BAB 23: BERGADUH LAGI?

103 15 1
                                    

Setiap dari mereka diberi nama kumpulan yang berlainan seperti Muhkriz, Syabila dan Fawwaz, Alpha 1. Aqasha, Anis dan Afiq, Alpha 2. Ridwan, Adhwa dan Ashyraf, Dragon 1. Akim, Nurin dan Harraz, Dragon 2.

Fahmi, selaku ketua Operasi ini memberitahu rancangannya secara lebih terperinci kepada semua orang yang terlibat.

"Alpha 1, kamu ke bahagian selatan empangan ini, bersedia dalam posisi penyerang. Alpha 2, kamu ke bahagian barat empangan ini, kamu mesti menjaga dan meneliti setiap pelosok bangunan ini bersama Alpha 1. Laporkan kepada Dragon 1 setelah kamu meninjau keadaan sekeliling. Alpha 1, kamu mesti menjaga Dragon 2 untuk memasuki pejabat kawalan di dalam empangan itu. Selepas kamu berjaya masuk ke dalam pejabat itu, Dragon 2 akan kawal empangan saliran air itu secara manual supaya pasukan pembaiki empangan dapat membaikinya. Faham setakat ini semua?!!!" Kata Fahmi.

"YES SIR!!!" Kata semua unit dengan serentak.

"Alright, let's do this!" Kata Fahmi sambil menepuk tangannya sekali.

Dengan perancangan yang terliti, mereka pun masuk ke dalam bilik pejabat kawalan empangan itu.

"Fawwaz, awak pergilah tengok dekat bahagian sana..!" Bisik Syabila kepada Fawwaz sambil memegang senjata apinya.

"Kenapa saya pula? Awaklah pergi..!" Kata Fawwaz sambil memegang senjata apinya.

"Boleh tak awak jangan cari fasal dengan saya sekarang? Kita tengah jalankan misi ni..!" Kata Syabila sambil menurunkan senjatanya ke bawah.

"Sekarang ni saya senior ke awak senior?" Tanya Fawwaz dengan mencekak pinggangnya.

"Tak kisahlah siapa senior sekarang ni, ikut je lah.." Kata Syabila.

Tiba-tiba muncul Mentor Muhkriz dari belakang Syabila dan Fawwaz lalu ditarik telinga kanan Syabila dan telinga kiri Fawwaz serentak. Tarikan telinga mentor Muhkriz memang sungguh berbisa.

Fawwaz dan Syabila menjerit kesakitan tetapi mulut mereka seperti terpaksa dikunci kerana kaki mereka juga telah dipijak oleh mentor mereka.

Mentor Muhkriz pun melepaskan pegangan tangannya daripada telinga Syabila dan Fawwaz.

"Ingat apa tujuan kita di sini, jika tidak mahu kena perkara yang lebih teruk lagi..." Bisik Muhkriz di telinga Syabila dan Fawwaz.

...

Sementara itu, Alpha 2 sedang meninjau keadaan sekeliling, Afiq meninjau blok sebelah barat manakala Anis menijau blok sebelah selatan.

"Dragon 1,this is Alpha 2. Pleese coming. Roger. " Kata Afiq kepada kumpulan Dragon 1 melalui Walkie Talkie Khas.

"This is Dragon 1, what is it? Roger." Jawab Asyhraf melauli Walkie Talkie kepada Afiq.

"This block on west are clear. Roger." Kata Afiq.

"Alright, we all heard loud and clear. How about the block on South?" Tanya Asyhraf kepada Afiq.

Afiq meletakkan Walkie Talkie nya lalu terus memandang ke arah Anis sambil bertanya, "Anis, how it's going?"

"Everything clear. Tiada pergerakan yang dikesan sejak dua minit yang lalu." Balas Anis.

"Everything clear. No sign enemy about two minute ago." Balas Afia menggunakan Walkie Talkie dia.

"Alright, copy that." Kata Ashyraf melalui Walkie Talkienya.

"Roger and out." Kata Afiq kemudian meletakkan Walkie Talkienya di sebelah poket kanan bajunya.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now