PEJABAT PENTADBIRAN AKADEMI
GENG N.A.S A terus menyerbu masuk Pejabat Mentor Muhkriz tanpa memberi salam ataupun meminta kebenaran untuk masuk berjumpa dengan Mentor Muhkriz.
"Ada apa? " Tanya Muhriz sambil melihat kelapan-lapan pelajar yang baru sahaja merempuh masuk pejabatnya dengan pandangan bengis.
"Saya selaku wakil Geng N.A.S.A ingin memohon pertukaran Akademi ini kepada Universiti lain." Kata Syabila sambil menunduk tanda hormat kepada Mentor Muhkriz.
"Tidak boleh." Sepintas lalu sahaja Mentor Muhkriz menolak kata-kata Syabila.
"Tetapi, mengapa Tuan? " Tanya Syabila lagi.
"Ada dua sebab, pertama, ini hari pertama kamu berempat di sini, mengikut prosedur di Akademi ini, tiada sebarang permohonan pertukaran Universiti dibenarkan sehingga tiga tahun kamu belajar di sini." Terang Muhkriz kepada kelapan-lapan pelajar tersebut.
"Sebab kedua pula? "Tanya Adhwa.
"Adhwa, janganlah potong ayat Tuan Muhkriz itu, nanti tidak fasal-fasal kena denda..! " Bisik Anis ketelinga Adhwa.
"Adhwa saje je nak tahu lebih cepat.. "Jawab Adhwa kepada Anis sambil berbisik.
"Maaf Tuan, sila sambung."Syabila memohon maaf kepada Muhkriz sambil menundukkan kepalanya.
Muhkriz pun menyambung kata-katanya, "yang ke Kedua.." belum sempat Muhkriz menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba siren sekolah berbunyi dengan kuat menandakan ada bahaya yang mendatang di Akademi ini.
"Cepat, berkumpul di padang Akademi sekarang! " Muhkriz memberikan arahan kepada kelapan-lapan pelajar di hadapannya. "Kamu berempat, pastikan junior ni semua tiba dengan selamat di padang, cepat! "
"Baik Tuan! " Jawab Geng F.A.H.A dengan serentak.
"Cepat jom! " Kata Afiq.
"Kenapa ni? " Tanya Anis.
"Ikut aje lah, jangan banyak cakap! " cakap Afiq
Setibanya kesemua pelajar di padang, mereka dikawal ketat dan dikelilingi oleh senior Akademi, pensyarah, pegawai-pegawai dari ejensi terkenal seperti FBI dan Pasukan Polis Unit Gerak Khas.
"Apa jadi ni? "Tanya Nurin kepada orang disekeliling.
"Ada sesuatu atau seseorang asing cuba memasuki Akademi ini, lebih teruk, seseorang itu cuba mensabotaj alatan dan kelengkapan di sini supaya lumpuh. " Kata Azeira, salah seorang pelajar jurusan bidang Teknologi dan Robotik.
"Apa? " Kata Nurin dengan perasaan terkejut.
Syabila,Anis dan Adhwa cuba menjeguk ke arah bangunan Akademi yang baru selesai dikosongkan tadi.
"Anis, Adhwa, aku rasa macam ada sesuatu di sana lah. " Tunjuk Syabila dengan jari telunjuknya ke arah kelas 'ICT'(Inovation
Computer Technology)."Betul lah, tapi kenapa Mentor dan Pegawai di sini tidak memeriksa bilik itu? " Kata Anis dengan rasa hairan.
"Jom pergi tengok. " Kata Adhwa.
"Aku pun nak ikut, tunggu aku korang. " Kata Nurin kepada Geng N.A.S.A. Baru lima langkah Geng N.A.S.A kehadapan terus dihalang oleh Geng F.A.H.A.
"Mana korang nak pergi? " Tanya Afiq kepada Geng N.A.S.A.
"Kitorang sakit perutlah! " Kata Anis kepada Afiq.
"Tahan aje lah, tiada sesiapa dibenarkan masuk sehingga siasatan selesai. " Kata Ashyraf.
"Ouh, kalau kitorang terbuang air besar dekat sini korang nak tanggung?!! " Balas Adhwa kepada Asyhraf.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...