Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A telah mendapat sepucuk Surat daripada seekor kucing berbulu Oren malahan mereka juga tidak tahu siapa si pengirim surat tersebut. Mereka membuka sampul Surat berwarna putih itu dengan penuh berhati-hati, terdapat dua Surat bersaiz segi empat tepat di dalam surat tersebut. Satu surat diambil oleh Fawwaz manakala sepucuk surat lagi diambil oleh Syabila. Kandung surat itu hanya mengandungi tulisan dan ayat seperti teka-teki.
Mereka semua terus memandang ke arah surat di tangan Syabila tertulis seperti pendahuluan yang berkata, Berhati-hati dengan orang disekeliling, ada diantara mereka memakai topeng, Merpati, Ayam, Rusa dan Angsa, dalang disebalik cerita ini.'
Manakala surat di tangan Fawwazz menunjukkan seperti sebuah teka-teki yang menunjukkan seperti mahu menyampaikan sebuah mesej, ia tertulis, 'Tempatnya gelap dan juga SULIT, bukan sebarang orang boleh memasukinya, berteknologi tinggi dan juga canggih, sentiasa jarang diketahui orang.'
''Apa maksudnya?" Tanya Syabila sambil memandang ke arah kawan-kawannya.
"Ada diantara mereka memakai topeng?" Kata Adhwa sambil mula berfikir.
"Teka-teki apa benda....lah ni..? Siap masukkan nama haiwan pula itu." Kata Nurin sedikit keliru.
"Sekejab, siapa yang bagi surat ni?" Tanya Afiq sedikit kehairanan.
"Kucing." Balas Anis.
"Kalau nak bergurau pun biarlah bertempat." Kata Afiq sedikit marah.
"Anis cakap betullah! Tadi ada seekor kucing datang menuju ke arah Anis sambil menggigit surat itu Di mulut nya, Anis takut kalau dia termakan surat tu jadi Anis ambillah surat itu daripada mulutnya. Tengok-tengok je ada nama Geng kita semua di atas sampul surat itu." Balas Anis.
"Pelik, macam mana surat itu boleh sampai kepada kucing itu?" Tanya Ashyraf sendirian.
"Berhati-hati dengan orang disekeliling? 'Dia' nak kita berhati-hati dengan siapa?" Tanya Harraz sedang berfikir sambil mengulang ayat yang sama berulang Kali.
"Siapa 'Dia' tu?" Tanya Nurin kepada Harraz.
"Kalau saya tahu tentu MISTERI ini dapat saya selesaikan dengan cepat." Kata Harraz kepada Nurin.
Mereka berlapan sedang termenung memikirkan apa yang dimaksudkan oleh surat itu.
"Teka-teki yang pertama tadi tu, Tempatnya gelap dan juga SULIT, bukan sebarang orang boleh memasukinya, Berteknologi tinggi dan juga canggih, sentiasa jarang diketahui orang." Kata Syabila. "Rasanya macam pernah dengar Ciri-ciri tempat itu."
"Bila difikirkan balik, ada betulnya juga. Mesti salah satu tempat di dalam Akademi ini mempunyai Ciri-ciri seperti yang ditulis." Kata Adhwa.
"Aik, bila masa Adhwa jadi bijak ni?" Tanya Anis memerli Adhwa.
"Ouh jadi selama ini Adhwa tak bijaklah?!!" Tanya Adhwa kembali dengan sedikit marah.
"Anis tak cakap eh Adhwa yang cakap." Balas Anis.
"Anis ni kan!" Balas Adhwa sedikit marah.
"Hah, saya dah tahu!" Jerit Afiq sekuatnya. "Markas Undercover!"
"Eh, betullah! Markas Undercover tempatnya gelap, bukan sebarang orang boleh masuk, berteknologi tinggi dan juga canggih dari segi keselamatan, dan sentiasa jarang diketahui orang. Namanya pun Undercover, penyamaran." Kata Syabila.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AvventuraSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...