BAB 7: IDENTITI PENJAHAT

153 19 0
                                    

Di sebuah gudang lama tidak jauh daripada kedudukan koordinat antara Akademi Perisik Diraja Antarabangsa (A.P.D.A). Terdapat tempat tinggal rahsia yang dihuni oleh sekumpulan penjahat di bandar ini.

"Macam mana, semuanya berjalan dengan lancar? " Tanya Rafi, selaku ketua Pemberontakkan Terbesar di seluruh Negeri.

"Kami hampir-hampir dapat maklumat tadi, tetapi dihalang okeh sekumpulan pelajar dari Akademi itu. " Kata Muiz, salah seorang penjahat yang mahir mencuri dan menyalin maklumat daripada pelbagai perisian teknologi seperti komputer dan telefon.

"Siapa mereka? " tanya Rafi sambil duduk di sebuah kerusi besar di dalam sebuah bilik seperti pejabat.

"Kami tidak mengenali mereka, mereka kelihatan seperti pelajar baharu." Kata Muiz yang hanya berdiri tegak seperti patung bernyawa.

"Zikry, ambil data daripada 'CCTV' kecil yang terdapat pada kaca mata Muiz, dan cari maklumat tentang mereka." Kata  Rafi kepada Zikry, orang kanannya.

Zikry pun mengambil data daripada CCTV kaca mata Muiz. Di kaca Mata Muiz, terdapat satu bahagian kaca mata yang boleh dipatahkan seperti di bahagian kiri batang kaca mata. Di bahagian itu, terdapat satu tempat yang berbentuk seperti 'Pendrive' untuk dicucuk ke dalam komputer bagi menganalisa dan mencari maklumat.

Selepas beberapa minit, kamera CCTV telah muncul pada kaca skrin komputer Zikry, kelihatan dengan jelas muka-muka pelajar Akademi itu.

"Cari makkumat identiti mereka!" Kata Rafi sambil memberi arahan.

Dengan lajunya tangan Zikry menekan-nekan papan kekunci untuk mencari maklumat mengenai mereka.

"Sudah jumpa, memang benar tekaan Muiz. Mereka pelajar baru di Akademi itu. Tetapi kamahiran mereka memang hebat dan melangkaui usia mereka." Terang Zikry.

"Nurul Anis Alisa binti XXXXX. Berusia 18 Tahun. Anak kepada Komander Maritim. Berjaya mencapai kelulusan Tertinggi semasa SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) iaitu 8A+. Pernah mewakili sekolah di dalam Syarahan Spontan Bahasa Arab di peringkat Negeri Selangor. Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi XXX XXX. Memasuki Akademi Perisik Diraja Antarabangsa pada hari Isnin bertarikh XX XXXXX 20XX. " Terang Zikry kepada ahli kumpulannya.

"Adhwa Siti Najwa binti XXXXX.
Berusia 18 Tahun. Anak kepada salah seorang usahawan paling terkemuka di dunia. Berjaya mencapai kelulusan 8A+ di dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi XXX XXX. Pernah mewakili sekolah di dalam acara memasak pada peringkat Antarabangsa. Memasuki Akademi Perisik Diraja Antarabangsa pada hari Isnin bertarikh XX XXXXX 20XX." Kata Zikry.

"Syabila Alia binti XXXXX. Berusia 18 Tahun. Anak kepada penjual kereta lumba terkemuka di dunia. Berjaya mendapat kelulusan 8A+ di dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi XXX XXX. Pernah mewakili sekolah di dalam acara sukan Lumba lari pecut jarak jauh dan jarak dekat di peringkat Negeri. Memasuki Akademi Perisik Diraja Antarabangsa pada hari Isnin bertarikh XX XXXXX 20XX. " Kata Zikry.

"Nurul Nurin Qistina binti XXXXX. berusia 18 Tahun. Anak kepada salah seorang saintis terkemuka di dunia. Berjaya mendapat 8A+ di dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi XXX XXX. pernah mewakili sekolah di dalam Pertandingan Mencipta dan Membuat Inovasi Robotik terbaharu di peringkat Antarabangsa. Memasuki Akademi Perisik Diraja Antarabangsa pada hari Isnin bertarikh XX XXXXX 20XX. " kata Zikry.

"Tidak disangka, mereka memang hebat! " Kata Muiz dengan kagum.

Rafi memerhati dengan teliti maklumat mengenai mereka berempat. Selepas lama memerhati, Rafi berkata, "Kita tetapkan sasaran baharu, sasaran kita ialah pada mereka berempat. Jika mereka tumpas, Geng M.A.R.A juga akan tumpas.. Seterusnya, kita akan memerintah Akademi itu! "

Kesemua Ahli Pasukan Kongsi Gelap ini bersorak dengan kuat tanda mereka bersetuju dengan cadangan ketua mereka. Mereka akan mulakan rancangan jahat mereka esok. Tanpa mereka sedar, terdapat beberapa orang perisik daripada Akademi di dalam kalangan mereka. Perisik itupun pergi memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Tertinggi di Akademi (A.P.D.A).

Semakin hari semakin banyak rintangan yang perlu di hadapi jika menjadi pelajar di Akademi (A.P.D.A). Inilah risiko yang perlu dihadapi jika melanjutkan pelajaran di AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA. Sebab itulah, Akademi ini dikawal ketat dan dibantu oleh seluruh dunia bagi mengekalkan Akademi itu selamat dan terus kekal di dunia. Apakah tindakan Geng M.A.R.A mengenai hal ini? Adakah Geng N.A.S.A akan kekal di Akademi ataupun bertukar ke Universiti lain? Bilakah semua ini akan berakhir?

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now