BAB 16: DIKAWAL KETAT

110 19 3
                                    

Selepas tamat sesi soal jawab bersama Geng N.A.S.A, bermulanya soal siasat bersama Geng F.A.H.A.

"Fawwaz , kamu pasti tahu apa-apa mengenai mereka bukan?" Tanya Mentornya, Muhkriz.

"Malangnya...tiada apa-apa yang saya tahu. Maaf Tuan." Kata Fawwaz.

"Kamu cakap sekarang! Jangan nak menipu kami!!!? Gertak Mentor Muhkriz sambil memandang tepat dan tajam ke dalam bebola mata Fawwaz.

Fawwaz sudah mula terasa seram sejuk. Sesiapa yang membuat Mentor Muhkriz marah, pasti dia akan berasa seram sejuk dan takut.

"Tu...tuan...saya betul-betul-betul tidak tahu apa-apa." Kata Fawwaz tersekat-sekat.

"BETUL INI?!!!" Tanya Mentor Muhkriz sekali lagi dengan pandangan tajam dan menakutkan.

"Be...betul Tu...Tuan..." Kata Fawwaz tersekat-sekat dengan rasa ketakutan yang amat mendalam.

-SETERUSNYA -

Mentor Aqasha mengacukan pistolnya tepat ke arah kepala bahagian dahi Afiq yang menempatkan organ utama manusia iaitu Otak.

"A..apa ini Tuan? " Tanya Afiq ketakutan.

"Walaupun kita sudah kenal hampir dua semester di Akademi ini, namun kamu masih belum tahu lagi perangai sebenar saya." Kata Aqasha.

"Tuan, kita boleh berbincang cara tenang, tidak perlu gunakan kekerasan." Kata Afiq ketakutan.

"Saya pun tidak mahu menggunakan cara ini tetapi kamu semua tidak berikan saya pilihan yang lain." Kata Aqasha.

"Tuan, saya hormat Tuan seperti saya hormat ayah saya. Tolonglah jangan buatkan saya takut pada Tuan." Kata Afiq sambil berdiri menghadap Mentornya.

Aqasha mula menurunkan pistolnya dari kedudukan sudut menembak.

"Afiq, kamu mesti faham situasi saya. Tolonglah berikan kerjasama." Kata Aqasha.

"Saya minta maaf Tuan, saya betul-betul-betul tak tahu apa-apa." Jawab Afiq menundukkan mukanya dari pandangan Aqasha.

Aqasha mula mengeluh panjang lalu menghadap ke arah cermin cctv di dalam bilik itu. Aqasha mengeleng lalu menundukkan kepalanya tanda dia tidak mendapat apa-apa maklumat lagi.

-SETERUSNYA -

"Harraz, kamu tahu kamu ni bakal menjadi ahli pasukan SWAT?" Tanya Mentor Akim kepada Harraz yang sudah duduk di kerusi di hadapannya.

"Saya tahu Tuan." Jawab Harraz sambil menundukkan kepalanya.

"Kamu juga tahu bukan, jika kamu ada sebarang maklumat mengenai seseorang penjahat, kamu mesti memaklumkan kepada pihak Akademi ataupun saya." Kata Akim.

"Ya." Jawab Harraz.

"Tolonglah bekerjasama dengan pihak kami, jika kamu ditangkap ingin menyiasat perkara ini dengan sendiri serta kamu mendapat kecerderaan, kemungkinan besar peluang untuk kamu menjadi sebahagian dari Pasukan SWAT akan dibuang. Kamu tidak akan dapat perluang untuk menjadi Ahli SWAT lagi." Kata Akim.

"Tetapi andai katalah, jika saya berjaya selesaikan siasatan dan kes ini sendirian serta terselamat daripada bahaya, adakah perluang untuk saya menjadi Ahli SWAT masih ada? " Tanya Harraz.

"Itu saya tidak boleh katakan apa-apa lagi, itu sudah di luar bidang kuasa saya." Balas Akim.

"Ok." Kata Harraz.

"Kamu seperti tahu sesuatu..." Kata Akim dengan rasa curiga kepada Harraz.

Harraz hanya berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa. Suasana di dalam bilik siasatan itu sunyi sepi seperti angin di pantai yang bertiup kedinginan.

-SETERUSNYA -

"Asyhraf , saya tahu perangai kamu bagaimana. Saya juga berkawan rapat dengan ayah kamu. Jadi kamu pasti tahu kan bagaimana rasanya jika seseorang itu berpaling tadah?" Tanya Ridwan.

