Mentor Muhkriz itu pun terus memberitahu kepada pelajar-pelajarnya mengenai rancangan mereka.
Mentor Muhkriz
Pelajar-pelajar Akademi itu sungguh terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh mentor mereka. Afiq sahaja yang kurang rasa terkejut kerana dia sudah tahu mengenai ini terlebih dahulu.
"Jika itu arahan Tuan, kami mengikut perintah." Kata Geng F.A.H.A dengan meletakkan tangan kanan mereka ke bahu kiri sambil menunduk tanda hormat.
"A...apa? Biar betik..?" Kata Adhwa sengaja mahu menceriakan suasana keadaan.
"Ish Adhwa ini, betik...betik..asyik ingat makan sahaja tahu..." Kata Anis.
"Afiq, kamu diberi cuti tambahan selama sehari." Kata Mentor Aqasha sambil memandang ke arah Afiq dengan riak wajah serius.
Mentor Aqasha
"Alhamdulillah...!" Kata afiq dengan penuh kesyukuran, tetapi mukanya tetap serius.
Afiq
"Tetapi walaupun begitu, kamu masih lagi perlu menjalankan tanggungjawab kamu sebagai BODYGUARD' Anis. Tidak kiralah di mana kamu berada ataupun di dalam keadaan apa sekali pun." Kata Mentor Aqasha kepada Afiq.
"Alahhhh, apa ini Tuan? Kata tadi saya dapat cuti tambahan sehari?" Kata Afiq dengan rasa hairan.
"Kamu itu senior Anis, jaga sikit reputasi kamu itu!"bMarah Aqasha kepada Afiq sambil memandang tajam ke arahnya. Terus satu bulu roma Afiq naik menegak tinggi.
"Baiklah Tuan...." Balas Afiq dengan rasa sedikit kecewa.
"Kami pergi dahulu, jangan lupa selepas kamu semua selesai solat Asar, berkumpul di dalam Bilik Citra (Bilik Mesyuarat) Akademi. Kami ada sesuatu mahu dibincangkan bersama kamu semua." Kata Mentor Akim.
"Baik Tuan!" Jawab mereka semua serentak.
"Kami pergi dulu, Assalamualaikum Warahmatulallah hiwabarokatu." Kata Ridwan.
"Waalaikumussalam Warahmatulallah hiwabarokatu." Jawab Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A serentak.
...
Di Bilik Citra...
Setibanya Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A di hadapan pintu bilik Citra, langkah mereka terhenti seletika.
"Nurin, kau bawa tak Pendrive' kita yang ada rakaman bukti penjahat itu?" Tanya Anis sambil berbisik kepada Nurin.
"Tidak, aku tidak membawanya." Jawab Nurin dengan berbisik kepada Anis.
"Aku rasa kan, baik kita je siasat fasal benda ini, jika kita beritahu pensyarah dan Mentor Akademi, mereka pasti akan mengongkong kita seumur hidup..!" Bisik Syabila kepada Geng N.A.S.A.
"Adhwa pun setuju, lagipun, kalau kita dapat selesaikan siasatan kita ini dengan sendirinya, pasti kita dapat membuat permohonan pertukaran ke Universiti lain." Bisik Adhwa.
"Hei, apa yang korang semua bisikkan itu, hah? " Tanya Afiq setibanya dia di pintu Bilik Citra.
"Eh, Afiq? Bukankah awak sepatutnya berada di Hospital?" Tanya Anis dengan berasa hairan.
"Mentor Aqasha yang suruh saya datang...malaslah nak datang...tapi...tidak best juga kalau kena duduk dekat wad itu lama-lama." Kata Afiq sambil mengukir senyuman manis di bibirnya.
"Macam budak kecillah awak ini Afiq." Kata Anis sambil tergelak kecil.
Mereka semua pun bergelak ketawa sehinggakan mereka terlupa mereka perlu masuk ke dalam bilik Citra, bukanya berkumpul di hadapan bilik Citra.
Gelak tawa mereka telah didengari oleh kesemua orang-orang yang berada di dalam bilik Citra. Lalu, Mentor Akim pun datang ke arah pintu Bilik Citra lalu membukanya.
Akibat daripada bukaan pintu yang dibuka oleh mentor Akim, Geng N.A.S.A hampir terjatuh dan Geng F.A.H.A pula terjatuh kerana tidak sempat berbuat apa-apa.
"Hah, itulah akibatnya! Kami suruh kamu semua masuk, bukannya duduk di luar buka kedai kopi! (istilah yang digunakan di Akademi dan segelintir sekolah jika ada pelajar ynag bersembang atau berbual dengan perkara yang tidak berfaedah)
"Cepat Masuk!!!!!" Tengking Mentor Akim sekuatnya sambil menunding jari telunjuk kanannya ke dalam Bilik Citra.
Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A pun berlari masuk ke dalam Bilik Citra. Mereka berlari seperti lipas kudung.
Apakah yang mahu dibincangkan di Bilik Citra (bilik Mesyuarat) oleh ketua Mentor mereka? Adakah berkaitan dengan kes Afiq? Apa pula yang perlu dilakukan oleh Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A untuk menyempurnakan Ujian pada tahun pertama di Akademi?
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...