Selepas selesai sahaja kesemua pelajar Islam menunaikan Solat Zohor, terus ahli Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A berlari berkejaran menuju ke arah kedudukan Nurin, Anis dan Fyfy yang sedang duduk di kerusi bangku di hadapan Masjid A.P.D.A.
"Anis, Nurin, cepat ikut kami sekarang..!" Kata Adhwa sambil menarik tangan kiri Anis dan Syabila menarik tangan kanan Nurin.
"Eh eh, dah kenapa ini?" Tanya Nurin sambil badannya dibawa oleh Syabila dengan pantas.
"Wei, aku pun nak ikut korang!" Jerit Fyfy sambil berdiri merungut mahu mengikut Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A.
"Errr, Fyfy tunggu sekejab. Kitorang nak berbincang sekejab fasal..." Kata-kata Anis tersekat-sekat dan mula menjadi perlahan tanda dia mahu memikirkan idea yang TERBAIK bagi menolak dengan sopan pertanyaan Fyfy itu.
"Tugasan berkumpulan!" Kata Afiq sambil menyambung kata-kata Anis yang tergendala itu.
"Ouh, kalau macam itu tidak mengapalah. Pergilah!" Kata Fyfy sambil menolak bahu Syabila dan Adhwa ke hadapan menggunakan kedua belah tangannya .
"Okay, terima kasih Fyfy!" Kata Syabila dan Adhwa serentak sambil berlari seperti 'Lipas Kudung' . Langkah mereka diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.
...
"Jangan libatkan dia sekali, macam yang awak kata tadi, biarlah hanya kita sahaja yang tahu." Kata Afiq dengan tenang kepada Anis sambil berdiri menghadap Padang A.P.D.A di kawasan redup berbumbung.
"Tetapi bukankah lebih senang untuk kita masuk ke dalam Markas itu jika Fyfy ada sekali?" Tanya Anis sambil memandang ke arah Afiq yang masih lagi berpaling muka daripadanya ke arah hadapan Padang A.P.D.A.
"Cuba awak fikir semula, pertunjuk itu ada tak beritahu bahawa kita perlu masuk ke dalamnya melalui pintu hadapan?" Tanya Afiq sambil memusingkan seluruh anggota badannya ke arah hadapan Anis serta rakan-rakannya yang lain.
"Tidak." Jawab Anis perlahan sambil memandang ke arah muka Afiq.
"Tentu 'dia' menyuruh kita supaya melalui tempat lain selain daripada pintu utama. Lagipun, itu bukan satu-satunya cara untuk kita masuk ke dalam." Kata Afiq sambil meletakkan tangan kanannya di pinggang kanannya dan berdiri hanya sebelah kaki kirinya (bermaksud menahan tampungan berat badan menggunakan kekuatan kaki kiri sahaja manakala kaki kanan hanya menampung berat badan sedikat sahaja."
Mereka bertujuh memandang wajah sesama mereka, riak wajah mereka menunjukkan bahawa mereka tidak tahu pun bahawa ada pintu masuk lain selain daripada Pintu Utama untuk masuk ke dalam Markas Undercover tersebut.
"Tetapi, klu itu tidak memberitahu kita supaya jangan melalui pintu utama pun?" Kata Nurin sambil memandang wajah Afiq seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.
"Sekejab, klu yang pertama itu sudah korang selesaikan ke belum?" Tanya Afiq sambil memandang setiap satu wajah rakannya itu.
Terus kesemua ahli Geng F.A.H.A memandang ke arah wajah muka Geng N.A.S.A dengan muka ingin tahu. Geng N.A.S.A memandang wajah sesama mereka. Sungguh, mereka sudah terlupa akan klu yang pertama itu. Klu yang pertama itu dianggap sukar bagi mereka. Jadi mereka membuat keputusan untuk menyelesaikan klu yang pertama terlebih dahulu.
"Belum, agak sukar untuk tahu apa maksud disebaliknya." Kata Syabila sambil mengeluarkan surat itu daripada poket seluar bahagian kanan uniform A.P.D.A itu lalu menunjukkannya kepada kesemua rakan-rakannya itu.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AventuraSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...