"Ini tiada kaitan dengan ayah saya." Kata Ashyraf.

"Kamu tahu bukan, ayah kamu merupakan salah seorang Ketua yang hebat. Dia hebat di dalam setiap perkara. Kamu juga mestilah mengikut jejak langkah dia bukan? " Tanya Ridwan.

"Apa kena mengena ayah saya di dalam hal ini? Apa sebernanya yang Tuan nak dari saya? " Tanya Asyhraf dengan sedikit marah kepada mentornya.

Jika ada sesuatu perkara yang berkaitan dengan ayah Asyhraf, kebanyakan orang akan berfikir dua kali sebelum menyebut nama ayahnya. Ini kerana, Ashyraf agak sensitif sedikit apabila ada orang bercakap mengenai ayahnya. Dia akan cepat berasa marah seperti dia tidak dapat mengawal perasaannya.

"Kamu BODYGUARD' Adhwa dan berkawan baik dengan Geng N.A.S.A, kami mahu tahu apa yang kamu dan kawan-kawan kamu tahu." kata Ridwan.

"Tuan, saya dan kawan-kawan saya tidak tahu menahu apa-apa pun yang sedang berlaku. Kenapa Tuan sangat pasti yang saya dan Geng saya (F.A.H.A) ada kena mengena mengenai hal ini?" Tanya Asyhraf dengan rasa sedikit marah. He lookes like he lost control his emotion.

"Ashraf.." Belum sempat Ridwan menghabiskan kata-katanya terus 'dipotong' oleh Ashyraf.

"Saya tidak mahu disebabkan kes ini, hubungan saya dengan Tuan jadi regang. Tuan pasti faham bukan?" Kata Ashyraf.

Terus Ridwan membisu dan tidak berkata apa-apa lagi. Ashyraf adalah seorang pelajar yang tidak mudah didekati. Dia sentiasa bersikap dingin dengan orang yang tidak dikenalinya. Sama seperti semasa hari pertama dia menjadi pelajar Akademi A.P.D.A. Adhwa salah seorang pelajar yang berani berkawan dan menegurnya walaupun sudah berkali-kali di marahi oleh Ashyraf. Atas sifat kesungguhan Adhwa ingin berkawan dengan Asyhraf, akhirnya hati Asyhraf terbuka untuk menerima Adhwa sebagai kawannya. Malah, sekarang sudah menjadi kawan rapat walaupun kadang-kadang sering bergaduh.

Selepas keempat-empat Mentor menyoal siasat mereka, keempat-empat mentor itu sudah membuat keputusan. Mereka mengumpulkan kelapan-lapan pelajarnya tadi untuk mengumumkan satu maklumat terbaharu.

"Mulai hari ini, kamu berlapan akan dikawal ketat 24 jam oleh pengawal peribadi kamu. Setiap dari kamu akan dikawal ketat oleh mereka. Jika ada yang membantah, kami tidak akan teragak-agak untuk menurunkan markah ujian semester kamu semua pada tahun ini." Kata Muhkriz kepada kelapan-lapan anak didik mereka.

"Tapi Tuan, bukankah kami yang sepatutnya menjadi pengawal peribadi mereka?" Tanya Afiq.

"Maaf Afiq, tetapi ini keputusan kami dan keputusan kami adalah muktamat! " Kata Akim.

"Tapi.." Kata-kata Harraz 'dipotong' terus oleh mentornya, Akim. "FAHAM?!!! " Tanya Mentor Akim dengan suara ganas seperti singa yang mahu membahang kancil.

"Fa..faham..." Jawab kelapan-lapan pelajar perlahan.

"Saya tak dengar, Faham ke tak?!!! " Tanya Mentor Muhkriz dengan suara yang kuat sehinggakan mentol lampu di dalam pejabatnya pecah.

"FAHAM TUAN!!! " Jerit kelapan-lapan pelajar itu.

Habislah, bagaimana dengan rancangan mereka mahu melarikan diri daripada Akademi A.P.D.A ini jika dikawal ketat oleh pengawal peribadi mereka? Kehidupan mereka menjadi sungguh sengsara. Apakah tindakan yang akan dibuat oleh GENG N.A.S.A dan GENG F.A.H.A? dapatkah mereka semua menangani perkara ini?


AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now