BAB 30:KEBENARAN TERBONGKAR

96 14 0
                                    

Geng M.A.R.A sudah mula berasa sangsi terhadap kelapan-lapan anak didik mereka. Dalam masa yang sama, mereka semua perlu mencari jalan untuk menghentikan perbuatan Geng Organisasi Gelap.

*Pasukan Unit Gerak Khas*

"Tanya Fawwaz." Kata Syabila sambil menunjuk jari telunjuk tangan kirinya ke arah Fawwaz.

"Eh, apa pula? Tanya Syabila lah." Balas Fawwaz sambil menunjuk jari telunjuk tangan kanannya ke arah Syabila.

"Apa saya pula, awaklah Fawwaz..!" Balas Syabila dengan rasa sedikit marah kepada Fawwaz.

"Ish, masa ni pun nak gaduh ke..?!!" Tanya Fawwaz dengan nada marah juga.

"Awak yang cari gaduh dulu!" Balas Syabila sambil menunjukkan buku limanya ke arah Fawwaz.

"Sudahlah tu, masa sekarang sepatutnya kita bekerjasama! Bukannya bergaduh sesama kita!" Balas Muhkriz sambil mengetuk kepala kedua-dua anak didiknya itu.

...

*PASKAL*

"tanya lah Adhwa ni." Kata Ashyraf sambil menolak Adhwa sedikit ke hadapan Ridwan.

"Eh, kenapa Adhwa pula? Abang Acaplah yang sepatutnya cakap." Balas Adhwa sambil menolak sedikit badan Asyhraf ke hadapan sedikit ke hadapan.

"Masih nak berselindung lagi ke?" Tanya salah seorang penjahat yang tidak henti-henti melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka bertiga.

"Baiklah, kita perlukan rancangan." Kata Ridwan kepada kedua-dua anak didiknya.

...

*Polis Maritim*

"Tuan boleh tanya adik Iman ni." Kata Afiq kepada mentornya Aqasha.

"Amboi, suka-suka dia je cakap macam tu. Sekali Anis bukak jurus Silat kang baru hang tau langit tu tinggi ke rendah.." Balas Anis.

"Hah marilah kalau berani! Saya ada jurus Taekwando tau! Masuk-masuk.." Kata Afiq sambil membuat gaya sudah bersiap sedia mahu berlawan.

"Eleh, setakat ajaran orang Barat apalah sangat! Ini ajaran orang Timur tau!" Kata Anis sambil mula membuka kuda-kudanya.

"Kamu bertiga sudah dikepung! Apa susah? Kami cuma mahu mereka berdua sahaja, kemudian kami akan lepaskan awak, Ridwan...!" Kata salah seorang penjahat itu.

"Dia semakin menghampiri kita Tuan!" Kata Afiq dan Anis serentak.

...

*Komunikasi dan Teknologi Ketenteraan*

"Tuan, bilangan kesemua mereka ialah lima." Kata Harraz kepada mentornya Akim.

"Apa?" Tanya Akim sekali lagi dengan rasa kehairanan.

"Kesemua mereka bersenjata, kita pula hanya mempunyai bekalan senjata yang sikit. Bagaimana kita mahu kalahkan mereka?" Tanya Nurin sambil memandang ke arah mentornya, Akim.

...

"Tolong terus terang kepada saya, apa yang kamu berdua rahsiakan." Tanya Muhkriz sambil tersenyum memandang ke arah anak didiknya.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now