Selepas tamat satu hari sesi orientasi, kesemua pelajar dibenarkan keluar rehat di Kafeteria Akademi. Geng N.A.S.A kelihatan murung sahaja selepas sesi orientasi.
Kafeteria A.P.D.A terletak di bahagian barat berdekatan bangunan pentadbiran A.P.D.A. Kafeteria A.P.D.A mempunyai sebuah tasik yang cantik serta indah pemandangannya.
Geng N.A.S.A telah duduk di sebuah meja menghadap Tasik Akademi. Terdapat 8 buah tempat duduk di setiap meja makan.Terdapat juga Wi-Fi percuma yang boleh digunakan kepada setiap pelajar di sini.
"Korang, aku tak sanggup lagi nak teruskan belajar di sini.. " Kata Nurin sambil meletakkan mukanya di atas meja makan.
"Aku ingatkan Akademi ini sama seperti Universiti dan Kolej yang lain, rupa-rupanya keadaan di sini lebih teruk dari jangkaan aku.." Kata Syabila sambil meletakkan tangan kiri dan kanannya di dagu kepalanya.
"Anis rasakan, ini tempat untuk dibuli, bukannya belajar..." Kata Anis sambil bersandar di bahu Adhwa sambil duduk di kerusi plastik.
"Baru hari pertama sudah ada tugasan. Lebih teruk lagi, kena bekerjasama dengan musuh kita dari sekolah Menengah Tinggi! " Jerit Adhwa untuk melepaskan rasa marah dan tidak puas hati sambil menepuk dengan kuat permukaan meja makan besi itu menggunakan kedua belah tangannya.
Tiba-tiba, kedengaran perut Geng N.A.S.A berbunyi dengan kuat. Mereka belum sempat makan dari pagi tadi kerana terpaksa berlari ke sana dan sini akibat perlu mencari di mana lokasi kelas berada. Bangunan dan Dewan Kuliah sungguh besar, banyak serta luas di sekitar ini. Agak sukar bagi pelajar yang baru sahaja masuk ke dalam A.P.D.A untuk mencari Dewan Kuliah pada hari pertama.
"Aku tak kisah korang nak marah ke apa tapi yang aku tahu aku lapar dan aku nak pergi beli makanan." Kata Nurin, terus Nurin bangun dari tempat duduk dan pergi ke salah satu kedai di dalam kafe itu. Diikuti Syabila, Adhwa dan Anis.
Nurin membeli Nasi Lemak dan Air Sirap Limau, Anis membeli Laksa Kelantan dan Air Oren, Adhwa membeli 'Chicken Cop'dan Air Milo Ais dan Syabila membeli Nasi Ayam dan Air Sirap. Selepas selesai membeli makanan dan minuman, Geng N.A.S.A kembali ke tempat duduk mereka menghadap Tasik lalu meletakkan makanan dan minuman seterusnya duduk.
"Walaupun tadi Anis merungut tapi Anis mesti akui, makanan dan minuman di sini lebih murah dan berbaloi berbanding di luar. " Kata Anis.
"Adhwa pun setuju! Kuantiti makanan dan minuman di sini banyak walaupun dengan harga yang murah. " Jawab Adhwa.
"Tahap kebersihan makanan di sini juga lima bintang! " Jerit Syabila dengan sungguh teruja.
"Paling penting, makanan di sini semuanya Halal!" Kata Nurin.
"Sudah lah tu, jom makan! " Kata Adhwa.
"JOM! " Jawab Geng N.A.S.A secara serentak.
"Tapi sebelum itu, kita kenalah baca Doa makan.." Kata Nurin.
"Ok." Jawab Geng N.A.S.A dengan serentak.
Geng N.A.S.A menikmati makanan mereka dengan seluruh berselera. Tiba-tiba, muncul Geng F.A.H.A entah dari mana lalu terus duduk satu meja bersama Geng N.A.S.A.
Terus satu Geng N.A.S.A terkedu dan ada yang hampir tercekik kerana Geng F.A.H.A secara tiba-tiba sahaja duduk di meja yang sama bersama mereka.
"Hei, banyak lagi tempat duduk di Kafe ini, pergilah tempat lain." Kata Syabila sambil membuat gaya menghalau kucing.
"Eh, menghalau nampak? " Balas Fawwaz dengan gaya seperti muka berlagak.
"Memang menghalau pun! " Balas Syabila balik. Dia pun menyambung menikmati makanannya yang sudah hampir sejuk.
"Apa korang nak? " Tanya Nurin samvil melihat Geng F.A.H.A dengan mata yang menyeramkan.
"Saje je Senior nak duduk makan dengan junior mereka."Kata Afiq.
"Korang, 'just street to the point' je lah..."Cakap Anis.
"Tugasan yang baru sahaja mentor kita semua beritahu tadi bermula sekarang!" Jerit Harraz dengan sekuatnya.
Geng N.A.S.A yang baru sahaja mahu menikmati minuman mereka tersembur kepada muka Geng F.A.H.A. Terus wajah Geng F.A.H.A basah disembur dengan minuman manis.
"Ish, apa ini?! " Jerit Harraz yang mukanya dibasahi dengan Air Sirap Limau Nurin.
"Korang jangan main-main, perkara macam ini tidak sepatutnya dibuat lawak." Tanya Adhwa kepada Keempat-empat lelaki ahli Geng F.A.H.A.
Ashyraf mengelap mukanya menggunakan tisu yang berwarna merah jambu kemudian menjawab, "Betul lah, tak kan lah kami nak tipu. "
"Korang, aku tarik balik kata-kata aku pasal tempat ni. Tempat ni lagi teruk berbanding di Sekolah Menengah Tinggi kita dahulu" Kata Nurin sambik mengambil satu Tisu dan mengelap bibirnya.
"Aku rasa cara paling baik untuk melepasi semua masalah ini ialah... Kita buat permohonan tukar Akademi ke Universiti lain." Kata Syabila kepada seluruh Geng N.A.S.A.
"Adhwa setuju! "
"Ok jom! " Terus Geng N.A.S.A bangun dari tempat duduk mereka llau berlari menuju ke Pejabat Pentadbiran Akademi.
"Hei tunggu, mana korang semua nak pergi hah?! " Jerit Asyhraf kepada Geng N.A.S.A yang sedang berlari menuju ke Pejabat Pentadbiran Akademi.
"Kejar mereka! " Jerit Afiq sambil mengarahkan pasukannya mengejar Geng N.A.S.A iaitu junior mereka berempat.
Permainan kejar-mengejar pun bermula.. Apalah nasib Geng. N.A.S.A dapat masuk ke Akademi yang pelik seperti ini. Tambahan pula, terpaksa bekerjasama dengan musuh terbesar mereka berempat dari sekolah Menengah Tinggi. Apakah yang akan terjadi selepas ini?
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...