BAB 48: S.O.S PHYTAGORAS

82 11 2
                                    

"Akhirnya, sayalah orang yang paling berkuasa di tempat ini!" Jerit Muiz dengan kuat. Dia mengangkat kedua belah tangannya beserta pedangnya ke udara tanda kemenangan atas kejayaannya.

"Err..Ketua." Panggil Aus dengan nada perlahan kepada Ketuanya. Namun, Ketuanya tidak dapat mendengar panggilan konconya itu kerana terlalu riak dengan kemenangannya. "Ketua." Panggil Aus sekali lagi kepada Ketuanya sambil meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri ketuanya. Tetapi ditepis dengan kuat oleh Muiz.

"Ish! Jangan kacau akulah!"

"Urgh!"

"Ahhhhhh!"

"Adoiii!"

"Tolong.."

"Huh?" Apabila Muiz terdengar suara konco-konconya menjerit dengan pelbagai nada, terus dia menoleh ke arah belakang. Dia sungguh terkejut akan apa yang baru dilihat olehnya. Semua konco-konconya telah dikalahkan dengan mudah!

"Siapa kau?!"

"Lahhh, tak kan dah tak kenal kawan lama?"

"Kau.."

Orang itu tersenyum sinis memandang ke arah Muiz.

"Kau masih hidup? Tetapi macam mana?"

"Ingat aku ni senang ke untuk dikalahkan? Nyawa aku lebih liat daripada apa yang kau sangka."

"Tak mungkin. Letupan itu... Tiada sesiapa mampu terselamat daripadanya!"

"Heh! Kau ingat, kami ni tak sebijak yang kau sangka ke?"

10 Tahun Dahulu...

"Hei, Muhkriz!" Panggil Qilaf kepada rakan karibnya, Muhkriz.

"Ya saya, kenapa? Ada masalahkah?!" Tanya Muhkriz dengan muka menggelabahnya.

"Relaxlah, aku saje je nak tengok riaksi engkau. Ha ha ha!" Kata Qilaf sambil tergelak terbahak-bahak.

"Hai korang!"

"Hei! Whatsapp bro?" Sapa Ridwan kepada kawannya Qilaf, Muhkriz dan Akim.

"Ready dah? Jom pergi kelab." Ajak Akim kepada kawan-kawannya. Sekarang masa untuk kesemua pelajar pergi ke aktiviti kokurikulum. Geng Q.A.R.AM telah sepakat mahu memasuki, kelab persatuan yang sama.

"Tunggu saya! Geng Q.A.R.A.M!" jerit seseorang daripada arah belakang mereka. Terus mereka memberhentikan langkah mereka dan memusingkan tubuh badan mereka untuk melihat siapakah si pemanggil itu. Dia adalah, Muiz. Salah seorang peminat tegar Geng Q.A.R.A.M. Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia mengekori mereka berlima.

"Muiz! Sahabat kita, ada apa-apa yang boleh kami bantu?" Tanya Ridwan kepada Muiz. Kehadiran Muiz telah membuatkan Geng Q.A.R.A.M berasa tidak senang hati. Ada yang sudah berkerut dahi dan kening dan ada yang mahu melarikan diri namun, mereka mestilah bersikap baik dan elegan pada sesiapa pun terutamanya kepada peminat mereka.

"Saya sudah daftar ke kelab yang sama seperti awak semua! Jadi, mulai hari ini, kita semua adalah rakan sekelab!" Kata Muiz dengan girangnya. Berita itu sungguh mengejutkan buat Geng Q.A.R.A.M kerana ini akan membuatkan Muiz berkepit 24 jam bersama mereka.

"Err, baguslah begitu...kan..?" Tanya Ridwan dengan teragak-agak sambil perlahan-lahan memandang ke arah ahli Geng Q.A.R.A.M yang lain. Mereka sudah berkerut dahi, ada yang mahu pengsan juga.

'Biar betul? Sampai begini sekali taksub dia kepada kita?'

'Aduhhh, rimaslah kalau hari-hari begini!'

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now