BAB 10: AFIQ MASUK HOSPITAL?

139 20 8
                                    

Selepas beberapa jam, Pasukan Penyelamat Tentera Maritim berjaya menemui anggota badan Afiq lalu dibawanya naik ke atas bot pelampung kecil, rawatan awal segera dijalankan ke atas Afiq buat sementara waktu sementara menunggu ketibaan van Ambulans untuk tiba di dek kapal perang itu.

Selepas Afiq dibawa ke atas dek kapal, orang pertama yang mahu berjumpa dengannya ialah Anis, junior kepada Afiq. Anis berlari menuju ke arahnya, dia melihat wajah Afiq yang sudah hampir kebiruan dan tidak sedarkan diri walaupun sudah membuat CPR ke atasnya.

Anak-anak kapal yang lain mensegerakan pemindahan Afiq ke daratan supaya van Ambulans dapat membawanya pergi mendapatkan rawatan di Hospital A.P.D.A.

Selepas beberapa jam, Afiq tiba di Hospital A.P.D.A lalu terus beberapa doktor dan nurs datang membawa katil kecil beroda yang disediakan khas untuk proses pemindahan pesakit ke bilik sakit.

Afiq ditempatkan di dalam wad kecemasan. Berita Afiq dimasukkan ke dalam hospital telah tersebar di seluruh A.P.D.A. Berita ini juga menjadi bualan setiap pelajar, mentor dan pensyarah di A.P.D.A.

Anis datang melawat Afiq ditemani Mentor Aqasha. Setibanya mereka di depan pintu wad itu, terus Aqasha membuka pintu itu lalu dimasuki oleh Anis kemudian diikuti oleh Aqasha.

Anis melihat Afiq yang sedang terlantar di atas katil dengan rasa penuh sedih kerana dialah penyebabnya Afiq terjatuh ke dalam laut.

"Afiq, bangunlah. Janganlah buat Anis rasa serba salah.." Kata Anis, di dalam hatinya yang penuh dengan perasaan serba salah.

"Sabarlah Anis, ini semua dugaan Allah." Pujuk Aqasha kepada Anis yang sedang sedih memandang Afiq.

"Anis, kamu pergilah berehat dahulu, nanti saya akan panggil beberapa orang pegawai untuk memantau keadaan Afiq." Kata Aqasha kepada Anis sambil sedang mencuba menyedapkan hatinya.

"Baiklah Tuan, saya pergi dulu." Kata Anis memandang Aqasha. Sebelum Anis keluar dari bilik wad Afiq itu, dia berbisik satu perkataan kepada telinga bahagian sebelah kanannya. "Assalamualaikum."

Terus Anis keluar dari wad tersebut. Aqasha yang masih lagi berada di dalam wad itu masih lagi tidak berganjak ke mana-mana.

Aqasha pun berkata, "Afiq, maafkan saya. Hal ini sepatutnya tiada kaitan dengan kamu. Saya dan kumpulan M.A.R.A akan berusaha untuk jauhkan perkara ini daripada kamu semua."

Aqasha pun berlalu pergi selepas memberi salam kepada Afiq. "Assalamualaikum. "

*BILIK MESYUARAT*

"Perkara ini sudah menjadi semakin teruk, buat masa ini saya cadangkan kita tangguhkan dahulu ujian kepada semua para pelajar baharu. "Kata Akim kepada Geng M.A.R.A.

"Saya setuju? Kita tidak boleh mengambil risiko lagi." Balas Aqasha yang sedang duduk di sebelah Muhkriz.

Ridwan menyampuk, "Apa kita patut buat? Sekarang, pelajar kita menjadi mangsa!"

Akim memandang muka Muhkriz yang dari tadi hanya berdiam diri dan tidak bercakap.

"Muhkriz? Apa cadangan awak? Kenapa awak diam sahaja dari tadi?" Tanya Akim kepada Muhkriz. Dia terlihat wajah kerisauan di rauk wajah Muhkriz.

"Kita tidak sepatutnya melibatkan mereka sekali, kita yang timbulkan masalah ini jadi kita juga perlu selesaikannya." Kata Muhkriz dengan bergaya.

"Saya kesian melihat salah seorang pelajar saya yang sedang terlantar di wad sekarang. Dia sepatutnya menjalani ujian bersama juniornya tetapi, sebaliknya yang berlaku..." Kata Aqasha dengan rasa sedih.

Ridwan meletakkan tangan kirinya di atas bahu Aqasha lalu berkata, "Bro, kita ini kuat. In Shaa Allah kita pasti dapat selesaikannya."

Akim menyampuk, "Betul cakap Ridwan itu, kalau kita lemah, pelajar kita juga akan lemah. Bagaimana kita mahu melatih mereka jika kita pun lemah? "

"Terima kasih korang." Jawab Muhkriz dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

"Apa rancangan kita seterusnya Ketua(Muhkriz)?" Tanya Aqasha sambil tersenyum sinis kepada Muhkriz.

Aqasha menjawab, "Memandangkan sekarang ini, mereka sedang menyasarkan pelajar-pelajar kita, saya cadangkan supaya senior mereka menjadi BODYGUARD kepada Junior. Demi keselamatan bersama dan langkah berjaga-jaga." Kata Muhkriz sambil berbincang di meja segi empat tepat.

"Saya setuju." Kata Ridwan.

"Saya setuju, lagipun para senior sudah ada kemahiran mempertahankan diri masing-masing." Kata Akim.

"Saya setuju, demi keselamatan anak didik kita." Kata Aqasha.

"Baiklah, rancangan ini akan mula berkuat kuasa mulai hari esok. Pastikan kesemua pelajar tahu mengenainya." Kata Muhkriz.

"Baik!" Jawab GENG M.A.R.A serentak.

"Mesyuarat bersurai. "Kata Muhkriz.

...

Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A berkumpul di hadapan tasik Akademi sambil duduk dalam bulatan dan berbincang mengenai sesuatu perkara.

"Maaf korang, Afiq tidak akan masuk ke dalam wad itu kalau Anis tidak cuai..." Kata Anis dengan menundukkan kepalanya.

"Ini bukan salah kau Anis, kau tak sengaja kan?" Pujuk Nurin kepada Anis sambil memegang bahu kiri Anis menggunakan tangan kanannya.

"Itu isu lain, sekarang ini kita sepatutnya fikirkan fasal Geng Jahat itu." Kata Harraz.

"Betul itu, sasaran mereka yang pertama ialah Afiq dan Anis, sasaran kedua mereka pula pasti pada salah seorang kumpulan dari kita." Terang Fawwaz sambil menutupkan matanya untuk berfikir.

"Saya rasa, tentu mentor kita sudah rancangkan sesuatu." Kata Ashyraf dengan gaya serius.

"Kenapa Anis rasa tidak sedap hati fasal ni?" Tanya Anis. Dahinya sudah berkerut.

"Adhwa pun." Kata Adhwa.

"Kita pun kenalah rancangkan sesuatu, kita tidak boleh nak mengharapkan Akademi sahaja yang bantu kita." Kata Fawwaz.

Kesemua mereka mulai terdiam dan berfikir sejenak. Sungguh kusut fikiran kesemua mereka sekarang. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya seperti mereka.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now