sebilah parang yang besar sedang terbang ke arah Anis. Tiba-tiba, kaki Anis tidak dapat bergerak, badannya terkaku. Akibat daripada itu, Afiq secara tiba-tiba melompat dari belakang Anis. Anis menundukkan kepala serta menyondongkan badannya gaya sedang rukuk di dalam solat sebanyak 90 darjah dari aras bumi ke bawah. Afiq meletakkan tangan kanannya ke arah belakang badan Anis lalu melompat dan menghayunkan kaki kanannya ke arah sebilah parang yang sedang terbang menghala ke arah mereka berdua lalu Afiq menendang dengan sekuatnya tepat dibahagian tempat pemegang parang itu lalu menyebabkan parang itu berpusing menuju ke arah berlainan sehingga tertusuk tepat ke arah pokok besar yang hampir mengena kepala salah seorang ahli Geng Organisasi Gelap itu. Kaki Afiq terus berpijak di atas tanah selepas membuat gaya ganas sebentar tadi. Anis yang tertunduk tadi terus berdiri tegak lalu meletakkan tangan kirinya dibahagian tulang belakangnya kerana sakit menahan berat badan Afiq sebentar tadi.
"Aduh, Afiq! Awak berat sangatlah! Lain kali, tolong bersenam dahulu sebelum awak membuat gaya itu boleh!" Jerit Anis kepada pasangan seunitnya, Afiq. Afiq yang tadi baru sahaja telah menyelamatkan nyawa Anis tadi terus menoleh kepalanya ke arah Anis, dia membuat riaksi muka hairan dan terkejut. Dahi Afiq berkerut apabila mendengar akan kata-kata Anis tadi, dia mulai meletakkan kedua belah tangannya ke pinggangnya.
"Amboi amboi amboi, awak tahu tak, saya baru sahaja menyelamatkan nyawa awak. Tetapi awak kata saya begitu, hei awak ingat, awak itu ringan sangatkah? Awak tu lagi berat daripada anak gajah tahu!" Balas Afiq dengan kata-kata sedikit pedas kepada Anis.
"Ouh, kalau saya ni lagi berat dari anak gajah, awak itu lagi berat daripada ayah gajah!" Balas Anis tidak mahu mengalah kepada Afiq.
"Sedap mulut dia cakap macam itu, hei, mulut awak itu memang tak ada insurans ya? Cakap main lepas....sahaja! Kalau saya tahu awak akan layan saya begini, saya biar sahaja parang itu kena pada awak tahu!" Balas Afiq sambil meninggikan suaranya kepada Anis. Penjahat yang melihat gelagat mereka berdua itu terkaku sebentar, mereka mulai mengambil kesempatan ini untuk menyerang mereka berdua. Penjahat-penjahat itu mulai berlari menuju ke arah Anis dan Afiq, apabila penjahat-penjahat itu baru sahaja mahu menyerang mereka berdua itu, datang mentor mereka, Aqasha, untuk membantu mereka berdua. Aqasha menumbuk kesemua penjahat itu dengan sekali tumbukan sahaja sehingga dapat membuatkan kesemua penjahat itu rebah di atas tanah.
"Boleh tak kamu berdua jangan bergaduh di waktu genting begini! Ingat tak apa yang saya cakap tadi?" Kata Aqasha kepada kedua-dua anak didikny itu. Terua, mereka berdua berhenti bergaduh kemudian fokus memandang ke arah wajah mentor mereka, Aqasha.
"Afiq, apa kata kita lawan penjahat di sana."
"Baiklah, selepas awak."
Mereka berdua pun berlari pergi meninggalkan mentor mereka Aqasha dengan riaksi takut.
"Haish, budak-budak ni..." Kata Aqasha sambil mengeluh sejenak dengan menggelengkan kepalanya ke kiri dan kanan berkali-kali.
.....
"Jangan ingat awak semua boleh terlepas dari tangan kami kali ini!" Jerit Muiz kepada Geng Gerak Khas.
"Syabila, tolong perhatikan sayap di sebelah kiri dari atas pokok." Kata Muhkriz kepada Syabila yang sedang sibuk menepis serangan musuh.
"Baik!" Balas Syabila. Terus dia berlari menuju ke arah sebuah pokok yanh besar tanpa menyedari bahawa dia telah terpijak kaki kanan Fawwaz. Terus Fawwaz berhenti berlawan lalu memegang kaki kanannya menggunakan kedua belah tangannya lalu rebah di atas tanah sambil tergolek-golek. Gelagat Fawwaz itu saling tidak tumpah seperti 'ayam golek'.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
PrzygodoweSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...