"Kamu semua, mari ikut saya sebentar." Kata Ejen Kumar kepada ketujuh-tujuh pelajar itu.
Mereka pun mengikut langkah Ejen Kumar dari belakang.
"Psst, Adhwa." Bisik Anis kepada Adhwa.
"Apa?" Balas Adhwa dengan mod berbisik.
"Apa R.M.R itu?" Tanya Anis.
"Ouh ye lah, nasib baik Anis tolong ingatkan Adhwa." Kata Adhwa.
Adhwa mula memgeluarkan beberapa alatan buatan baharu daripada beg galas kecilnya.
"Apa itu?" Tanya Afiq mencelah diantara Anis dan Adhwa.
"Ish, sibuklah awak ini." Marah Anis Kepada Afiq.
"Biarlah." Balas Afiq sambil mebuat muka sambil lewa.
Adhwa terus menyerahkan beberapa alatan kepada ketujuh-tujuh mereka termasuk Adhwa.
"Apa benda ini?" Kata Fawwaz dengan suara sedikit kuat.
Suara Fawwaz yang sedikit kuat itu telah menyebabkan Ejen Kumar terdengar lalu terus dia memandang ke arah belakang seperti dalam lingkungan 90 darjah.
Ketujuh-tujuh pelajar itu membuat muka senyum dan sambil lewa. Peralatan yang baru sahaja mereka dapat tadi terus disembunyikan dibelakang badan mereka.
"Apa yang kamu semua bisikkan tadi?" Tanya Ejen Kumar dengan rasa sedikit curiga.
"Tiada apa-apa Tuan. Kami cuma rasa sedikit tidak sihat sahaja. Mungkin sebab itulah Ejen Kumar terasa seperti kami sedang berbisik." Kata Nurin.
Terus Nurin memijak kaki kanan Harraz, Anis memijak kaki kiri Afiq, Adhwa memijak kaki kanan Asyhraf dan Ashyraf menyiku tangan kiri Fawwaz.
Terus keempat-empat Geng F.A.H.A membuat riaksi seperti orang sakit, Afiq terbatuk-batuk, Asyhraf terbersin banyak kali, Harraz membuat muka lemah dan Fawwaz membuat riaksi seperti mahu muntah.
"Alololololo...kesiannya kamu semua... Meh sini, saya ada ubatnya." Kata Ejen Kumar sambil mengacukan pistolnya ke arah keempat-empat pelajar lelaki tersebut.
"Eh, tak apa Tuan! Kami sudah sihat!" Kata Ashyraf dengan rasa sedikit gerun dengan Ejen Kumar.
"Sudah, mari ikut saya." Kata Ejen Kumar.
"Ba..baik Tuan.." Kata keempat-empat pelajar lelaki dengan rasa sedikit takut. Mereka semua pun mengekori pergerakan langkah demi langkah oleh Ejen Kumar.
Barang yang baru sahaja diberikan oleh Adhwa ialah kaca mata putih yang sudah diubah suai dengan teknologi terkini A.P.D.A, corection tape berwarna hitam yang mampu berubah menjadi sepucuk pistol hitam yang hebat seakan-akan pistol mentor Aqasha dan jam tangan yang mempunyai 1001 kegunaan.
"Inilah rancangan R.M.R yang sudah lama kami rancang." Bisik Adhwa.
"Lah, patutlah kau suruh aku buat semua ini beberapa hari yang lepas." Bisik Nurin.
Adhwa tergelak kecil.
"Jadi inilah sebabnya kita terpaksa terperap....je dalam makmal kita itu.." Balas Anis dengan bisikan.
"Kenapa beri kepada kami?" Tanya Asyhraf.
"Sekarang ini, saya nak kita semua pakai jam tangan dan kaca mata tu." Kata Adhwa sambil berbisik.
"Kenapa?" Tanya Harraz.
"Pakai aje lah..." Marah Adhwa sedikit di dalam mod bisikan.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...