BAB 4: TUGASAN MENGEJUT

180 22 2
                                    

Dengan rasa marahnya, Mentor Ridwan berkata, "Kamu berdua ini berada di dalam satu pasukan! Bagaimana kamu berdua mahu menyelesaikan tugasan yang diberikan jika berkelakuan begini?! "

Kesemua mentor di A.P.D.A mengenakan pakaian mereka mengikut bidang yang diberikan.

Adhwa dan Ashyraf terkaku sebentar setelah mendengar kata-kata daripada mentor Ridwan.

"Saya ok sahaja Tuan, cuma orang di sebelah saya ini sahaja yang pelik." Sindir Ashyraf sambil menjeling Adhwa.

"Siapa yang awak panggil pelik itu, hah?! " Balas Adhwa sambil marah.

"Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula?" Kata Ashyraf kepada Adhwa.

"Siaplah awak nanti..."Gertak Adhwa kepada Ashyraf.

"Eh, saya memang sudah lama bersiap. Awak sahaja yang belum." Balas Ashyraf dengan menaikkan kening kanannya.

"Ya Allah, manusia ini...!" Marah Adhwa kepada Asyhraf.

"Eh, saya memang manusia pun." Balas Asyhraf dengan gaya muka seakan-akan seperti mamat poyo.

Kata-kata Asyhraf telah membuatkan tahap kemarahan Adhwa sampai ke tahap maksimum!

"Sudah! Bersedia untuk menjalankan tugasan! " Jerit Mentor Ridwan dengan kuat kepada anak didiknya untuk menghentikan pertelingkahan diantara mereka berdua.

Asyhraf dan Adhwa menjerit sekuatnya secara serentak, "TIDAK!!!!!"

...

"Ya Allah Ya Tuhanku, kenapalah kau satukan aku dan si Harraz ini di dalam satu kelas dan satu pasukan..?" Nurin mengeluh setelah masuk ke dalam kelasnya.

"Hei, awak ingat awak seorang sahaja ke yang tidak suka berpasukan? Saya lebih hebat apabila bekerja secara Solo tahu?" Kata Harraz kepada Nurin dengan muka berlagaknya.

"Ouh, iya ke? Tak tanya pun?" Balas Nurin kepada Harraz sambil mencekak pinggangnya.

Harraz dan Nurin saling berpandangan sambil membuat muka riaksi marah dan tidak puas hati. Tiba-tiba, Mentor Akim melibas rotannya yang paling panjang sepanjang 100 CM ke bahagian tengah antara Nurin dan Harraz.

Nurin dan Harraz menggeletar kemudian menoleh kepala ke hadapan secara serentak memandang muka Mentor Akim.

"Kamu berada di sini untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu bukan? Jadi lakukan seperti itu boleh?" Tanya Mentor Akim sambil memandang ke arah muka kedua-dua anak didiknya dengan riaksi ganas sekali.

Lantas Nurin dan Harraz mengangguk laju tanpa henti sehinggalah Mentor Akim mengangkat kembali rotannya itu.

Selepas dimarahi oleh mentor Akim, mereka mulai berjalan perlahan sambil menundukkan kepala mereka serta membongkokkan badan mereka dan duduk di meja dan kerusi yang sudah ditetapkan kepada mereka berdua. Mereka pun duduk di tempat masing-masing.

"Ini semua awak punya fasal..! " Kata Harraz sambil berbisik perlahan kepada Nurin.

"Eh, saya pula.? Awak yang mulakan dahulu..?!" Balas Nurin berbisik kepada Harraz.

Tiba-tiba, bisikan Nurin dan Harraz sampai ke telinga Mentor Akim yang berada tidak jauh di hadapan mereka.

"Ehem! Ada masalah ke?" Tanya Mentor Akim kepada Nurin dan Harraz sambil mencekak pinggangnya.

"Err, tiada apa-apa Tuan! " Pantas Nurin dan Harraz menggeleng kepala selaju mungkin.

Hari pertama Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A tidak berjalan seperti yang diharapkan. Adakah mereka mampu menjalankan tugas bersama? Ataupun kecundang bersama di hari pertama di Akademi?

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now