Selepas habis Geng F.A.H.A dibelasah oleh Geng N.A.S.A, jam di tangan mereka menunjukkan sudah pukul 0800 pagi, terus kelapan-lapan mereka berlari menuju ke arah mentor mereka yanh sudah tersedia di padang A.P.D.A.
"Assalamualaikum Tuan!" Kata mereka serentak sambil meletakkan tangan kanan mereka di bahu kiri mereka sambil menunduk sedikit tanda hormat.
"Waalaikumsalam, mengapa kamu semua lambat tiba? Kan saya sudah pesan mesti tiba di sini sebelum atau tepat jam 0800 pagi." Tanya Muhkriz.
"Betul tu, cuba lihat jam tangan kamu semua sekarang sudah jam berapa?" Kata Ridwan.
Mereka pun melihat jam tangan mereka, ternyata betul apa yang dikatakan oleh mentor mereka, sekarang sudah jam 0830 pagi. Mereka lewat tiba di padang 30 minit.
"Maafkan kami Tuan, tadi kami pergi membuat senaman dan latihan kekuatan bersama Geng F.A.H.A. Sebab itulah kami lambat sedikit." Kata Nurin. Kesemua ahli Geng N.A.S.A memandang ke arah Geng F.A.H.A dengan senyuman sinis.
"Ouh begitu, sudah. Mari kita mulakan latihan sekarang." Lata Akim.
"Baik Tuan!" Kata mereka serentak.
"Sebelum itu.." Kata Muhkriz sambil memandang kawan-kawannya. Terus ketiga-tiga kawannya mengangguk serentak sambil menyerahkan sesuatu kepada anak didik mereka.
Mereka menyerahkan Set Alat Memanah kepada Geng N.A.S.A manakala Senapang Lazer kepada Geng F.A.H.A.
"Kenapa kami dapat memanah manakala lelaki dapat senapang lazer?" Tanya Adhwa.
"Panjang penjelasannya jika kamu mahu tahu..." Kata Aqasha.
"Pendekkan."
"Saje."
Ternganga terus mulut Geng N.A.S.A mendengar kata-kata Tuan Aqasha. Itu terlalu pendek!
"Baiklah, jom kita mulakan." Kata Muhkriz.
"Saya dan Aqasha akan mengawasi Geng N.A.S.A. manakala Ridwan dan Akim akan mengawasi Geng F.A.H.A." Kata Muhkriz dengan jelas.
Mereka pun mula bergerak, semasa mereka mahu berlatih menembak ketepatan, mereka perlu pastikan tiada sesiapa berada di hadapan sasaran target mereka ini kerana ia boleh mendatangkan maut!
"Pegang macam ni ke?" Tanya Anis. Sambil memegangnya secada terbalik.
"Bukan macam tu lah, macam ni." Kata Adhwa sambil memegangnya secara melintang.
"Apalah korang ni, cara pegang pun salah." Kata Syabila.
"Kalau Syabila pandai sangat, tunjuklah cara pegang yang betul." Kata Anis dan Adhwa serentak.
"Ini Alat Memanah Tradisional, tiada cara khusus untuk bermainnya. Kebiasaannya dia ikut kedudukan tangan kita, yang mana kita biasa untuk menarik. Jika kita menggunakan tangan kanan untuk menariknya, maka tangan kiri pula mestilah digunakan untuk memegang 'bow' nya. Cara berdiri pula mestilah menyenget. Kedudukan kaki mestilah selari kecuali kepala kita sahaja yang menghadap kehadapan." Terang Syabila kepada kawan-kawannya.
"Ouhhhhh....." Kata Geng N.A.S.A serentak.
"Macam mana Syabila tahu?" Tanya Adhwa.
"Masa dekat Sekolah Menengah Tinggi kan aku masuk Sukan Kelab Memanah, masa pertandingan memanah tu aku dapat tempat kedua tau!" Kata Syabila sedikit berlagak.
"Eleh, ingat dia sorang je ke yang dapat pingat masa hari sukan tu, Anis pun dapatlah, tempat kedua tau dalam sukan pingpong perseorangan." Kata Anis sedikit berlagak.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...