"Anis dan Afiq, saya letakkan kamu berdua di dalam satu kumpulan yang akan diketuai oleh saya. Tiada soalan dan tiada bantahan! Jelas semua? " Kata Mentor Aqasha kepada Afiq dan Anis dengan nada lembut.
"Sekejab, saya kurang jelas.. Maksud tuan.. Saya dan Afiq ini..?"
"Satu kumpulan? Tuan biar betul ni..?"
"Saya lebih selesa bergerak solo daripada perlu berkerjasama dengan si mamat poyo ini!" Kata Anis dengan nada suara yang tinggi sambil memandang dengan pandangan tajam ke arah Senior Afiq.
"Hei! Siapa yang awak panggil mamat poyo hah?!!" Jerit Afiq di sebelah telinga Anis sekali lagi.
"Tidak perlulah menjerit berdekatan dengan telinga saya!" Jerit Anis kembali kepada Afiq.
"Awak nak lawan ke?! " Tanya Afiq sambil menunjukkan buku lima di tangan kanannya kepada Anis.
"Kalau berani MARILAH! " Jawab Anis dengan penuh yakin.
Tiba-tiba Mentor Aqasha membaling dua pemadam papan putih kepada Afiq dan Anis. Balingannya tepat mengenai muka Anis dan Afiq sehinggakan mereka terjatuh daripada kerusi yang mereka duduki tadi.
"Apa ini cikgu? " Tanya Afiq dan Anis dengan serentak sambil mengelap kesan debu hitam daripada pemadam papan putih tadi daripada muka mereka.
"Kalau korang nak kena lebih teruk, buatlah bising lagi.." Mata Mentor Aqasha memandang tepat ke dalam mata Afiq dan Anis dengan pandangan jahat.
"Tidak mengapa Tuan, kami akan senyap mulai..." kata Anis dengan perlahan bertanda dia sedang memikirkan ayat seterusnya yang mahu disambung. Tetapi terus disambung oleh Afiq.
"Minggu depan? " Kata Afiq perlahan.
"Apa?!! " Jerit Mentor Aqasha dengan kuat. Matanya menjadi bulat dan bebola hitam anak matanya mengecil.
"Err... Bulan depan? "Kata Anis perlahan.
"Hah, saya tahu! Tahun depan! " Jerit Afiq dengan rasa terlebih yakin dengan jawapannya.
Mentor Aqasha membaling dua maker pen papan putih yang berwarna merah tepat ke arah kaki Afiq dan Anis.
Afiq dan Anis menjerit kesakitan. Mereka memegang kaki kanan mereka yang sakit dengan kedua-dua belah tangannya.
"Saya cakap sekali sahaja, ikut arahan saya atau hadapi denda saya. Faham?!! " Kata Mentor Aqasha kepada Anis dan Afiq dengan pandangan menakutkan.
Mereka berdua menjawab serentak dengan tergagap sedikit, "Fa.. Faham Tuan.."
...
"Adhwa, apa sebab kamu lambat? " Tanya Mentor Ridwan kepada Adhwa sambil berdiri di hadapan Adhwa di dalam lingkungan 5 meter.
"Saya.. "Belum sempat Adhwa menghabiskan ayatnya terus dipintas oleh Ashyraf.
"Perempuan biasalah, mesti perlu memakai make up dan berdandan lama-lama..." Kata Ashyraf dengan muka tidak bersalah.
"Apa Abang Ashyraf kata?! " Kata Adhwa sambil menunjukkan buku limanya pada Ashyraf.
Ashyraf pula menunjukkan kakinya gaya hendak menendang orang.
"Kaki nak kaki? " Tanya Ashyraf kepada Adhwa.
"Hei sudah!" Mentor Ridwan terus mengetuk kepala Adhwa dan Ashyraf menggunakan buku limanya. Terus secara automatiknya mereka berdua memegang kepala mereka menggunakan kedua belah tangan mereka untuk menahan kesakitan.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
MaceraSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...