BAB 24: LAKONAN

88 15 4
                                    

"Fahmi, keadaan lebih teruk daripada sangkaan kita. Apa rancangan kamu?" Kata Muhkriz menggunakan Walkie Talkie nya.

Malangnya, di dalam kawasan berdekatan empangan tersebut tiada signal yang kuat lalu menyebabkan kesemua talian komunikasi menjadi tidak lancar.

"Fahmi? Fahmi sila jawab!" Kata Muhkriz di dalam Walkie Talkie nya. Namun apakan daya, tiada seseorang pun yang menjawab panggilan yang dibuat oleh Muhkriz melalui Walkie Talkie.

...

Di kawasan kedudukan Fahmi juga mengalami gangguan signal yang teruk. Disebabkan gangguan tersebut, percakapan perhubungan mereka diantara Walkie Talkie tersebut menjadi tersekat-sekat.

"Fahmi...ksst...kea..ksst..le..ksst... ruk..ksst....ripada..ksst...sangka...ksst....an...ki...a.ksst...ngan ..ksst
...ka...mu..ksst..." Kata-kata Muhkriz menjadi tersekat-sekat, maklumat yang ingin disampaikan olehnya menjadi tidak jelas.

"What? Sir pleese repeat again, I cannot heard clearly what you want to say?!!" Kata Fahmi. Tetapi hasilnya tetap sama, semakin lama hubungan diantara jarak penggunaan Walkie Talkie semakin lemah.

"What..Sir...ksst...peat...in...kss....ksssssssssttttttt....wan.....kssstttt...s....ay?!!" Kata-kata Fahmi di dalam Walkie Talkie Muhkriz menjadi tersekat-sekat. Semakin lama suara Fahmi menjadi semakin sukar untuk didengari.

"Sekarang bagaimana ni Tuan?" Tanya Adhwa kepada Muhkriz.

"Kita terpaksa lakukannya semdiri..." Kata Muhkriz kepada kesemua anak didiknya.

"Skuad, ini masanya untuk tunjukkan kehebatan kita semua!" Kata Syabila untuk memberi semangat kepada kesemua kawan-kawannya.

"Betul tu! Sekali sekala kita perlu bertindak mengikut naluri kita juga!" Kata Adhwa sambil meletakkan tangan kanannya dengan lurus kehadapan kawan-kawannya.

"Jadi apa kita tunggu lagi? Sudah tiba masanya untuk kita turun padang." Kata Anis sambil meletakkan tangan kanannya di atas tangan Adhwa.

"Mari tunjukkan kehebatan dan kekuatan kita Geng!" Kata Nurin dengan meletakkan tangan kanannya di atas tangan Anis dan Nurin.

"Let's do this Geng!" Sambung Syabila sambil meletakkan tangannya di atas tangan ahli Geng N.A.S.A yang lain.

"Selalunya kami tidak setuju dengan kamu semua, tetapi kali ini ada betulnya." Kata Fawwaz sambil meletakkan tangan kanannya di atas tangan Syabila.

"Tak ada salahnya juga? Why not we try first?" Kata Harraz dengan meletakkan tangan kanannya ke atas tangan Fawwaz.

"Aku setuju! Ini masanya untuk sedarkan penjahat itu semua bahawa A.P.D.A ini sebuah institusi yang bukan mudah dikalahkan!" Kata Ashyraf dengan meletakkan tangan kanannya di atas tangan Harraz.

"Alright, let's do this!" Kata Afiq sambil meletakkan tangan kanannya di atas tangan Asyhraf.

"Tuan pun sebahagian daripada pasukan ini, marilah Tuan." Kata Afiq.

"Why not kan?" Kata Muhkriz dengan meletakkan tangan kanannya di atas tangan Afiq. Dituruti oleh Geng M.A.R.A yang lain.

"A.P.D.A THE LIGHT! NOTHING CAN STOP US NOW!" Jerit mereka semua orang lalu menghayunkan tangan mereka semua serentak ke udara.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now