Seluruh para pelajar dan tenaga pengajar di A.P.D.A mulai menunaikan solat sunat dan solat hajat bagi mendoakan keselamatan kelalan-lapan pelajar muda A.P.D.A iaitu Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A.
"Ada berita mengenai anak didik kami?" Tanya Muhkriz kepada Qilaf.
Qilaf dan anggotanya akan tinggal di asrama Khas A.P.D.A buat sementara waktu sehingga kes pencarian ejen muda selesai.
Qilaf hanya menggeleng perlahan tanda pihaknya belum menjumpai kelibat atau susuk tubuh anak didik mereka. Muhkriz terduduk semula. Perasaan sedih dan sungguh bersalah telah menguasai dirinya serta ahli Geng M.A.R.A yang lain.
"Bertabahlah Muhkriz, aku yakin mereka masih hidup. Kita jangan putus asa, mereka perlukan doa dan sokongan kita semua." Kata Qilaf sambil cuba memujuk Muhkriz yang sedang dalam dilema.
Ejen Kumar berjalan menghampiri Qilaf dan Muhkriz. "Muhkriz, para pemimpin mahu berjumpa dengan awak dan pasukan awak, sekarang." Kata Ejen Kumar kepada Muhkriz.
Muhkriz dan Qilaf memandang ke arah Ejen Kumar dengan riaksi terkejut......
"Tuan, kami telah tiba." Kata Geng M.A.R.A sambil melerakkan tangan kanan mereka ke bahu kanan mereka sambil menundukkan kepala sedikit tanda hormat.
"Now, let's talk. Shall we." Kata Professor Ying.
"Sure." Balas Professor John.
"Muhkriz." Sapa Ejen Kumar kepada Muhkriz.
"Saya Tuan."
"Apa yang terjadi sebernanya?" Tanya Ejen Kumar.
Terus riaksi Muhkriz berubah. Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia masih lagi bersedih mengenai kejadian tempoh hari. Insiden itu masih segar dalam ingatan Geng M.A.R.A.
"Tuan, sekarang bukan masanya untuk bincangkan hal ini."
"Then went? If we not do now, went will we do? Can you answer my question, Sir Muhkriz?" Tanya Professor John dengan marahnya sambil berdiri memandang ke arah wajah Muhkriz.
"Ataupun, kamu berempat yang rancang hal ini supaya dapat hapuskan mereka berlapan?" Tanya Komander Nazry kepada Geng M.A.R.A dengan serius.
"Tak! Tak kan lah kami sanggup nak bunuh anak didik kami sendiri. Tuan dah hilang akal ke apa, hah?!" Balas Aqasha dengan marah yang teramat!
"Apa kamu cakap?!!" Balas Komander Nazry sambil berdiri memandang ke arah Aqasha. "Kamu sedar tak, anak saya adalah salah seorang daripada lapan pelajar yang terkorban itu! Dia adalah anak didik kamu, kamu yang patut dipertanggungjawabkan!"
"Ouhhhhh, sekarang nak salahkan kami pula? Pandai Tuan ni ya? Tuan tahu ke apa yang terjadi pada kami? Tuan tahu ke apa yang telah kami lalui? Tuan tahu ke bagaimana keadaan kami sewaktu di dalam sana?!! Kami tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja waktu itu tetapi...anak Tuan, semua anak didik kami, kelalan-lapan pelajar itu yang...telah menyelamatkan kami..." Kata Aqasha dengan marahnya! Tiba-tiba air matanya mulai mengalir, begitu juga dengan ahli Geng M.A.R.A yang lain.
"Mereka...mereka yang selamatkan kami...Tuan semua tahu tak apa perasaan kami sewaktu mereka berbuat demikian, hah?!!" Tengking Ridwan dengan marahnya.
"Jaga adab kamu semua, kamu semua sedar tak dengan siapa kamu semua sedang bercakap?" Marah Inspector Adam kepada Geng M.A.R.A.
"Adab? Huh! Seingat saya, adab itu hanyalah perkataan daripada kata-kata manusia. Senang untuk ucapkan tetapi susah untuk melaksanakannya. Betul tak, Tuan?" Kata Akim sambil berdiri bersama-sama ahli Geng M.A.R.A yang lain.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...