BAB 14: RAHSIA TERBONGKAR

118 19 0
                                    

"Maafkan kelakuan mereka, mereka masih baharu di sini." Kata Mentor Akim.

" Kata Mentor Akim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akim

"Tidak mengapa, mari kita terus kepada topik perbincangan utama kita." Kata Komander Nazry.

Ejen Kumar bangun daripada tempat duduknya lalu berjalan ke bahagian tengah bilik itu."Saya pasti ada sebab mengapa Ahli Organisasi gelap itu mahu menyasarkan kamu berlapan. Tetapi persoalan, apa?"

Kelapan-lapan pelajar itu memandang sesama sendiri mereka.

Ejer Kumar datang terjah ke arah meja mereka berlapan lalu ditepuknya meja mereka dengan kedua belah tangannya yang kuat lalu berkata, "cakap sekarang, apa yang telah kamu semua lakukan, hah?!! "

Kelapan-lapan pelajar itu terkejut dengan kata-kata dan riaksi oleh Ejen Kumar. Ada yang mahu menangis ketakutan, ada yang sudah seram sejuk dan ada yang nak pengsan kekakuan.

"Sa...saya..." Kata Harraz dengan teragak-agak dan ketakutan.

"Apa yang kamu cuba rahsiakan, hah?!" Kata Ejen Kumar sambil memintas percakapan Harraz.

"Kami..." Sambung Afiq perlahan.

"Mengaku cepat!" Kata Ejen Kumar memintas lagi.

"Kitorang.." Kata Fawwaz.

"Jawab dengan jujur!" Kata Ejen Kumar.

"Tuan.." Kata Ashyraf.

"Cakap sekarang!" Jerit Ejen Kumar.

"Tuan! Biar kami jelaskan dahulu! "Kata Syabila sambil berdiri menghadap ke arah Ejen Kumar.

"Saya mengaku, saya yang rancang semua ini! Mereka tidak ada kena mengena di dalam hal ini! Tuan boleh hukum saya..." Kata Syabila sambil memandang tajam ke dalam mata Ejen Kumar. Berbangsa India yang sudah berumur di dalam lingkungan 38 tahun.

"Rancangan apa yang kamu maksudkan?" Tanya Y.B Syazwan selaku Ketua Imam Negara.

"Maaf, tetapi saya dan kawan-kawan saya tidak boleh beritahunya." Kata Syabila.

"Kenapa?" Tanya Y.B Syazwan lagi.

"Ini kerana, Kami tidak mempercayai sesiapa pun yang berada di dalam bilik ini kecuali..." Kata-kata Syabila terhenti sebentar kemudian di celah oleh suara Komander Nazry.

"Kecuali siapa?" Tanya Komander Nazry sambil memandang ke arah Syabila.

"Mentor kami..iaitu..." Kata-kata Syabila perlahan kemudian ditambah oleh rakan-rakannya. 

"Tuan Muhkriz." Kata Fawwaz.

"Tuan Aqasha." Kata Anis dan Afiq.

"Tuan Ridwan." Kata Ashyraf dan Adhwa.

"Tuan Akim." Kata Harraz dan Nurin.

Terus satu bilik mesyuarat senyap sunyi. Tiada bunyi selama beberapa minit, mata semua orang tertumpu kepada empat orang mentor Akademi yang namanya baru sahaja disebut tadi.

Selepas beberapa minit, Mentor Muhkriz memulakan bicara, "N.A.S.A, F.A.H.A jumpa kami selepas ini seorang demi seorang di pejabat saya. Kamu semua boleh keluar."

Kelapan-lapan pelajar itu berdiri tegak dan mula meletakkan tangan kanan mereka ke bahu kiri mereka sambil menunduk hormat. "Baik Tuan!" Kemudian mereka berlapan beransur pergi dari Bilik Citra tersebut.

"Macam mana kamu berempat mengajar pelajar kamu, hah?! " Tanya Ejen Kumar sambil memarahi kepada keempat-empat Mentor tersebut.

"Ejen Kumar, bertenang. Mungkin mereka ada sebab mereka tersendiri." Pujuk Komander Nazry kepada Ejen Kumar.

"Sebagai selaku Ketua Pasukan M.A.R.A, saya memohon maaf atas kesilapan anak didik kami. Kami akan berusaha untuk menyiasat apa yang disembunyikan oleh mereka." Kata Muhkriz sambil berdiri.

"Bagus idea itu, maklumkan kepada kami selepas selesai sahaja kamu menyoal mereka, ya?" Kata Komander Nazry dengan rasa tenang.

"Baiklah, mesyuarat kita pada hari ini sudah selesai. Ahli mesyuarat Citra boleh bersurai sekarang." Kata Akim.

"Nampaknya mereka seperti ada masalah? Baiklah, permainan bermula..." Kata seseorang dari tempat yang gelap.

Selesai sudah perbicaraan pada hari ini, tetapi rahsia Geng N.A.S.A sudah terbongkar, Geng F.A.H.A juga tidak tahu apa-apa mengenai rancangan Geng N.A.S.A sebelum ini. Apakah yang akan dilakukan oleh keempat-empat mentor Akademi tersebut? Siapakah orang misteri yang sering mencuri dengar perbualan di Akademi pada setiap masa?


AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now