"Siapa punya bola ni hah?!!" Tanya Harraz dengan perasaan marah sambil matanya melilau di sekeliling.
Nurin masih lagi terduduk tanpa mengatakan apa-apa. Dia sungguh sedih bercampur dengan perasaan marah yang mambuak-buak sehinggakan dia tidak berkelip mata melihat komputer ribanya yang telah hampir separuh rosak di atas tanah.
"Sabar Nurin sabar..." Pujuk Syabila sambil mengusap belakang badan Nurin.
"Kalau aku dapat tahu siapa punya angkara ini...aku tak akan biarkan dia hidup dengan aman...!" Kata Nurin sambil menggengam kedua-dua tangannya dengan kuat.
"Woi! Baik kau mengaku, siapa punya bola ni hah?!!" Tanya Harraz dengan perasaan marah, matanya tidak henti melilau di sekeliling mencari tuan empunya bola tersebut.
"Itu bola kami, kami minta maaf..." Kata seseorang daripada belakang semak samun.
"Siapa awak?!! Tunjukkan diri sekarang!" Jerit Harraz dengan perasaan semakin marah.
Lima orang pelajar A.P.D.A mula keluar daripada semak samun tersebut sambil menunduk malu. Ternyata lima pelajar tersebut sangat dikenali oleh kelapan-lapan mereka. Setiap dari mereka terdiri daripada berbilang kaum dan bidang yang berbeza.
"Jadi koranglah punya angkara semua ini!" Kata Nurin sambil berdiri menghampiri kelima-lima pelajar tersebut. Hatinya dipenuhi rasa marah yang sangat tinggi. Matanya mula berapi dan kedua-dua tangannya digenggam sekuatnya.
Terus Adhwa memegang tangan kiri Nurin manakala Anis memegang tangan kanan Nurin dengan sekuatnya. Nurin sudah berada diluar kawalan, sekali Nurin mengamuk, pasti dia tidak dapat dikawal.
"Sabar Nurin.." Kata Adhwa.
"Istifar Nurin.. Istifar..!" Kata Anis.
"Maafkan kami, kami tidak sengaja menyepak bola itu sehingga terkena pada kamu semua." Kata salah seorang budak lelaki tersebut.
"Maaf?! Awak ingat dengan memohon maaf tu dapat selesaikan semua masalah ke?!!" Kata Nurin dengan rasa marah yabg membuak-buak. Kekuatan Nurin ketika marah sungguh tidak disangka-sangka! Nurin bertambah kuat dan semakin kuat ketika dia marah.
"Kami beri kamu semua pilihan, mahu selesaikannya dengan cara baik ataupun cara drastik?" Kata Afiq sambil merenung tajam ke arah mata kelima-lima mereka.
"Kalau...cara baik?" Kata salah seorang daripada budak itu dengan tergetar-getar.
"Baiklah, kamu berlima wajib membayar segala ganti rugi terhadap Laptop dia." Kata Afiq dengan nada tenang. Afiq juga cuba mengawal perasaan marahnya.
"Err..berapa banyak..?" Tanya salah seorang budak itu dengan nada kecil.
"Saya bukannya mahukan duit! Saya mahukan ganti rugi Laptop yang sama seperti ini!" Jerit Nurin dengan sekuatnya.
"Istifar Nurin..." Kata Anis.
"Istifar..Lailahaillallah...Lailahaillallah.." Bisik Adhwa di telinga Nurin.
"Err..boleh kami lihat rupa Laptop awak?" Tanya budak tersebut.
Nurin sudah mulai tenang dan mula bertolak ansur dengan budak tersebut. Dia terus menunjukkan Laptopnya kepada budak-budak tersebut.
Mereka pun melihat Laptop Nurin tersebut. Laptop Nurin hanyalah mengalami sedikit kerosakan. Masih lagi boleh dibaik pulih.
"Err..bagaimana jika kami bantu membaiki Laptop awak?" Tanya salah seorang budak kepada Nurin.
Terbeliak terus mata Nurin dan Harraz setelah mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh salah seorang budak tersebut.
"Kami juga agak mahir di dalam membaiki kesemua peralatan Teknologi Elektrik seperti Laptop, Talefon, Kereta dan sebagainya." Kata salah seorang budak tersebut.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...