Setelah lama diudara, Geng M.A.R.A berjaya mendarat dengan selamat di salah sebuah pokok yang besar, tinggi serta telah berusia lebih 100 tahun.
Mereka membuka beg payung terjun itu lalu dibuangnya ke bawah, "semua okay?" Tanya Muhkriz sambil membetulkan topi keledarnya. Rakan-rakannya memandang wajah Muhkriz sambil tersenyum lalu berkata serentak, "Okay." Mereka mulai turun menuruni pokok tinggi tersebut dengan melakukan lompatan. Setelah selamat kaki menjejak tanah, mereka mengeluarkan sepucut pistol hitam yang diisi penuh dengan peluru lalu mulai berjalan menuju ke lokasi Geng N.A.S.A yang berada tidak jauh dari kedudukan lokasi mereka.
Ridwan, mengeluarkan radar penjejak untuk mengesan lokasi Geng N.A.S.A, Geng M.A.R.A sempat meletakkan alat penjejak di dalam peranti telephone mereka semua. Bukan hanya Geng N.A.S.A sahaja, malah, telephone Geng F.A.H.A juga turut diletakkan penjejak peranti di dalamnya.
ALAT PERANTI RADAR PENJEJAK LOKASI.
"Arah sini. Cepat." Kata Ridwan sambil memimpin Geng M.A.R.A ke lokasi kejadian.
.....
Selepas lama berlari ke hulu ke hilir, akhirnya Qayyum dan Fyfy berjaya meloloskan diri daripada kegilaan para peminat. Tiada sesiapa tahu bagaimana Qayyum boleh mempunyai ramai peminat seperti Geng F.A.H.A. Qayyum dan Fyfy bersembunyi di belakang bangunan Markas Unit SWAT. Tercungap-cungap Qayyum dan Fyfy akibat berlari tidak henti-henti seperti di dalam pertandingan Merentas Desa Tahunan.
"Okay, sekarang sudah selamat." Kata Qayyum sambil melihat keadaan disekeliling A.P.D.A.
"Qayyum, betul ke fasal tadi?" Tanya Fyfy perlahan sambil menatap wajah Qayyum. Qayyum memandang wajah Fyfy yang keletihan itu, namun dia tidak memberikan apa-apa respons, Qayyum hanya menunjukkan perubahan riaksi wajahnya sahaja. Dia tidak dapat berkata apa-apa kerana tidak terlintas di fikirannya pun mahu mengeluarkan ayat itu.
"Awak duduklah dahulu, biar saya pergi ambilkan air." Kata Qayyum cuba mengubah topik perbualan mereka. Fyfy kemudian bangun daripada tempat duduknya lalu menghalang laluan Qayyum yang ingin melarikan diri. Kelakuan Fyfy itu terus memberhentikan langkah Qayyum. Qayyum hanya mampu melihat wajah Fyfy yang tampak sedikit marah bercampur letih serta peluh yang mengalir di wajahnya.
"Awak maksudkannya ataupun tidak?" Tanya Fyfy lagi sekali, dia inginkan kepastian. Namun situasinya sama sahaja, Qayyum tidak menjawab pertanyaan Fyfy dan hanya membiarkan sahaja ia tidak berjawab. Wajah Qayyum mula bertukar menjadi merah pendam, wajahnya yang kacak itu mulai bertukar menjadi pemalu. Terus Qayyum memalingkan wajahnya daripada pandangan Fyfy.
"Saya dah agak, semua lelaki sama sahaja!" Fyfy melontarkan kata-kata itu kepada Qayyum lalu melangkah pergi, namun belum sempat dia berlalu pergi Qayyum memegang tangan kanan Fyfy yang dialaskan dengan sarung tangan getah putih Qayyum, terus pergerakan Fyfy terhenti dan statik.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...