Satu hutan tiba-tiba mulai berkabus, asap mula menyelubungi hampir keseluruhan hutan itu. Salah seorang ranger hutan yang bertugas di situ mulai rasa curiga lalu dia mulai menalefon Unit Bomba dan Penyelamat, dia memberitahu kepada pihak Bomba itu bahawa hutan itu sedang mengalami kebakaran yang teramat serious serta dia terdengar suara seseorang menjerit di dalam hutan itu. Pihak Bomba dan Penyelamat menganggap bahawa terdapat kebakaran hutan yang serious lalu dia mengarahkan satu helikopter Bomba, satu lori Bomba serta sebuah Ambulans untuk ke sana.
Selepas beberapa minit, Pihak Bomba dan Penyelamat telah tiba di lokasi kejadian, hutan kelihatan semakin menebal dengan asap pemedih mata yang tidak henti-henti mengembang. Komander Unit Bomba dan Penyelamat, Qilaf Sulaiman yang mengetuai operasi itu kelihatan hairan, matanya mula berasa kepedihan yang teramat lalu dia mengarahkan pegawai bawahannya memakai topi serta kaca mata keselamatan demi menjaga mata mereka daripada pedih terkena asap itu.
"Siapa yang menalefon unit kita tadi?" Tanya Komander Qilaf kepada ahli pasukan unitnya.
"Irfan, salah seorang Ranjer hutan di sini." Balas Harun, salah seorang ahli pasukan Komander Qilaf. Seorang yang mahir memanjat tempat yang tinggi serta mahir mengendalikan talian komunikasi unit khas Bomba dan Penyelamat. Semasa mereka semua sedang berbincang, tiba-tiba Irfan datang mencelah dari belakang Komander Qilaf. Kelakuannya itu mengakibatkan satu unit Khas Bomba itu terkejut sehingga menyebabkan Qilaf tertumbuk perut Irfan. Terus Irfan memegang perutnya menggunakan kedua belah tangannya akibat mahu menahan rasa senak di perut yang teramat sangat! Sesiapa sahaja pasti berasa begitu jika ditumbuk dengan salah seorang ketua Bomba yang yang paling kuat dan sado.
"Eh, maaf. Awak tak apa-apa?" Tanya Qilaf dengan rasa sedikit cemas kepada Ranjer hutan itu. Ranjer hutan itu mengankat tangan kirinya paras lengannya untuk menandakan dia tidak apa-apa.
"Ada perkara yang lebih penting daripada itu sekarang ini." Kata Irfan dengan suara seraknya, dia mulai bangun perlahan-lahan sambil memegang perutnya mengunakan tangan kanannya untuk menahan rasa senak di perut. "Saya terdengar ada suara beberapa orang sedang berlawan di dalam sana, tetapi saya tidak nampak sesiapa di dalam sana." Terang Irfan kepada kesemua ahli unit Bomba itu.
"Apa? Awak dengar suara beberapa orang di dalam sana tetapi tidak nampak orangnya?" Tanya Siddiq semula kepada Irfan yang hanya mengangguk sejak tadi.
"Adakah.....itu adalah....entiti..." Tiba-tiba Choong yang berwajah cina itu mulai bersuara tergetar-getar, dia salah seorang ahli Bomba yang berfikiran paronoid dalam semua benda. Terus kepalanya terasa sakit akibat dipukul oleh kembar tiga seiras yang bernama Adin, Aidan dan Aizan. Hanya mereka bertiga sahaja kembar yang terdapat di dalam unit Bomba di sekitar daerah itu. Adin adalah abang sulung, Aidan pula adik keduanya manakala Aizan adalah adik bongsu. Mereka bertiga adalah kembar seiras, dan mendapat gelaran tiga putera Bomba kerana wajah mereka yang putih dan kacak.
"Awak ni paranoid sangatlah!" Kata Adin kepada Choong yang sentiasa berfikir perkara yang bukan-bukan.
"Bagaimana sekarang ini? Apa rancangan Tuan-tuan semua?" Tanya Irfan kepada sekumpulan unit Bomba itu.
"Harun, Syifa, cuba dapatkan maklumat beberapa orang yang berada di dalam hutan itu. Jika boleh, cuba dapatkan siapa identiti mereka sekali." Kata Qilaf sambil memberikan arahan kepada Harun dan pembantu wanita Harun, Syifa. Syifa adalah satu-satunya anggota wanita di dalam unit Bomba. Wajahnya putih, mulus dan cantik serta memakai kaca mata bulat. Sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan jatuh hati. Namun, Syifa bukanlah seorang wanita yang mudah cair dan jatuh hati dengan mudah kepada seseorang itu walaupun dia sekacak Putera Raja. Dia digelar dengan gelaran Puteri Bomba. Dia juga berkawan rapat dengan tiga Putera Bomba sejak kecil lagi. Rumah tempat kediaman mereka pun sebelah-menyebelah di dalam satu taman.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...