Pertempuran demi pertempuran berlaku tanpa henti selama lebih sejam yang lalu, namun Geng N.A.S.A serta Geng F.A.H.A masih lagi tidak dapat mengalahkan Muiz and the gang. Kumpulan Muiz memdapat satu kelebihan iaitu saiz badan mereka yang besar serta tegap mampu menahan serangan yang dianggap lemah oleh Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A. Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A sudah hampir kehabisan tenaga. Mereka semakin lemah, medeka tidak sangka akan berlawan dengan lawan yang lebih tegap serta tinggi berbanding mereka, betul kata Muiz, mereka bukan tandingannya.
"Syabila, ada rancangan baru?" Tanya Fawwaz sambil tercungap-cungap akibat kepenatan berlawan dan berlari tanpa henti. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka tidak berdaya mahu melawan musuh yang lebih besar berbanding mereka.
"Tiada, masih berfikir." Balas Syabila, dia tidak dapat memikirkan apa-apa idea untuk rancangan 'back up pland'. Kebiasaannya, mentornya, Muhkriz yang akan membantunya dalam memikirkan rancangan yang seterusnya. Tetapi sekarang, mentornya tiada di sisinya untuk membantu Syabila serta rakan-rakannya. "Nurin, cuba hubungi Geng M.A.R.A untuk meminta bantuan." Kata Syabila sambil tercungap-cungap. Namun, terus dihalang oleh Fawwaz serta Geng F.A.H.A yang lain. "Jangan awak berani meminta bantuan mereka! Mereka semua itu pembelot!" Kata Afiq dengan kuatnya. Kata-katanya mampu didengari sehingga ke pendengaran Muiz dan rakan-rakannya.
"Pembelot? Apa maksud awak semua? Kami tak fahamlah." Kata Nurin dengan rasa hairan yang tidak daoat diungkapkan.
"Kami sudah berjaya menemui maksud isi tersirat di dalam teka-teki pertama itu." Kata Ashyraf dengan rasa sedih bercampur dengan kekecewaan yang amat mendalam. "Berhati-hati dengan orang disekeliling, ada diantara mereka memakai topeng, Merpati, Ayam, Rusa dan Angsa, dalang disebalik cerita ini, kalau awak ambil huruf depan dan gabungkan kesemuanya menjadi satu nama, awak akan dapat M.A.R.A, nama untuk Geng M.A.R.A iaitu mentor kita sendiri."
Maksud tersirat di dalam teka-teki ini.
Geng N.A.S.A tergumam apabila mendengar berita yang mengejutkan itu. Sungguh, mereka tidak menyangka bahawa dalang disebalik kekecohan yang berlaku selama ini berpunca daripada orang yang paling rapat dengan mereka semasa berada di A.P.D.A, Geng M.A.R.A, mentor mereka sendiri. Tiba-tiba Muiz bergelak ketawa sendirian,hal itu menyebabkan Geng N.A.S.A dam Geng F.A.H.A berasa hairan, mata mereka tidak berkelip memandang Muiz yang hanya ketawa dari tadi. "Awak semua ni naif betul, baru sekarang awak semua tahu rupa seberna Geng M.A.R.A.? Kesian.." Terus Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A muram dan sedih apabila memikirkan niat seberna yang dilakukan oleh mentor yang selama ini mereka jadikan idola pujaan hati rupanya adalah seorang penjenayah juga seperti Muiz.
"Marilah, ikut kami. Kami akan pastikan awak semua dapat apa yang diimpikan." Kata Muiz sambil menghulurkan kedua belah tangannya ke arah Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A. "Pertukaran ke Universiti lain, bukankah itu yang kamu semua impikan selama ini?" Pertanyaan Muiz itu tidak disahut, Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A hanya memandang wajah Muiz yang tersenyum tidak henti-henti. " Kamu tidak perlu menjalankan misi dan operasi yang memenatkan serta berisiko lagi. Kehidupan kamu akan kembali normal seperti pelajar universiti yang lain."
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...