BAB 37: KLU KE-2

95 12 0
                                    

Selepas satu hari yang memenatkan, akhirnya tamat juga. Syukur kepada Ilahi, Alhamdulilah. Jam sudah menunjukkan jam 0430 petang. Azan Asar mula dilaungkan sekuatnya daripada Masjid A.P.D.A. Azan Asar dikumandangkan oleh Imam muda Ashyraf. Dia juga akan memimpin untuk menyolatkan kesemua umat Islam yang berada di dalam A.P.D.A. serta membimbing bacaan Do'a.

Geng F.A.H.A sungguh popular sehinggakan mereka mempunyai Fans Club sendiri. Tidak disangka-sangka, hanya dengan sedikit kebaikan dan kurniaan wajah yang tampan diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa, mereka disanjungi seperti seorang putera raja di A.P.D.A.

"Allahuakbar Allahuakbar! Asyhaduallaillahaillallah...! Asyhaduannamuhammada'rasulullah..! Haiallalfalla..! Haiallalfala.." Belum sempat Asyhraf menghabiskan Iqamatnya terus satu surau bergegar dengan suara sorakkan daripada para peminat Geng F.A.H.A.

"Ya Allah, merdunya suara abang Acap!!!" Jerit salah seorang jemaah perempuan di sebalik kain tirai bahagian barisan hadapan tempat solat perempuan.

Geng N.A.S.A yang berada di barisan saf hadapan perempuan berasa telinga mereka begitu sakit dan bingit sekali. Sungguh, jeritan daripada para peminat Geng F.A.H.A sangat kuat seperti berada di dalam Konsert BTS.

"Ya Allah, boleh senyap tak?! Kita sekarang ini berada di rumah Allah, hormatlah sedikit! Kita datang ke sini untuk menunaikan solat fardu bukannya mahu melihat Konsert BTS ataupun -EXO-! " Kata Nurin dengan berasa sangat marah sambil berdiri menghadap ke belakang sambil memakai telekungnya. Terus secara automatiknya, satu Masjid terdiam sunyi dan sepi. Selepas beberapa ketika, Ashyraf memecah bicara dengan menyebut "saf...!" lalu terus kesemua para jemaah bangun dengan pantas dan merapatkan kedudukan mahu menunaikan solat. Selepas beberapa jam berlalu, akhirnya mereka sudah menunaikan solat fardu. Kesemua pelajar mula beransur keluar dari Masjid A.P.D.A.

"Adhwa, jom!" Kata Ashyraf yang tiba-tiba sahaja muncul bersama Geng F.A.H.A dihadapan Adhwa dan Geng N.A.S.A yang lain.

"Ahhhhhhhhhhh! Itu Geng F.A.H.A!" Jerit beberapa pelajar perempuan yang berada berdekatan dengan kedudukan Geng N.A.S.A Dan Geng F.A.H.A sambil memegang telekung di tangan mereka.

Geng N.A.S.A Dan Geng F.A.H.A yang terdengar jeritan beberapa pelajar perempuan tadi terus memandang ke arah mereka dengan kadar perlahan, walaupun Geng F.A.H.A suka akan populariti yang dihadapi sekarang, namun semakin lama semakin mereka berasa rimas akan jeritan, Ikutan peminat dan para pengikut segala fesyen yang dipakai oleh Geng F.A.H.A. kepada para peminat tegar mereka.

"Aduhh, dah mula dah mereka semua ini..." Kata Afiq sambil mengeluh panjang dan memandang ke arah belakang Masjid A.P.D.A. Begitu juga dengan ahli Geng F.A.H.A yang lain.

"Itulah, siapa suruh tiru gaya K-POP, kan dah kena hadap semua benda ini." Kata Adhwa perlahan sambil menyindir Geng F.A.H.A yang sedang berbincang di belakang mereka.

"Bukan salah kami dapat rupa yang tampan lagikan menawan ini." Kata Ashyraf sambil membuat gaya rambut seperti di dalam iklan syampu rambut lelaki di kaca television .

Terus Geng N.A.S.A membuat muka Dan gaya meluat seperti mahu termuntah apabila terdengar perkataan 'tampan' dan 'menawan' daripada Geng F.A.H.A.

"Ish, cemburunya saya melihat Geng N.A.S.A semakin rapat dengan Geng F.A.H.A." Kata seorang perempuan yang bernama Aisyah kepada rakannya yang bernama Fatimah.

"Itulah, saya pun cemburu juga melihat mereka sekejab bergaduh dan sekejab mesra seperti kawan baik. Kalaulah kita boleh masuk Geng N.A.S.A itukan, pasti kita juga akan dapat perhatian daripada Geng F.A.H.A juga." Kata Fatimah kepada rakannya Aisyah yang dari tadi hanya memerhati gelagat kelapan-lapan mereka itu. Sebaik sahaja mereka Aisyah mendengar kata-kata rakannya itu, terus mereka menjerit keriangan tanpa memikirkan orang disekeliling.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now