Apabila mereka sudah masuk ke dalam Bilik Citra, mereka semua sungguh terkejut dan terkaku sebentar. Semua orang yang berada di dalam bilik itu bukan calang-calang orang, kebanyakan diantara mereka merupakan golongan bangsawan, KetuaTentera, Ketua Polis Darat, Ketua Polis Maritim, Ketua FBI, Ketua Perisik Negara, Ketua Saintis Antarabangsa yang terdiri daripada berbilang Negara, Ketua N.A.S.A dan I.S.S di U.S.A. Selain itu, Ketua Pensyarah serta kesemua Mentor Akademi juga berada di sini.
"Ayah kau pun adalah Anis..." Bisik Syabila kepada Anis.
"Ayah mertuaku..." Kata Afiq perlahan.
"Apa awak kata Afiq?" Tanya Anis dengan menunjukkan riaksi marah.
Anis
"Tiada apalah, saya cakap ayah awak hebat." Kata Afiq tergetar-getar.
"Ya lah tu." Kata Anis.
"Err...rasanya kami tersilap masuk bilik...kami pergi dulu." Kata Fawwaz sambil menarik tangan kawan-kawannya keluar dari bilik itu. Tetapi langkahnya telah terhenti apabila ayah Anis, Komander Nazry memanggil mereka.
"Kamu semua datang ke tempat yang betul, sila duduk." Pelawa Komander Nazry kepada Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A.
Mereka pun terus duduk di hadapan sekali. Kelihatan meja dan kerusi untuk mereka berlapan sudah tersedia.
"Shall we start the meeting? " Tanya Inspektor Muhkriz, selaku mentor kepada Syabila dan Fawwaz.
Kesemua orang di dalam bilik itu mengangguk tanda setuju.
"Baiklah, Ejen Kumar, sila kemukakan pendapat kamu. " Kata Muhkriz.
Ejen Kumar merupakan Ketua bagi wakil Agensi Ejen Perisik Negara. "Tak perlu pening kepala fikir panjang, kita hantar sahaja mereka ke bilik kebal. Di situ, mereka akan dijamin selamat."
"Apa?!" Serentak Pelajar Akademi itu bersuara.
"Senyap, kamu berlapan tiada hak untuk bersuara!" Kata Ridwan dengan rasa marah dan tegas kepada Pelajar Akademi itu.
"Tetapi ini menentukan hala tuju hidup kami, mana boleh Tuan semua yang tentukan!" Kata Harraz sambil berdiri mengemukakan pendapatnya.
"Harraz, bertenang. Kita tidak tahu apa mereka boleh buat pada kita." Bisik Afiq perlahan kepada Harraz sambil menarik sedikit bajunya ke bawah untuk memberitahunya supaya duduk.
"Bertenang kau cakap? Hidup kita sudah sengsara menjadi pelajar di sini pun kau boleh suruh aku bertenang?!" Kata Harraz dengan rasa marah yang teramat sangat.
Harraz
"Harraz, please come down. Kita perlu jaga etika di sini." Kata Nurin sambil memujuk Harraz yang sedang panas baran.Tidak lama kemudian, Harraz beristifar lalu terus duduk. Dia mula berasa tenang seperti air yang mengalir di sungai.
"Ejen Kumar, saya faham awak cuba untuk selamatkan mereka, tetapi kita tidak boleh memaksa mereka berkurung di dalam bilik kebal. Nanti apa pula kata orang tua mereka? " Kata Muhkriz.
"Ok fine. Ada rancangan lain? " Tanya Ejen Kumar sambil menggerakkan bebola hitamnya.
"Apa kata kita cuba buat perundingan dengan Ahli Organisasi Gelap?" Tanya Komander Nazry dengan yakin.
"I agree! " Kata Profesor Ying. Ketua Saintis Negara China.
"No ways! We cannot take any risk! I not agree at all! " Kata Profesor John dari Negara England membantah-sebantahnya.
"Kita macam tidak diperlukan di sini sahaja..." Bisik Adhwa kepada kawan-kawannya.
"Jom keluar senyap-senyap.." Bisik Anis.
"Kami setuju. Jom..." Kata Afiq.
Mereka berlapan pun jalan perlahan-lahan keluar daripada bilik ini. Tetapi pergerakan mereka telah dikesan oleh Ejen Kumar dan ayah Anis iaitu Komander Nazry.
"Ehemm! Nak pergi ke mana itu?" Tanya Ejen Kumar kepada pelajar akademi itu.
Terus mereka semua berdiri tegak.
"Alamak....kantoi..." Kata Fawwaz.
"Kami....nak kunci pintu!" Kata Anis.
"Hah? kunci pintu?" Tanya Komader Nazry kehairanan sambil memandang ke arah wajah anaknya itu.
"Sampai lapan orang kena pergi kuncikan pintu itu?" Tanya Mentor Muhkriz sambil memandang ke arah anak-didiknya itu.
"Haah!" Kata Nurin dengan sedikit menggeletar.
"Macam peribahasa..apa itu? " Kata Adhwa tergagap-gagap sambil memandang rakan-rakannya itu.
"Hah, peribahasa sepakat membawa...err.." Kata Syabila sambil cuba mengingati satu peribahasa lama kemudian memandang Geng F.A.H.A.
"Muafakat!" Jerit Afiq.
"Hah! Betul itu!" Kata Ashyraf menyampuk kata-kata rakannya itu.
Mentor Aqasha serta beberapa Ketua Ketenteraan mengacukan senapang mereka ke arah kelapan-lapan pelajar itu.
"Duduk sekarang." Kata Mentor Aqasha dengan nada rendah. Pegangannya pada pistolnya itu tidak beralih selagi kelapan-lapan pelajar itu tidak duduk di tempat yang sepatutnya. Begitu juga dengan Ketua Ketenteraan yang lain.
"Ba..baik Tuan..." Kata kelapan-lapan pelajar serentak dengan tergagap-gagap tanda mereka sedang ketakutan yang teramat sangat.
Sungguh menakutkan jika kita semua berada di tempat mereka semua. Apakah yang akan berlaku kepada pelajar Akademi tersebut? Apakah rancangan yang akan dikemukakan oleh pemimpin ini semua?
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...