BAB 26: PERANCANGAN JANJI TEMU PERTAMA

101 14 0
                                    

Keesokannya..jam 0700 pagi, hari Sabtu. Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A masih lagi tidur di dalam asrama atau dorm mereka dengan lenanya sehingga terlupa akan sesuatu yang sangat penting pada hari ini.

Kecuali salah seorang daripada ahli kumpulan N.A.S.A dan F.A.H.A iaitu Adhwa dan Ashyraf. Mereka masih lagi bermesej melalui applikasi Whatsapp.

Ashyraf:
Adhwa, awak free tak hari ini?

Adhwa:
Rasanya free lah kot, kenapa?

Asyhraf :
Saya ingat hari ni nak ajak awak pergi jalan-jalan dekat sini-sini. Kita pergi tengok wayang?

Adhwa masih lagi tidak menjawab pertanyaan Asyhraf, mukanya telah merah pendam, hatinya berdegub kencang, tangannya menggigil dan otaknya bercelaru mahu menaip sama ada 'ya'ataupun 'tidak'.

Asyhraf :
Saya tahu yang kita ada pergaduhan dan masalah yang masih lagi belum selesai tetapi, tidak boleh ke kalau kita tolak tepi dahulu? Satu hari sahaja, kemudian awak nak bermusuh balik dengan saya ke apa ke buatlah.

Adhwa masih lagi tidak menjawab pertanyaan Asyhraf. Di papan keybord nya sudah tertaip perkataan 'ya'tetapi Adhwa masih lagi sedang berfikir. Hatinya berdegub semakin kencang, fikirannya masih lagi memikirkan mahu mengatakan 'ya' ataupun 'tidak'.

Asyhraf:
Jika awak tak sudi, tak mengapalah.

Tiba-tiba Asyhraf terus Offline daripada Whatsapp, Adhwa yang masih lagi sedang memikirkan tawaran Asyhraf Tiba-tiba jari telunjuk tangan kanannya secara automatiknya telah menekan butang 'send' mesej perkataan 'ya' kepada Whatsapp Chat Asyhraf. Asyhraf pula secara Tiba-tibanya 'online' kembali lalu hatinya berdegup dengan kencang. Terus Asyhraf membalas...

Asyhraf:
Ok, nanti saya akan cuba minta cuti untuk kita berdua daripada Tuan Ridwan. Awak bersiap lah dahulu ya, nanti kita jumpa di lobi Alademi selepas solat Zohor ya? Bye, Assalamualaikum.

Adhwa:
Ok, In Shaa Allah. Waalaikumsalam.

Mereka berdua pun terus 'Offline' lalu melompat kegembiraan.

"Aduhh, Adhwa nak pakai baju apa ya? Yayyy! Seronoknya nak pergi 'dating'dengan Abang Acap!" Jerit Adhwa dengan perasaan keriangan. Tanpa Adhwa sedari, jeritan dia telah membuatkan ahli Geng N.A.S.A yang lain terjaga daripada tidur yang lena.

"Adhwa ni dah kenapa melompat macam monyet terlepas kandang?" Kata Anis sambil memerli Adhwa.

"Ish, Anis ni kan!" Balas

"Cuba bagitahu kitorang apa yang kau gembira sangat ni? Sampai melompat macam orang tak betul?" Tanya Nurin dengan rasa ingin tahu.

"Sebernanya...hihihi, malulah nak cakap.." Kata Adhwa sambil tersengih-sengih seorang diri sambil bergerak ke kiri dan kanan.

"Ai, kang ada yang kena baling dengan bantal ni kan..." Kata Anis sambil memegang satu bantal besarnya yang berat juga.

"Sebernanya...hihihi, Adhwa malulah..." Kata Adhwa lagi sekali.

"Ai...Adhwa ni dah tak lama hidup dah ni.." Perli Syabila kepada Adhwa yang masih lagi tersengih-sengih berseorangan di suatu sudut di atas katil 'single' nya.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now