BAB 38: BEG BIMBIT HITAM

104 14 0
                                    

"Kita berpecah..."

"Secara berpasangan, FS pergi ke bahagian Selatan Markas ini. HN pergi ke bahagian Barat Markas ini." Kata Afiq, ala-ala ingin menjadi seorang ketua kecil.

"AAD akan pergi ke bahagian Timur Markas ini. Dan AA akan ke bahagian Utara Markas ini." Kata Anis, ala-ala ingin menjadi Ketua kecil dan ingin membuktikan bahawa dialah yang paling hebat berbanding Afiq.

"Sekejab, siapa FS, HN semua tu?" Tanya Adhwa dengan kebingungan.

"FS, Fawwaz dan Syabila, HN, Harraz dan Nurin." Kata Afiq sambil memandang ke arah Adhwa dengan pandangan serious!

"AAD, Ashyraf dan Adhwa, dan AA Afiq dan Anis."Kata Anis sambil tersenyum sinis memandang Afiq.

"Ouhhhhh...dah pandailah kawan kita ini." Kata Adhwa sambil tersengih-sengih memandang Ania.

"Betul tu. Nak juga...berkepit dengan si 'dia' itu." Kata Syabila sambil tersengih memandang Afiq dan Anis seperti sebuah merpati sejoli.

Terus wajah Afiq dan Anis kemerahan bertanda mereka malu dengan usikan itu.

"Mari kita mulakan, kita mesti selesaikannya sebelum hari menjelang malam." Kata Syabila memecah kesunyian dan kemeriahan sebentar tadi.

"Okay." Kata kelapan-lapan mereka serentak. Terus mereka memulakan pencarian sebuah benda yang tidak diketahui unsur sebernanya, andaiyan Syabila, kemungkinan mereka perlu mencari tempat saluran udara yang menghubungkan kepada siling bahagian utama.

"Mana benda yang kita cari ini?" Tanya Adhwa sambil membelek-belek semak samun disekeliling kawasan Markas itu.

Adhwa tidak menyangka bahawa tempat yang dicarinya itu terdapat CCTV yang sedang aktif. Terus secara automatiknya Ashyraf menarik tangan kiri Adhwa menggunakan tangan kanannya dan masuk ke bahagian belakang sebatang pokok besar untuk menyorok. Adhwa terkejut dengan tindakan refleks yang dilakukan oleh Ashyraf lalu dia memukul bahu Ashyraf berkali-kali. Adhwa cuba untuk menjerit meminta pertolongan tetapi mulutnya diterkup menggunkan tangan kiri Ashyraf dan Ashyraf membuat bunyi "Shhhhhh..." untuk memberitahunya supaya diam.

Mata Ashyraf melilau ke arah CCTV yang sedang bergerak itu, Adhwa perasan yang mata Ashyraf sedang melihat sesuatu, lalu Adhwa pun memandang ke arah yang sama Ashyraf pandang. Adhwa mulai faham mengapa Ashyraf melakukan tindakan sebegitu rupa.

"Ok, sekarang selamat."

Tiba-tiba kaki kiri Ashyraf dipijak dengan sekuatnya menggunakan kaki kanan Adhwa. Terus Ashyraf terasa mahu menjerit kesakitan tetapi terus mulutnya diterkup oleh tangan kanannya.

"Awak ni dah kenapa.....?!" Kata Ashyraf dengan nada sedikit perlahan dan marah kepada Adhwa.

"Itu balasannya sebab memegang tangan saya." Kata Adhwa sambil membuat gaya sedikit marah dengan menyilangkan kedua belah tangannya.

"Aduhh, jika patik tahu akan jadi begini, sudah pasti patik akan membiarkan sahaja Tuanku terkena perangkap samak tadi." Kata Ashyraf perlahan sambil memerli Adhwa yang sedang memandang jam tangan berwarna merah jambunya yang baharu di tangan kirinya itu.

"Berani tuan hamba mahu membiarkan beta terkena perangkap samak tersebut?!" Tanya Adhwa dengan nada sedikit marah sambil mencengkak kedua belah tangannya pada bahagian sedikit ke atas pingang badannya itu.

"Eh, apa salahnya? Tuanku sendiri yang memarahi patik untuk menyelamatkan Tuanku bukan? Jadi daripada dimarahi baik patik menyelamatkan diri patik terlebih dahulu daripada menyelamatkan Tuanku yang akhirnya akan memarahi patik juga." Kata Ashyraf kepada Adhwa.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now